Malam tadi (12 ogos), riak wajah Sharifah Khasif Fadzilah Syed Badiuzzaman yang memperolehi 94.75 peratus sangat mengharukan hati. Tambahan pula beliau menghulurkan rasa terima kasih pada murabbi-murabbi yang banyak membantu kelancaran taranumnya selama ini, serta rasa gembira dikongsi untuk ibu dan katanya ini hadiah untuk arwah ayah (indahnya jadi ibu ayah akak).

Tahniah dan istiqamah dalam perjuangan ya, Kak Khasif.
_____________________


Terkejut, macam nak marah pada si pemberi berita itu. Tipu! Tapi.. ini ketentuan Ilahi. Kita perlu REDHA. Ralat, baru pagi tadi Anem baca dalam utusan malaysia, hampir 10000 orang menonton konsert antara dunia itu - ralat tak pergi (sungguh!).

Al-fatihah buat Ustaz Mohd Asri Ibrahim, penyanyi rabbani yang amat
kita sayangi. Semoga beliau ditempatkan di kalangan para solihin. Insya-Allah, amin.

Pasti- akan kami layangkan rindu kami dalam bungkusan doa buatmu.

P/S: Inalillah wainalillaihi rajiun (sebab tu tajuk blog ni - KITA MILIK DIA).



Rasulullah bersabda bermaksud; “Malu adalah cabang daripada iman.”
__________________________

Dengan kehadiran entri diharap ramai sudi jenguk blog Anem lagi.
(sebab ada yang beritahu,"malas nak baca blog Anem, jenguk ni pun sebab nak dengar lagu jer" - Anem yakin mereka bergurau.)
___________________________

Ni lagu tema blog Anem , Friendster dan Tagged Anem.



KeredhaanMU - Inteam:

Album : In-Team'04

Munsyid : In-Team

Ya Allah, Ya Tuhanku
HambaMu merindukan
Rahmat kasih sayangMu
Dan jua keredhaanMu
Dalam hidupku

Meskipun ku ulangi dosa noda
Yang menjanjikan azab sengsara
Namun ku sedari
KeampunanMu tidak bertepi

Ku akui diri ini
Hamba yang mungkir pada janji-janji
Jadikanlah taubat ini yang sejati
PadaMu Ilahi

Ya Allah, ampunkanlah dosa-dosaku
Ya Allah, redhakanlah kehidupanku
Moga terhapus penghijab kalbu
Antara Kau dan aku

Tuhan,
Ku zalimi diri ini
Andai Kau tak ampuni dan rahmati
Alangkah ruginya diri

Tuhan,
Jangan Kau palingkan hati ini
Setelah Kau beri hidayah
Sesungguhnya Kau Maha Pengasih

Hakcipta : Hijjaz Records Sdn. Bhd.

p/s: Anem ada koleksi 200 lagu nasyid, jika rasa nak cuba tanya lagu yang kalian minat ada ke tak, email je anem ya- jika tak ada, maaf.









Anem Arnamee 2026 © TERIMA KASIH ♥



click to te top