Ditanya: Kau tengok Muzik-muzik?


Lewat itu dia menegur lamunan.

"Anem, Anem, nak tanyalah. Apa pendapat Anem tentang Separuh akhir muzik-muzik 2009 tu?"

Spontanku jawab,
"Anem kalau boleh nak perempuan pergi final Anugerah Juara Lagu 24 (AJL ) tu nanti , bayangkan dalam 30 calon tu, banyak solo lelaki dengan indie band je. Anem kalau tak Stacy, Yuna ke, kan? Tapi Misha pun ok juga, "

"Pelik!" Jerkahnya. Buat muka.

"Pelik? Apa yang pelik?" Sambil mataku melilau, mencari peristiwa aneh.

"Taklah, ingat Anem nak cakap tak patut tengok, jangan layan ke, alah kira dari segi hukumlah,"

Daku bungkam, jeda melontar ayat.

"Beginilah, yang halal itu nyata, yang haram itu nyata. Bagi Anem, mengadili insan adalah tanggungjawab Tuhan, Dia yang esa. Tanggungjawab kita sebagai insan ni berbuat baik (amar maaruf), dan menjauhi yang batil (nahi munkar), ya, itulah yang patut kita buat." Diriku tenang dalam debar, pertanyaan dia mula menyerbu aqal.

"Eh, lain nadanya Nem. Tak macam pemilik Arnamee blogspot je," perlinya, ikhlas.

"Erm, ikhlasnya Anem takkan cakap banyak tentang benda yang Anem tak tahu sangat. Lagipun Anem sendiri masih mencari redha-Nya, berusaha menjadi  lebih baik. Kiranya masih dalam mood 'searching' lagi," Diriku berpeluh, hampir patah lidah menyusun kata.

Firman ALLAH:
"Amat besar kemurkaan disisi ALLAH sekiranya kamu memperkatakan sesuatu yang tidak kamu lakukan." -- (Surah al-Saff 61:3)
"Jadi, maksudnya Anem tengok muzik-muziklah ni?" Tanyanya lagi.

"Ada Anem kata tak?"

"Oh..OK."

Dia hampa, persoalannya buat Anem tanpa silu mengaku, ya! Sesungguhnya benarlah quote dari majalah SOLUSI itu -'mujahadah itu pahit kerana syurga itu manis'!

Selalu Anem berdoa dan berharap agar semua insan diberi hidayah-NYA, dan menjadi lebih baik, dengan izin-NYA- Amin ya Rab.

Wallahua'lam.

*Boleh tegur dan beri pendapat untuk lebih penambahbaikan. Terima kasih.




54 yang menasihati

  1. dh lame tak layan muzik2...

    ade lagi ke? huhuuhuhu

    ReplyDelete
  2. owhh..
    muzik2~
    its jus entertainment tok release tnsiOn kn...
    klu niat kte lain mst jd haram bnda 2..btl x anem?
    ap2 pon blk pd niat...

    ReplyDelete
  3. Sekadar nak berkongsi pandangan. Maaf sebab takda kaitan dengan muzik-muzik dan pos di atas hehe. Cuma tentang hal niat sebab selalu saya dengar jika niat OK everything is OK. Bagaimana jika contohnya (maaf bagi contoh ekstreme sikit), parti buih bercampur lelaki dan perempuan bagi mengutip derma kebajikan.

    Persoalan untuk difikirkan, adakah Pencipta dan Pemilik sekalian alam ini yang telah meletakkan batas pergaulan antara lelaki dan perempuan akan suka pada acara yang niatnya murni itu? Wallahua'lam :)

    ReplyDelete
  4. dia hanya memberi pandangan dan nasihat terpulang pada kita untuk terima atau tidak dan sekurang-kurangnya dia sudah menjalakan tanggungjawab,

    sememang benar tuhan yang menilai kita tapi kita juga sebagai manusia yang di jadikan khalifah di muka bumi ini maka kita ada tanggungjawab jika tidak allah tidak menurunkan nabi-nabinya

    suka atau tidak kita terima dengan seadanya, jgn pandang siapa yang beri menegur tapi apa yang di tergur..

    maaf andai apa yang pakcik cakap ini meyinggung perasaan kamu...

    pakcik pun dah lama tak tengok muzik-muzik nie semenjak lagu rock dah jadi lagu jiwang hehehe

    ReplyDelete
  5. white ibanez 2..giler la yuna..mhl bebe

    ReplyDelete
  6. dunia yg semakin kompleks.nk buat urusan seharian pun susah pasal ada riba'

    ReplyDelete
  7. hmm..anem..sebenarnya persekitaran yang membuatkan sesuatu yg bagi kita haram dan tak sokong satu masa dulu mula menapis2 sedikit demi sedikit.kadang2 mahu jaga hati, tetapi akhirnya hati kita pun terbuka untuk menerima..ini pengalaman saya sendiri..

