Greta Thunberg dikenali dunia sebagai aktivis alam sekitar muda dari Sweden. Dia mula terkenal sejak 2018 dengan gerakan Fridays for Future, yang membawa suara jutaan anak muda tentang krisis iklim.
Namun perjuangannya tidak terhenti di situ.
Greta melihat keadilan alam sekitar tidak boleh dipisahkan daripada keadilan manusia. Sejak 2023, dia semakin kerap menyertai kempen solidariti, termasuk menyuarakan sokongan terhadap masyarakat yang tertindas.
Pada 2025, Greta menaiki kapal Madleen dalam misi kemanusiaan antarabangsa yang membawa bantuan ke sebuah wilayah yang sedang diuji. Walaupun misinya disekat, keberaniannya menunjukkan bahawa seorang gadis bukan Islam dari Sweden pun sanggup bersuara dan bertindak untuk keadilan.
Seorang gadis bukan Islam dari Sweden sanggup bangun, tinggalkan zon selesa, malah berdepan risiko demi membela manusia yang ditindas. Sedangkan kita sebagai umat Islam yang satu akidah, kadang-kadang masih sibuk bergaduh sesama sendiri. Kisah Greta sepatutnya jadi cermin adakah kita sudah cukup bersatu membela saudara seagama?
Sumber: TikTok Iniduniakita_
0 yang menasihati:
Post a Comment
Untuk kesudian membaca dan memberi berkata-kata - saya berterima kasih.