Ceramah Dr. Hj Fadzilah Kamsah di Dewan Budaya USM 2008


Pada awalnya hati Anem masih waham untuk melangkah ke ceramah perdana ini, ini kerana ceramah ini diadakan pada jam 2 petang di Dewan Budaya, manakala kelas YBP Anem pula pada jam 3 petang di dewan kuliah S. Dengan tajuk ceramah “Universiti menjana ummah terbilang”, petang itu juga Anem meyakinkan diri untuk pergi mendengar ceramah Dato’ Fadzilah Kamsah tanpa sebarang dolak-dalik lagi.

Program itu bersempena sambutan maal hijrah 1429. Sememangnya kelibat Dato dinanti oleh ribuan orang yang membanjiri dewan budaya, sehingga membawa kepada tontonan di luar dewan. Ceramah beliau yang hanya bermula pada jam 4 itu, kerana diawalnya ada persembahan lain sempena sambutan, cukup menghiburkan. Malahan menusuk ke kalbu seorang remaja biasa seperti Anem.

Ceramahnya bukan berkisar kepada pembangunan universiti atau dalam erti kata lain ceramah yang begitu serius atau matang, namun lebih kepada menjerumus mengenal diri, asal usul serta bagaimana untuk berjaya dan mengapa kita gagal. Malahan kita juga selalu diingatkan tentang mati dan muhasabah diri. Konsep saling memaafi serta bersatu hati juga ditekankan oleh beliau kepada semua warga USM yang hadir. Beliau sangat kelakar dan memberikan ceramah yang begitu dekat dengan hadirin. Gelagatnya yang bersahaja dan caranya yang ramah itu membuatkan semua hadirin tidak berganjak dan mendengar penuh teliti.

Satu ayat yang paling Anem ingat adalah,
“Kita jadi baik, kerana kita tidak diberi peluang untuk buat jahat oleh ALLAH, jadi jangan sombong, jangan perasan diri anda sudah cukup baik.”
Paling penting bukan siapa bercakap dengan kita tetapi apa yang diperkatakannya melalui hatinya. Kenangan mendengar ceramah beliau tidak Anem lupakan sampai bila-bila, insya-ALLAH. Semoga intipati ceramah ini mampu memberi ingatan kepada seisi hadirin yang hadir.

0 yang menasihati:

Post a Comment

Untuk kesudian membaca dan memberi berkata-kata - saya berterima kasih.








Anem Arnamee 2024 © TERIMA KASIH ♥



click to te top