Senarai rakyat Malaysia yang ditahan tentera Israel


Musa Nuwayri tak sempat bagi nasi lemak rendang pada Muntasir.

Haroqs tak sempat bagi coklat pada anak-anak di Ghazzah.

Ardell tak sempat bagi susu formula bayi pada ibu-ibu di sana. 

Ya Rabb, sedalam ini sakitnya melihat harapan dari jauh yang tidak kesampaian. 

Tapi kami yakin setiap rencana-Mu mampu mengatasi logik akal kerana Engkau adalah Tuhan yang tidak sama dengan sesiapa pun.

وَلَمْ يَكُن لَّهُۥ كُفُوًا أَحَدٌۢ (٤)
"Dan tidak ada sesiapapun yang serupa dengan-Nya."

(Surah al-Ikhlas : Ayat 4)

--- Nota Nadia 

@sofyank96

Sama-sama kita berdoa agar semua sukarela Sumud Flotilla dibebaskan dengan selamat, dan semoga perjuangan ini terus menjadi api yang membakar semangat kebebasan untuk rakyat Palestine 🤲🏻 #SUMUDNUSANTARA #GLOBALSUMUDFLOTILLA #BREAKTHESILENCE #BREAKTHESIEGE

♬ original sound - Sofyank96 - Sofyank96

Senarai nama delegasi Malaysia yang sudah ditahan secara tidak sah oleh rejim Israel di perairan antarabangsa pada 2 Oktober 2025.

A - KAPAL ALMA - 3pagi
1. Iylia Balqis
2. Musa Nuwayri
3. Sul Aidil

B - KAPAL SIRIUS - 4pagi
4. Haikal Abdullah
5. Muaz Zainal
6. Zulfadhli Khairudin
7. Rusydi Ramli

C - KAPAL HUGA - 5.54pagi
8. Zizi Kirana

D - KAPAL GRANDE BLU - 8pagi
9. Norfarahin Romli (Farah Lee)
10. Danish Nazram

E - KAPAL HIO - 10pagi
11. Heliza Helmi
12. Hazwani Helmi

F - KAPAL FREE WILLY - 2.30ptg
13. Hareez Adzrami (Haroqs)
14. Haikal Luqman
15. Dr Taufiq Razif

G - KAPAL ESTRELLA Y MANUEL - 9.45mlm
16. Rahmat Ikhsan
17. Mohd Asmawi
18. Norazman Ishak
19. Norhelmi Ab Ghani

H. KAPAL MIKENO - 10.05mlm
20. Nurul Hidayah (Ardell Aryana)

I. KAPAL FAIR LADY - 11mlm
21. Muhammad bin Abdullah (Ust Mad)
22. Zainal Rashid Awang (ZRA)

J. KAPAL INANA - 11.16mlm
23. Awang Razali


*****


InshaAllah wira-wirawati Sumud yang ditangkap sudah mula sampai ke pelabuhan penjajah di Ashdod. Peguam-peguam GSF telah mula berhubung dengan mereka untuk diberikan khidmat guaman.
.
Menurut Tuan Nadir Nuri paling awal esok pagi (3 Oktober), merela akan kongsikan perkembangan aktivis. Sementara itu, teruskan aksi!

Menurut Tuan Syahril Abdul Kadir pula, MEDIA 'di sana' melaporkan yang kesemua aktivitis Global Sumud Flotilla yang ditahan akan dibawa ke Penjara Ketziot yang terletak di sebuah gurun dekat selatan Israel sebelum proses pengusiran.

Penjara ini memang terkenal dengan keadaannya yang teruk, rekod hak asasi yang buruk dan sebagainya.

Semoga mereka tidak akan berada lama di sini.

Bersamalah kita berdoa agar semuanya dapat segera di bawa keluar dan seterusnya pulang ke negara masing-masing, Ameen ya Rabb.

---------------
Berita semasa:


REUTERS
"Suhad Bishara, the organisation's legal director, told Reuters on Thursday that her team was awaiting the arrival of those detained overnight in the port of Ashdod, 40 km (25 miles) north of the Gaza Strip.

She said once the flotilla crews arrived, they would be identified and transferred to the immigration authority to process them for anticipated deportation, before being moved into custody, likely in Ketziot Prison in southern Isra-hel

Omer Shatz, an Israeli international law expert at Paris' Sciences Po University in Paris, said unlike where flotilla activists were held last time, Ketziot was a high-security prison that did not normally hold immigration detainees.

He said the activists may be held there because processing 500 people would be logistically difficult for Isra-hel. Shatz, however, described Ketziot Prison as being known for its harsh conditions." 

YNETNEWS

*****

Terkini (2 Oktober)

INSYAALLAH PESERTA MALAYSIA DITAHAN IDF DIJANGKA DIBEBASKAN SEHARI DUA LAGI BERDASARKAN PEMAKLUMAN TERBARU OLEH PERDANA MENTERI
MOHON DOA RAKYAT MALAYSIA AGAR URUSAN RUNDINGAN DIPERMUDAHKAN
- PENGARAH PUSAT PEMERINTAH MISI MALAYSIA FLOTILA, DATUK SANY AL ARABI 

Proses Deportation akan bermula sebaik sahaja para peguam dibenarkan masuk dan akses kepada semua 23 peserta Malaysia.



Sumber maklumat rasmi boleh diikuti di akaun Sumud Nusantara Official:


حسبنا الله ونعم الوكيل










0 yang menasihati:

Post a Comment

Untuk kesudian membaca dan memberi berkata-kata - saya berterima kasih.








Anem Arnamee 2025 © TERIMA KASIH ♥



click to te top