“Kecuali orang-orang yang sabar (terhadap bencana) dan kerja-kerja amal soleh, mereka itu beroleh ampunan dan pahala yang besar” - (Hud:11)
Hari itu, 31 Januari, dia datang rumah bersama-sama mak long, abang ayang (sepupu) dengan isterinya Kak Anne, melawat abah yang baru keluar wad, kerana denggi.
Dia duduk atas kerusi di tengah itu. Mampu saja berdiri, berjalan, malah kami semua makan sama-sama, di selang seli gelak tawa. Maklumlah abah dah sihat.
Abah memang jarang sakit, 1430h ni baru abah diduga untuk dimasukkan ke wad kerana seekor nyamuk. Jangan tak tahu, abah sekarang anti dengan nyamuk, dia nampaknya haiwan tu berkeliaran, dia cepat-cepat sembur dengan penyembur nyamuk ,walau dalam keadaan apa pun.
Sambung tentang dia tadi..
Dia lama duduk di bandar dengan anak-anak, rumah kegemaran dia rumah maklong, dekat Rincing, Selangor. Kampungnya di Bagan Pasir, Perak. Jadi masa datang rumah, abah tanya,
“Mak nak balik kampung tak, cuti 4 hari ni..?”
Dia jawab,
“4 hari? Sekejap je. Aku nak lama. Alah, kau hantar aku, lepas tu kau boleh balik dah. Aku nak lepas kau sihat betul, kau hantar aku balik kampung,”
Jawapannya biasa, namun abah kehairanan. Selalunya tak kira lama ke, sekejap asalkan balik kampung, dia seronok nak ikut.
3 Februari..
Maklong telefon abah, kata dia sakit. Sesak nafas. Sedangkan sebelum ni, dia tak pernah pun sesak nafas. Masuk hospital Kajang.
4 Februari..
Semua adik-beradik abah lawat dia. Ramai datang. Bersalaman, ada yang menangis. Dia dipindahkan ke ICU hospital Serdang kemudiannya.
5 Februari, dia nazak.
Pada pagi jumaat, 6 Februari, dalam jam 330 begitu, dia pergi juga...
Hari yang penuh barakah. Semoga rohnya dicucuri rahmat .
Al-Fatihah untuk ALLAHYARHAMAH CHE YANG BTE MOHD TAHA,
Awe kami.... :(
4 yang menasihati
salam anem..sabar ek..
ReplyDeletesmua da dtntukan Allah..
smoga rohnya dicucuri rahmat..amin..
salam..imheppie..:
ReplyDeleteinsyaallah amin.
terima kasih ea:)
Setiap yg bernyawa pasti mati.. Bila sebut pasti maka ia wajib..bila sebut wajib ianya satu hukum.. Subhanallah.. Moga2 di tempatkan bersama org yg beriman. Moga2 yg baik itu ALLAH redha dan xbaik itu ALLAH ampuni kita dan bimbing kita ke jalan yg slamat.. :) Sakaratulmaut/kematian.. Antara perkara yg menyebabkan sy menjadi mcm ni skarang dengan izinNya.. :")
ReplyDeletesalam Assiddiq,
ReplyDeletealhamdulillah.
dengan mengingati mati. ati akan menjadi tenang, insyaallah:)
Untuk kesudian membaca dan memberi berkata-kata - saya berterima kasih.