Sinosis Filem Papa Zola The Movie



Papa Zola The Movie adalah filem animasi tempatan keluaran Studio MONSTA dan Astro Shaw yang membawa watak ikonik dari siri popular BoBoiBoy ke pentas utama.

Layari monsta.com/animations/papa-zola-the-movie/ untuk maklumat lanjut.

Filem animasi ini akan mula ditayangkan pada 11 Disember 2025, Khamis dan sesuai untuk tontonan semua peringkat umur serta sarat dengan nilai murni. 

Mahu jadi #GenZola juga??? 🦸‍♀️🦸🦸‍♂️

Tekan link untuk muat turun template gambar profile (versi PNG):

https://drive.google.com/drive/folders/1HUtVHiWeaR40wNtEGhJ34AyDkdKi6gYv


Sinopsis Papazola The Movie

Papa Zola The Movie (juga dikenali sebagai PAPA ZOLA: Game On) adalah sebuah filem animasi komedi fiksyen sains Malaysia yang menggabungkan aksi dan drama kekeluargaan.

Filem ini mengisahkan tentang Papa Zola, seorang bapa dan guru sekolah yang sentiasa berusaha keras demi menyara keluarganya dan merancang untuk membawa mereka bercuti.

Kehidupannya yang ‘normal’ tiba-tiba berubah secara drastik apabila dia bertemu semula dengan rakan-rakan lama daripada sebuah agensi rahsia bernama P.A.P.A (Protect and Prevent Agency), yang mana beliau pernah menjadi Operatif Papa Zola (OPPAPA Zola) yang lagenda sebelum ini.

Plot memuncak apabila anak perempuannya yang pintar, Pipi Zola, diculik oleh makhluk asing jahat. Penculikan ini memaksa Papa Zola dan isterinya, Mama Zila, untuk bertindak pantas.

Mereka perlu bekerjasama untuk menyelamatkan Pipi dan pada masa yang sama, menyekat ancaman alien yang mempunyai rancangan jahat untuk menukar dunia manusia menjadi dunia simulasi permainan (Game On).

Filem ini menampilkan kemunculan watak-watak popular dari alam semesta Monsta Studios seperti BoBoiBoy dan Mechamato, menjadikannya seolah-olah perhimpunan ‘Avengers’ bagi dunia superhero Malaysia.




0 yang menasihati:

Post a Comment

Untuk kesudian membaca dan memberi berkata-kata - saya berterima kasih.








Anem Arnamee 2025 © TERIMA KASIH ♥



click to te top