    ReplyDelete
  8. well, bg kak inas (pon masih dlm zon 'searching'), antara ayat yg bg goosebump spnjg waktu adlh 'niat tidak menghalalkan cara'.

    and 1 lg,
    kak inas selalu dinasihati supaya tanam sifat benci kpd perkara yg Allah tak suka, tanam sifat sayang kpd perkara yg Allah suka. anem rase, hiburan percampuran lelaki dan perempuan, Allah suka ke tak?

    p/s: kak inas mmg byk kelehaman lg..

    ReplyDelete
  9. tibe2 tgerak hati nk bukak blog anem..
    mengadili insan itu t/jwb Tuhan..
    buatkn diri ini t'sentak..
    krn bru shj diri ini m'pertikai sesuatu kata2 yg diucapkn pdku dlu walhal si penasihat itu bpaling dr kata2nye..

    ReplyDelete
  10. meo188 , ada lagi, jumaat malam ni;p

    ~@k1 is @utuMn!~ , niat3:)

    alFaisal , setuju, itu yg kerap dri fikirkan:)

    mamai , setuju pcik, lihat apa yg dinasihatinya, tq;)

    AzRi , kan, cun owh benda tu;p

    Ro Zhaf Zeck , huhu, mencbar:)

    Solehah , betul syg, perlahan2, insyallah:)

    ^inas^ sokong, kak inas syg, itu yg bermain di fikiran anem, terima kasih, sama2 lah kita, perit owh mujahadah, tpi insyaallah:)

    EyEdA , adat syg, pengalaman byk mengajar, sabar:)

    ReplyDelete
  11. lamernyer x tengok muzik2 tewwww.. uhuhu

    ReplyDelete
  12. tepuk dada tanya hati...
    aku pun xtau nak ckap ape...

    ReplyDelete
  13. Saya kesini buat ngucapin makasih udah mampir ke blog saya.

    kapan2 kalau ada waktu mampir2 ya..!!

    fb Arnamee udah saya add, diapprove ya...!!!

    ReplyDelete
  14. erm....iva pon dah lama xtgk rancangan2 macam tuh...ntah ar....semuanya pon bergantung pada niat kita....

    ReplyDelete
  15. Salam Sayang,
    How are you today..?

    LOL suka Stacy..
    Berpotensi..

    Take care dear..

    ReplyDelete
  16. huhu
    betul
    kite tgk jer lah..
    sepertimana kite mendengar radio
    urusan lain biar Dia yang menilai nyerr

    ReplyDelete
  17. muzik2....?

    dulu best la layan
    skang ni...ntah ler..
    mcm tak ada mood nak nengok.....

    ReplyDelete
  18. kali ni nak tgk muzik2...nak tgk yunalis perform jerkk...yang lain2 tu tgk kat you tube jer la..

    ReplyDelete
  19. en_me , lame ea?;p

    ~0~ , sedang tanya hati ;)

    Triunt sama2, pasti, dengan izinNYA:)

    iva saionji , BETUL SYG:)

    LotsOfLove-Pearls , Sihat LOL, yerp, go stacy, go:)

    tengku_fir21 , begitula fir, mari kita serah pada Dia:)

    ♠ y.a.n.i.e putrajaya ♠ itulah kan, kekangan mase, tgok mood juga:)

    alvin takda rumah harga 8juta story.... , kan? tak sabo;p

    ReplyDelete
  20. Salam Arnamee..

    Tak salah utk mendengar muzik selagi tidak melalaikan kita dari mengingati Allah sehingga meninggalkan waktu sembahyang dan ianya juga mestilah tidak ada percampuran antara lelaki dan perempuan dan bukan muhrim kita dan ..rasa2nya ada ke peraturan macam tu kat majlis anugerah seperti itu...fikir2kanlah...

    Islam itu sangat sempurna..segala2nya ada peraturan dan hikmah yang tersembunyi dan sememangnya semua yang dilarang dan diharamkan oleh Allah pastinya bersebab..Allahuakbar !!

    ReplyDelete
  21. dah lama x tgk muzik2.
    zaman2 sekolah dulu rajinlah

    ReplyDelete
  22. hye salam jengah..nice blog...kite tkr link k....

    ReplyDelete
  23. muzik2 mengikut perspektif islam memang haram.. wanita2 yang menyanyi secara jelas mendedahkan auratnya iaitu suara dan tubuh badannya pade lelaki yang tak berhak mendengar dan melihatnya..

    psst: anem, bile nak exchange link nie.. =)

    ReplyDelete
  24. salam kembara anem..

    hukumnye mudah sahaja..

    jgn keterlaluan..

    keterlaluan membawa kepada leka..

    kelekaan dan kealpaan adalah fitnah iblis..

    x dinafikan ada pelancong ku tergadai nyawa kerana lupe akan hukom ni..

    taa..

