PUISI
(H1N1/Covid)
(H1N1/Covid)
Hari semalam,
ketidakhadiranmu tidak pernah diteladani
Hari ini,
kau berbisik menggegar kalbu kami
Kau mula mengusik saudara-mara kami seisi,
Kau beri tanda untuk dirasai,
Kau mampu buat kami lemah sendi,
Kau.. Pergilah dari sini,
Pelbagai manhaj kami selongkari,
Untuk kau nyah dan tak hadir lagi,
Dengan rasa raja' kami benci kau disini,
Kami iringi zikrullah di hati,
Kami pinta kami tabah melalui
Mendengar tentangmu di duniawi,
Jiwa mula khauf kami akui kelemahan diri,
Jika diduga cara begini bertubi ,
Berbekal istiqamah, kami pohon ampun Ya Rabbi!

ketidakhadiranmu tidak pernah diteladani
Hari ini,
kau berbisik menggegar kalbu kami
Kau mula mengusik saudara-mara kami seisi,
Kau beri tanda untuk dirasai,
Kau mampu buat kami lemah sendi,
Kau.. Pergilah dari sini,
Pelbagai manhaj kami selongkari,
Untuk kau nyah dan tak hadir lagi,
Dengan rasa raja' kami benci kau disini,
Kami iringi zikrullah di hati,
Kami pinta kami tabah melalui
Mendengar tentangmu di duniawi,
Jiwa mula khauf kami akui kelemahan diri,
Jika diduga cara begini bertubi ,
Berbekal istiqamah, kami pohon ampun Ya Rabbi!

Risau dapat tahu kawan-kawan demam, rasa sedih jika kejiranan kalian ada yang terkena H1N1/COVID-19 (mahupun simptom), jaga diri baik-baik tau! Sakit makin ubat, jangan takut makan ubat, jumpa doktor, Nanti-nanti kalian makin mengusarkan hati tersayang- jadi, jaga dan doa sama-sama.