Salam. Hai. Saya Anem Arnamee. Terima kasih sudi datang, membaca mahupun berkongsi artikel blog ini. Moga yang baik-baik selalu untuk kalian semua. Insya-Allah.

- Jika anda mahu sebarang kolaborasi/pengiklanan (review/ruang iklan) di blog ini boleh rujuk page ini.
- Jika ada pertanyaan lain, boleh mesej di facebook ANEM ARNAMEE atau e-melkan ke arnamee (at) gmail.com.

Namun jika ada sebarang pendapat, atau salah silap harap ditegur dan dimaafkan. Mohon dihalalkan dan diredhakan untuk semuanya. Terima kasih.

Zoo Negara Donation & Fund (Haiwan Angkat & Dana Bantuan)


Tahukah anda Zoo Negara merupakan organisasi bukan kerajaan yang sebahagian pendapatannya diperoleh dari kutipan jualan tiket selain tajaan korporat dan individu? Oleh itu zoo adalah salah satu tempat yang terjejas teruk kerana ketiadaan pengunjung dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan.
Anda boleh menyalurkan sumbangan bagi membantu menampung perbelanjaan makanan dan pengurusan haiwan-haiwan di zoo ini. Bersama-sama kita sayangi dan lindungi haiwan liar kita.
Paling menarik, kesemua haiwan di Zoo Negara boleh dijadikan haiwan angkat dan anda boleh membantu mereka dengan menyumbang dari segi kewangan untuk mengekalkan makanan tahunan, pengayaan dan penjagaan veterinar. Sebagai balasan, anda akan menerima e-sijil haiwan angkat yang menyatakan haiwan terpilih dan kami akan meletakkan dalam laporan tahunan kami dengan jumlah yang anda taja.

Menarik, bukan?

Ini pakej haiwan angkat zoo negara:


Sumbangan serendah RM 1 misalnya masih dibolehkan namun hanya sumbangan bermula RM50 akan dapat sijil (kena bagi bukti dah sumbang dekat e-mel).

Sumbangan boleh dihulurkan ke akaun ini:

▪︎Malaysian Zoological Society
▪︎514422103830
▪︎Maybank Berhad 

Bagi penyumbang yang berjaya menyumbang anda boleh sertakan bukti sumbangan dan hantarkan ke
pr@zoonegaramalaysia.my  bagi mendapatkan e-sijil sebagai tanda penghargaan.

Untuk maklumat lanjut sila hubungi di talian
+60341083422

Antara haiwan angkat terlibat:
Nak tahu detail tentang haiwan angkat ini boleh ke: https://www.ticket2u.com.my









Zoo Negara is managed by the Malaysian Zoological Society, a non-governmental organization that survives mainly through its gate collection and sponsorship from individuals, schools and corporate companies.

All our animals are up for adoption and you may help us adopt one by maintaining its annual food, enrichment and veterinary care. In return, you will receive a certificate of adoption stating your selected animal and we will even acknowledge you in our annual report with the amount you have sponsored.

Adoption Package Link: https://www.zoonegaramalaysia.my/adopt.html

Comelnya Panda ni!

Terima kasih untuk mereka yang menyebarkan berkaitan ini di media sosial antaranya:

Twitter dan gambar kompilasi: @SabbyBeautyHub
Instagram: Artortoise
Facebook:
- M Hafiz Ostmann
- Abu Hurairah Hashim

Lain-lain maklumat:

0 yang menasihati:

Post a Comment

Untuk kesudian membaca dan memberi berkata-kata - saya berterima kasih.










Anem Arnamee © TERIMA KASIH ♥



click to te top