Ada 2 perkara yang rakyat Malaysia kena tahu:-
Perkara pertama ialah Jabatan Meteorologi Malaysia mengeluarkan Amaran Hujan Berterusan Tahap Kuning di Sarawak pada 13-16 Disember dan Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor pada 14-16 Disember 2025.
Perairan Kelantan, Terengganu, Pahang, Timur Johor dan Laut Melayu(Laut China Selatan) dijangka bergelora dan Angin Kencang sehingga 18 Disember 2025
Perkara kedua. Rakyat Malaysia diminta berwaspada kerana Hujan Lebat dan Banjir Kilat dijangka berlaku di Selatan Thailand bermula Hari ini sehingga 20 Disember 2025 maklum Konsulat Jeneral Malaysia di Songkhla Thailand
Berhati-hati semua. Jaga diri.
KEMASKINI
TERKINI
Jabatan Meteorologi Malaysia mengeluarkan Amaran Hujan Berterusan Tahap Bahaya di Kuantan, Pekan dan Rompin Pahang sehingga esok 18 Disember 2025
Hujan Lebat Tahap Buruk juga sehingga esok di
Dungun dan Kemaman, Terengganu.
Jerantut, Maran dan Bera di Pahang
Segamat, Kluang, Mersing dan Kota Tinggi Johor
Hujan Lebat Tahap Waspada juga diumumkan sehingga esok di kawasan
Seluruh Negeri Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Kelantan, Negeri Sembilan dan Melaka
sumber: https://x.com/i/status/1999466856210661768




0 yang menasihati:
Post a Comment
Untuk kesudian membaca dan memberi berkata-kata - saya berterima kasih.