    ReplyDelete
  25. Salam...

    Nyanyian haram didasarkan pada dalil-dalil yang mengharamkan nyanyian, iaitu nyanyian yang disertai dengan kemaksiatan atau kemunkaran, baik berupa perkataan (qaul), perbuatan (fi’il), atau sarana (asy-yâ’), misalnya disertai khamr, zina, penampakan aurat, ikhtilath (campur baur lelaki–wanita), atau syairnya yang bertentangan dengan syara’, misalnya mengajak pacaran, mendukung pergaulan bebas dan sebagainya.

    ReplyDelete
  26. kak erin blom cukup pandai untuk komen..
    hehehee..
    tp gatai gak nak taip huhuhu

    ~dan blom cukup baek~lebih tepat

    ReplyDelete
  27. Peace Loverz1:33 PM

    rina lame dh x tgk muzik2 tuh....
    eheh.....
    majalah SOLUSI rajin gak bace....
    ade mcm2 yg kite xthu slama ni yg tlh d lakukan.....
    erm.......

    ReplyDelete
  28. salam ^_^

    "Tanpa petunjuk yang betul,
    manusia akan dihanyutkan oleh dunia
    yang penuh tipu daya."

    **majalah solusi**

    ReplyDelete
  29. bila kita melayan sesuatu yg haram hukumnya lalu kita menidakkannya itu yg jadi amat teruk lagi kesan dosanya.ibarat bila x solat cakap pula solat itu x perlu.dibimbangi boeh terbatal isam kita.tp lain pula jika dia x solat then bila orng tegur maka kita hnya berdiam diri.maka dosanya hnyalah sbb x solat.kerna tidak pula menidakkan bnda yg wajib.sama a jg dm kes ni.tidak pula menafikan yg haram waaupun mungkin kita turut sama teribat..tp kalau boleh elakkan kedua-duanya.

    ada sy dngr pndpt ustaz azhar idrus.perempuan haram hukumnya menyanyi dan jg nasyid skalipun.bila dh haram maka haram jg lah gajinya sebagai seorang artis dan akan haram jugalah bagi si lelaki yg mendengar suaranya.dan akan haram juga la majlis tersebut maka haram jg lah sesiapa yg mengunjunginya.

    jika untuk lelaki pula makruh hukumnya jika mereka menyanyi lagu2 cinta selagi tidak memuji bentuk tubuh badan atau fizikal wanita.dan jika mereka memuji bentuk tubuh badan wanita ataupun fizikalnya maka haram hukumnya nyanyian tersebut.contohnya liriknya berbunyi begini"mata kamu yg cantik,tubuh kamu yang menggoda,jelingan matamu yg meresahkan hati"..maka haramlah hukumnya jika ada perkara2 seumpama itu..

    mudah2an ilmu yg baek itu kita kongsi2kn bersama.insyarallah
    :)

    ReplyDelete
  30. lagu yang bagus didengar
    yang bisa membangkitkan keyakinan akan Tuhan, dan kehidupan

    adalah hal yang baik untuk diperdengarkan... maybe seh Mee..

    ReplyDelete
  31. KURANG FAHAM.
    MUSIK HAROM?
    SEMOGA ALLOH MENGAMPUNI DOSA2 KITA.
    SEMOGA ALLOH BERI KITA PETUNJUK YG BENAR.
    SEMOGA KITA KIAN BERTAQWA.
    BANYAK MUSLIMUN YG SHOLAT TAK HAFAL TERJEMAHAN FATIHAH.

    ReplyDelete
  32. zai , Salam akak, pastinya, insyallah, masih muhasabah driri ni:)
    ALLAHuakbar!

    sI tEDI , a'ah, sekrg, ntahlah,hehe;p

    Hisham , insyallah:)

    Putra Al-Maliki, betul2:)

    ekopelancongan , salam eko, nauzibillah

    Abd Razak Salam, terima kasih ya:)

    eRiNsZ, alolo, okke wat sudi komen,tq akak;p

    Peace Loverz , sme lah kite yg;p

    cun09 , salam, ye syg:)

    syahbandar87, salam, terima kasih saudara, mudah-mudahan, indah perkongsian, sedikit tersedar;p

    elmoudy , benar, trimas ya:)

    ReplyDelete
  33. MZ ARIFIN,ini sebuah rancangan hiburan di malaysia:)
    jawapan ada di kalangan komentar sana ya:)

    ReplyDelete
  34. yang tentunya, muzik2 makin bosan..

    tapi.. tengok la kalu nak.. tapi rasenye macam tk boleh an ? mcm syahbandar87 cakapkan. hm. betul jugak.

