Sementara: Selagi memiliki



firman Allah:
وَلاَ تَيْأَسُواْ مِن رَّوْحِ اللّهِ إِنَّهُ لاَ يَيْأَسُ مِن رَّوْحِ اللّهِ إِلاَّ الْقَوْمُ الْكَافِرُونَ
"Jangan putus harapan kepada kurniaan Allah, sesungguhnya yang berputus harapan kepada kurniaan Allah itu hanyalah orang-orang yang kafir". (Yusuf: 87)
______________________________

Daripada terus memperkata tentang sesuatu yang telah hilang daripada genggaman, terbang dan menyelinap di balik awan, rasanya tidak terlewat untuk menghargai dan bersyukur dengan apa yang sedang kita miliki.

Pada yang masih ada ibu, ayah, adik-beradik, kawan baik, jiran, saudara-mara. Kita mungkin tak terfikir, mana tahu satu hari, mereka atau kita akan saling membenci, akan ada yang pergi, akan ada yang tiada.

Pada yang masih ada peluang untuk berjaya, ada peluang belajar, sudah ada pekerjaan, anda masih dipercayai, disenangi, hargailah.

Hargai kesempurnaan seadanya anda, bakat anda dan apa yang anda merasa bahagia kini, - ingatlah ia tak selamanya!

Alhamdulillah ya RABB, kerana kami masih berpeluang memiliki dan menghargai, dan ini bukan masa mempersoalkan apa yang diterima diri, tetapi apa yang telah kita beri. Wallahutaalaa'lam.

( flashback):

Kalau, jika, if, seandainya, sekiranya...


Dan diksi lain yang beratur panjang lagi seangkatan dengannya akan diungkap kita tatkala ada sedikit ralat, penyesalan terhadap perkara berlalu. Terutama melibatkan kehilangan seseorang, atau pun sesuatu. Mahupun kejadian tidak disenangi terjadi.

Penipu! Jika (ops, sebut juga ) Anem kata Anem tak pernah ungkap atau rasa begitu. Paling tidak pun...

"Ish, kalau tahula benda ni akan jadi, mesti Anem letak balik..."

"Kalau  Anem tahu dia akan marah, pasti.."

"Kalau masa dapat diputarkan.."

Anem sedar, perkataan kaum kerabat kalau itu boleh di sebut, jika dalam keadaan sebelum berlaku sesuatu, dalam keadaan semasa buat pertimbangan, nak beli barang atau memilih sesuatu, contohnya. Tetapi dari kita kerap melahirkan rasa penyesalan. Tapi menyesal pada apa, untuk apa sebenarnya ek?
______________________________

Rasulullah s.a.w. telah bersabda, maksudnya:
Seorang mukmin yang kuat lebih baik dan lebih dicintai oleh Allah daripada mukmin yang lemah. Dan pada setiap sesuatu ada kebaikan. Lakukan pekerjaan yang berguna bagi kamu dengan sungguh-sungguh, mintalah pertolongan kepada Allah dan janganlah lemah. Juga janganlah kamu berkata: "Kalau aku melakukan begini pasti akan terjadi begini." Tetapi katakanlah : "Allah telah mentakdirkan dan apa yang Dia kehendaki akan Dia lakukan". Kerana sesungguhnya perkataan "kalau" membuka pintu bagi masuknya syaitan.
______________________________

Tajdid (perbaharui) diri sama-sama. moh kita!


23 yang menasihati

  1. 2la. sya selalu fkr kenapa la sy xmemiliki sekian benda. tp sy xpena pkr pe yg sya miliki sekarg ni.manusia selalu lupa, perlu sentiasa diingati.

    ReplyDelete
  2. Salam Ro Zhaf Zeck :

    em, terima kasih sudi komen.
    itulah, saya pun.
    jarang bersyukur.

    semoga kita sling mengingati.
    insyaallah^^

    ReplyDelete
  3. Terima kasih, kita seharusnya bersyukur atas apa yang kita miliki.

    ReplyDelete
  4. Salam,

    Teruskan belajar dan belajar ya.. ingat, Lillahhi ta'ala.

    ReplyDelete
  5. bersyukur dgn aper yg ader tapi manusia tidak tahu bagaimana nk bersyukur

    ReplyDelete
  6. Salam buat:

    fareast :
    kembali. yerp, semestinya selalulah demikian:)

    Farid Rashidi:
    Kerana-Nya, ustaz. insyaallah- psti:)

    tengku_fir21 :
    yerp, ati perlu didik^^

    ReplyDelete
  7. besyukurlah sentiasa diatas segala kurniaan Allah kepada kita...tq,blog yg bagus.saya suka

    ReplyDelete
  8. SALAM aRIEY-

    yerp, insyaallah.
    sama-samalah kiter:)
    syukran^^

    ReplyDelete
  9. Salam,

    Teruskan bersyukur dengan apa yang ada.. moga dengan syukur itu Allah kurniakan suatu kenikmatan yang lebih besar lagi.. amin.

    ReplyDelete
  10. Faridrashidi.Com:

    Salam ustaz. insyaallah. amin.
    jazakallah ustz.

    ^rajin dtg sni- terharu^^

    ReplyDelete
  11. Anonymous8:25 PM

    syukur+sabar

    ReplyDelete
  12. Salam ziarah...

    Syukur dapat nikmat,
    Sabar dapat musibah;
    Syukur tanda ingat,
    Sabar tanda redha;
    Bersyukurlah...
    Bersabarlah...
    Kita nikan hambaNya!

    ReplyDelete
  13. Salam :

    Syahidah - insyaallah pasti.
    Zull Elle- terima kasih, insyaallah:)

    ReplyDelete
  14. jum le kita jgn 'berkalau'...tapi 'berbila' sentiasa. hanya 'meneka' dlm berkalau tapi 'berusaha' dlm berbila..

    ReplyDelete
  15. Salam nahmy:
    jum2.. insyaallah.
    tenkiu^^

    ReplyDelete
  16. Bila tengah meniti di titian lurus tu..bila tergelincir je..cpt2 naik..tergelincir je cpt2 naik.. jangan putus asa.. sampailah ke syurga?InsyaALLAH.. Jangan putus harapan denganNya.. ALLAH xsuka hambaNya yg putus asa dengan denganNya. ALLAH itu Maha Kaya. Banyak perkara lagi dalam IlmuNya. Yg penting? terus berpaut padaNya.. Subhanallah

    ReplyDelete
  17. Assiddiq:

    insyaallah.terima kasih mengingatkan:)

    ReplyDelete
  18. eh2? xleh ke? xpduli pun..nak lalu lagi.. :P

    ReplyDelete

Untuk kesudian membaca dan memberi berkata-kata - saya berterima kasih.








Anem Arnamee 2024 © TERIMA KASIH ♥



click to te top