“(Sebenarnya) apa yang ada pada kamu akan habis dan hilang lenyap dan apa yang ada di sisi Allah tetap kekal dan sesungguhnya Kami membalas orang sabar dengan memberikan pahala lebih baik dari apa yang mereka kerjakan.”
(Surah An-Nahl, ayat 96)


Tatakala membicarakan tentang insan lain putus hubungan, Anem mendengar sambil menyimpulkan artis, atau tidak, siapa pun, pasti ALLAH duga juga. Cuma usaha berbaik, cara kesudahannya manusia juga yang pilih, atas izin-Nya.


Mengenali insan ini seawal usia 12 tahun (kini umur Anem hampir 30 tahun), dengan sokongan Anem yang tak pernah putus pada insan ini, dan balasan email, surat dan panggilan telefon daripada pengurus peribadinya, membuatkan hati terus melekat untuk tidak beralih arah.

Bila manapun insan lain menyatakan si dia ini kekampungan, mengkritik cara beliau, kemesraan beliau dengan rakan-rakan lain, Anem terusan menghulur doa dan pengharapan bahawa beliau mampu kuat.

Anem juga teringin melihat beliau bertudung litup (mana tahukan..), insyaallah, menyelusuri jalan dakwah, berjalan lebih lurus satu hari nanti, kerana beliau sudah Anem anggap macam "kakak" sendiri, insyaallah, Anem doakan yang terbaik untuk beliau-Dunia dan akhirat. Amin.

Siti Nordiana Alias, kamu tetap paling comel dihatiku.

Sedih.

Akak,
tabahlah, walau Cintamu Hanya Sandaran.

p/s: Anem sedih sebab berita ini ; DI SINI.





”Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhan mu yang menciptakan (sekalian makhluk), Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; Bacalah, dan Tuhan mu Yang Maha Pemurah, -Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.” (Al-‘Alaq:1-5)


Pertama-tama, salam Nuzul AL-Quran.
________

Selalunya bila bulan biasa, orang tanya berulang, banyak tanya atau bertanya soalan yang tak patut ditanya pun, kita masih boleh sabar lagi, tak kisah pun.

no hal.
no problem.

Boleh je kita tolong punya.

Tapi, kali ini, orang baru tanya sikit.
Kita dah mula tinggi suara, buat muka, rasa nak marah, tambah berbahaya, rasa nak cekik orang tu - adeh. Hahaha.

Hati disentap, kaki dihentak.

Dah nama pun bulan puasa, kita diduga.
Bukannya perut saja berpuasa, semua pancaindera pun tergolong sama.

Lebih-lebih lagi, waktu begin, melibatkan cuti, DUIT dan masa, perlu menuntut banyak perhatian dan PENGORBANAN, sayang.

Sabarlah, bila kita diduga, ALLAH turut beri kita kekuatan dan jawapan pada-Nya, jadi bertahanlah, banyak alasan di perlukan untuk mula marah- ingat awak seorang saja puasa?

Awak seorang saja boleh marah?



Pandainya awak marah, tapi kenapa awak tak pandai sabar?


awak = saya, monolog di kesiangan.

p/s: Abah kata-Lapar boleh bunuh orang oh.- takut. Hihi.










Anem Arnamee 2026 © TERIMA KASIH ♥



click to te top