✨ Berita baik yang ditunggu-tunggu orang ramai! ✨
Ramai yang asyik tanya bila boleh mohon Foto Kenangan Terindah… jawapannya, sekaranglah masanya! 🎉 Permohonan dibuka dari 1 hingga 31 Oktober 2025.
Kalau pertama kali dengar, Foto Kenangan Terindah JPN ni sebenarnya koleksi gambar MyKad edisi khas. Bukan dokumen rasmi ya, tapi lebih kepada keluaran eksklusif untuk simpanan peribadi, kenangan istimewa ataupun hadiah sentimental buat keluarga.
Bayangkan, gambar anda atau seisi keluarga diabadikan dalam satu bingkai gambar yang cuma keluar sekali setahun sempena Hari Pendaftaran Negara. Memang rare, memang lain daripada yang lain.
Jadi tunggu apa lagi? Jom mohon sekarang dan simpan memori paling indah anda bersama JPN. ✨
0 yang menasihati:
Post a Comment
Untuk kesudian membaca dan memberi berkata-kata - saya berterima kasih.