ANOM SURAYA KEMBALI DENGAN WAJAH BAHARU!
Novel Anom Suraya, yang pertama kali diterbitkan pada tahun 1992, kini kembali menemui para pembaca dengan wajah baharu yang lebih eksklusif. Lebih mengujakan, karya Dr. Samsiah Mohd. Nor (ibu kepada Daiyan Trisha) ini bakal diadaptasikan sebagai drama Slot Lestary TV3 bermula 4 Julai ini, setiap Jumaat & Sabtu, jam 9.00 malam.
Sebagai pembuka tirai, saksikan Tayangan Eksklusif Anom Suraya selama 2 jam pada Sabtu, 4 Julai 2026, jam 9.00 malam hingga 11.00 malam.
SINOPSIS DRAMA ANOM SURAYA
Watak Pelakon:
Daiyan Trisha sebagai Anom Suraya
Idris Khan sebagai Bakhtiar
Yusuf Bahrin sebagai Badrol
Fazlina Ahmad Daud sebagai Puan Raden
Iman Suhana sebagai Mastura
Azna Hamid sebagai Mak Limah
Puteri Khareeza sebagai Suzie
Dr Samsiah Mohd Nor sebagai Mak Uteh
Halim Radzi sebagai Roy
Tuan Zack sebagai Ustaz
Saliza Ali sebagai Mak Alang
Azman Jemian sebagai Pak Idris
Lagu Tema (OST)
Tajuk: Jangan Lupa Jaga Dirimu
Artis: Daiyan Trisha, Mimpi
Muzik & Lirik: Ezra Kong & Daiyan Trisha
Sinopsis Anom Suraya
Mengisahkan Anom (Daiyan Trisha), seorang gadis kampung yang sederhana, menerima tawaran bekerja sebagai caregiver di rumah Puan Raden di Kuala Lumpur demi mengubah nasib hidupnya. Di sana, Anom ditugaskan menjaga Badrol (Yusuf Bahrin), anak Puan Raden yang mengalami gangguan mental akibat dipercayai terkena sihir. Walaupun pada mulanya ketakutan, Anom berjaya mendekati dan menenangkan Badrol dengan keikhlasan serta muzik.
Apabila Badrol semakin pulih, hubungan Anom dengan abang Badrol, Bakhtiar (Idris Khan), pula semakin rapat hingga membawa kepada lamaran perkahwinan. Namun, rasa cinta dan cemburu Badrol terhadap Anom mencetuskan konflik antara dua beradik itu, ditambah dengan fitnah serta perebutan kasih yang memecah-belahkan keluarga.
Terperangkap antara cinta, rasa tanggungjawab dan belas kasihan, Anom akhirnya memilih pulang ke kampung untuk mencari ketenangan. Selepas mengembalikan cincin lamaran Bakhtiar, dia kehilangan lelaki yang dicintainya, manakala Badrol kembali tenggelam dalam tekanan emosi. Di penghujung cerita, Anom menemui seorang lelaki misteri di pantai, meninggalkan persoalan siapakah sebenarnya pilihan hatinya.
Episod: 13
Tarikh Tayangan: 4 Julai 2026
Waktu Siaran: Jumaat - Sabtu, 9:00 malam
Rangkaian: TV3 / Tonton
Penulis Skrip: Mida Yusof
Penulis Novel: Dr. Samsiah Mohd. Nor
Pengarah: Osman Ali
Produksi: Nuansa Film Sdn Bhd
Sumber: https://www.myinfotaip.com/2026/07/anom-suraya.html?m=1




0 yang menasihati:
Post a Comment
Untuk kesudian membaca dan memberi berkata-kata - saya berterima kasih.