LIRIK SYUKUR RAHMATMU - Soutul Fauzan

 LIRIK SYUKUR RAHMATMU





Hiasi hidup dengan kesyukuran

Sebagai tanda terima kasih pada tuhan

Ku mohon doa hanya padaNya

Tunduk hidup sebagai Hamba


Syukur itu satu pujian

Menzahir rasa nikmat yang dikurniakan

Sebagai tanda patuh suruhan

Mengharap rahmat pahala berpanjangan


Syukur…syukur selalu

Indah nikmat kurniaanMu

Syukur lisan syukur perbuatan

Hikmah syukur menuju keredhaan


Ya Rasulullah kesyukuranmu

Tertinggi yang dicontohi

Bersolat mengabdi diri

Sehingga kakinya tersakiti

Maka baginda pun bersabda

 ‎ﺷﻛورا ‎ﻋﺑدا ‎اﻛون ‎اﻓﻼ

“Salahkah ku menjadi hamba yang bersyukur ?”


Syukur yakin dengan nikmatNya

Berbaik sangka tingkat ketaqwaan

Syukur lisan puji Ilahi

Lazimi bibir lafaz hamdallillah


Istiqamah dengan amalan

Tunai suruhan tinggalkan larangan

walau diuji nikmat dan ujian

Tetap bersujud bukti kehambaan




Soutul Fauzan merupakan pasukan nasyid Sekolah Menengah Agama Nilai dan telah mewakili sekolah dalam pertandingan nasyid saban tahun. Pelbagai kejayaan telah dicapai oleh pasukan ini sejak 2018.

Pasukan ini telah merangkul Johan dalam Festival Nasyid dan Khat Sekolah-Sekolah (FNKSS) Peringkat Negeri Sembilan 2025 dan mewakili Negeri Sembilan ke peringkat kebangsaan di putrajaya pada tahun 2025.



0 yang menasihati:

Post a Comment

Untuk kesudian membaca dan memberi berkata-kata - saya berterima kasih.








Anem Arnamee 2025 © TERIMA KASIH ♥



click to te top