Lewat itu dia menegur lamunan.

"Anem, Anem, nak tanyalah. Apa pendapat Anem tentang Separuh akhir muzik-muzik 2009 tu?"

Spontanku jawab,
"Anem kalau boleh nak perempuan pergi final Anugerah Juara Lagu 24 (AJL ) tu nanti , bayangkan dalam 30 calon tu, banyak solo lelaki dengan indie band je. Anem kalau tak Stacy, Yuna ke, kan? Tapi Misha pun ok juga, "

"Pelik!" Jerkahnya. Buat muka.

"Pelik? Apa yang pelik?" Sambil mataku melilau, mencari peristiwa aneh.

"Taklah, ingat Anem nak cakap tak patut tengok, jangan layan ke, alah kira dari segi hukumlah,"

Daku bungkam, jeda melontar ayat.

"Beginilah, yang halal itu nyata, yang haram itu nyata. Bagi Anem, mengadili insan adalah tanggungjawab Tuhan, Dia yang esa. Tanggungjawab kita sebagai insan ni berbuat baik (amar maaruf), dan menjauhi yang batil (nahi munkar), ya, itulah yang patut kita buat." Diriku tenang dalam debar, pertanyaan dia mula menyerbu aqal.

"Eh, lain nadanya Nem. Tak macam pemilik Arnamee blogspot je," perlinya, ikhlas.

"Erm, ikhlasnya Anem takkan cakap banyak tentang benda yang Anem tak tahu sangat. Lagipun Anem sendiri masih mencari redha-Nya, berusaha menjadi  lebih baik. Kiranya masih dalam mood 'searching' lagi," Diriku berpeluh, hampir patah lidah menyusun kata.

Firman ALLAH:
"Amat besar kemurkaan disisi ALLAH sekiranya kamu memperkatakan sesuatu yang tidak kamu lakukan." -- (Surah al-Saff 61:3)
"Jadi, maksudnya Anem tengok muzik-muziklah ni?" Tanyanya lagi.

"Ada Anem kata tak?"

"Oh..OK."

Dia hampa, persoalannya buat Anem tanpa silu mengaku, ya! Sesungguhnya benarlah quote dari majalah SOLUSI itu -'mujahadah itu pahit kerana syurga itu manis'!

Selalu Anem berdoa dan berharap agar semua insan diberi hidayah-NYA, dan menjadi lebih baik, dengan izin-NYA- Amin ya Rab.

Wallahua'lam.

*Boleh tegur dan beri pendapat untuk lebih penambahbaikan. Terima kasih.











Anem Arnamee 2026 © TERIMA KASIH ♥



click to te top