Salam. Hai. Saya Anem Arnamee. Terima kasih sudi datang, membaca mahupun berkongsi artikel blog ini. Moga yang baik-baik selalu untuk kalian semua. Insya-Allah.

- Jika anda mahu sebarang kolaborasi/pengiklanan (review/ruang iklan) di blog ini boleh rujuk page ini.
- Jika ada pertanyaan lain, boleh mesej di facebook ANEM ARNAMEE atau e-melkan ke arnamee (at) gmail.com.

Namun jika ada sebarang pendapat, pembetulan, penambaikan atau pertanyaan boleh saja tinggalkan di ruangan komen. Salah silap harap ditegur dan dimaafkan. Juga untuk artikel atau perkongsian yang hampir sama atau diambil terus daripada anda (jika didapati tidak sesuai/tidak wajar/tidak kreditkan nama anda beritahu semula ya). Mohon dihalalkan dan diredhakan untuk semuanya. Terima kasih.

Cantiknya Mural (Grafiti) di Pekan Bagan Datuk, Perak!

Gambar: Facebook Bagan Datuk Kini
Daerah Bagan Datuk terletak di sebuah pekan yang terletak kira-kira 45 km dari barat Teluk Intan, Hilir Perak, Negeri Perak, Malaysia. Ia terletak di barat daya bandar raya Ipoh, ibu negeri Perak. Bagan Datuk dikenali sebagai tempat penanaman kelapa dan koko. Namun demikian, kedua-kedua tanaman kelapa dan koko telah disaingi oleh penanaman kelapa sawit yang memberikan lebih banyak hasil.


Baiklah, itu adalah sumber melalui Wikipedia. Bagan Datuk merupakan kawasan bekas TPM iaitu Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

Banyak pembangunan yang kini sedang giat dijalankan, seperti pembinaan beberapa pusat pendidikan dan juga masjid terapung serta jambatan, namun apa yang saya ingin kongsikan di sini adalah kewujudan Mural/Grafiti yang cantik di sekitar Pekan Bagan Datuk.

Sebelum itu, ini saya kongsikan gambar di sekitar waterfront/jeti Bagan Datuk ini.



Oh ya, di Jeti Bagan Datuk ada replika Kapal Besar dan di dalamnya ada sejarah dan maklumat tentang Bagan Datuk, serta permainan untuk kanak-kanak dan sangat instagrammable!


Comelkan dalam kapal? Ada bahagian lain juga. Kenalah tengok.



Oh ya, ini pula bangunan di sekitar Pekan Bagun Datuk. Warna-warni!


Di bawah ini saya kongsikan gambar mural/grafitti yang ada di sekitar bangunan Pekan/Bagan Datuk.

Mural kucing

Mural kelapa

Mural pokok kelapa

Mural ikan

Mural lebah dan bunga raya

Mural orang pegang bendera

Mural memerang

Mural nelayan dan sampan

Mural petani

Mural gadis kampung
Cantikkan? Jomlah datang melawat Bagan Datuk. Ramai yang kata, malam lagi menarik di Jeti Bagan Datuk ni.

Untuk perkara menarik lain di Bagan Datuk ni boleh rujuk antara blog-blog di bawah:

- Waterfront Bagan Datuk, Perak
- Syurga Kelapa: Apa yang Menarik di Bagan Datuk, Perak
- Apa Yang Menarik di Bagan Datuk, Perak?

Peta Negeri Perak

Infografik Bagan Datuk


Gambar:
- https://ms.wikipedia.org
- Idayu Suid @ PINTEREST


0 yang menasihati:

Post a Comment

Untuk kesudian membaca dan memberi berkata-kata - saya berterima kasih.







Anem Arnamee © TERIMA KASIH ♥



click to te top