    ReplyDelete
  35. Anonymous7:01 AM

    ades xtgk plak smlm...
    huhuhu...hope sgt Yuna menang

    ReplyDelete
  36. muzik2 nih dah lama tak tgk.. tp tidak le anti pada hiburan.. cuma layan hiburan2 yang sihat je la....

    ReplyDelete
  37. Hazari., itula dik, wallahulam:) byk benarnya dia ckp:)

    «♪Ruff♪» ,dan sebenarnya;)

    ReplyDelete
  38. dotblogspotdotkom,, alhamdulillah , bgus pakcik neh:)

    ReplyDelete
  39. tak tengok pun~
    malas dah~
    huhuhu~

    ReplyDelete
  40. salam anem..

    dah lama tak layan muzik2 ni.. cume ada satu malam tu tertengok pula.. tapi tak tumpu sgt... sbab rasa macam dah tak best aje.. huhuhu.. (^__^)


    p/s: anem jadi cikgu ke??

    ReplyDelete
  41. arnamee..
    kte pun da lama x mengikuti.jarang tengok tv skrg..huhu xde masa.

    ReplyDelete
  42. Peace Loverz9:58 AM

    leh jd kn pengajaran n panduan bace majalah SOLUSI tu....
    erm....
    mudah2an..... ;)

    ReplyDelete
  43. assalammualaikum

    dah tua2 ni rasa benda2 tu membuang masa je...sebab masa dah tua ni rasa masa makin singkat

    ReplyDelete
  44. selalu layan gitar sendiri bila sunyi..

    tq singgah anaklaut

    ReplyDelete
  45. Salam anem,kebetulan sy pun bincang pasal muzik kat blog saya.
    http://ijoks2009.blogspot.com/2009/11/rock-islamik.html

    ReplyDelete
  46. tgk utk suke2 je....hihihikk

    ReplyDelete
  47. gua xtengok.
    xsempat!
    hgee~

    ReplyDelete
  48. LORD ZARA 札拉 , huhu, malas?;p

    Faarihin , salam, tulah biasa2 je yg:)
    p/s: cikgu?, taklah;p

    lanz_evo7 , takep tak tengok pun:)

    Peace Loverz , insyaallah syg:)

    a kl citizen , alaikummussalam, tahu takpe akak anem pun demikian:p

    anaklaut , saya pun minat dengar org main gitar:)

    ijoks2009 , akn sye pergi kelak:)

    LuVidA^^ , smelah:)

    ReplyDelete
  49. ♥chentaMAYA™, ngee, eheh;p

    ReplyDelete
  50. salam,


    suatu perkara yang tak baik kita akan dapat rasa sendiri,hati kita tak sedap.itu pun kalau hati kita x keras sangat.
    jujurnya,saya pun tengok muzik2 lepas nurkasih hari tuh,boleh rasa lah macamana lepas tu, rasa jauh dari Allah,nak buat ibadat pun malas.
    lagi satu,benda nie,lagha dan tak nampak satu pun kebaikan untuk akhirat kita.mujahadah itu memang payah..
    tepuk dada,tanyalah iman kita.;)

    ReplyDelete
  51. muhayniey

    Salam :)

    benar, erm, sukar3, tapi insyaallah:)

    ReplyDelete
  52. Peace Loverz11:10 PM

    ;)

    ReplyDelete
  53. sebenarnya tanyalah pada diri sendiri mengapa perlu dilihat muzik itu....
    tahukah kalian sekiranya kita menonton muzik2 itu maka rating chart akan bertambah.....maka producer akan berkata..."ini sudah bagus...." maka kan ditambahkan lagi muzik2 yang akan melalaikan anak2 muda zaman kini....ketahuilah ANDA lah yang sebenarnya yang menggalakkan penambahan muzik ditanah air ini....maka untuk itu turunkanlah rating sehingga tiada lagi rating......
    sebenarnya rezki yang diterima oleh mereka yang membawa muzik yang melalaikan adalah diragukan...sebabnya pencarian rezki itu tidak membawa keberkatan....FIKIRKANLAH kiranya rezki itu diberi makan minum pada keluarga??? tidakkah itu tergolong dari rezki syubahah....
    bukankan kita disuruh agar mencari rezki halal dan tai'ibah??? maka seharusnya kita jangan bersekongkol bersama mereka....fikirkanlah.....

    ReplyDelete
  54. "Salahuddin" , indahnya bila fikir,takot,huhu

    ReplyDelete

Untuk kesudian membaca dan memberi berkata-kata - saya berterima kasih.








Anem Arnamee 2024 © TERIMA KASIH ♥



click to te top