Biodata Sofyank96


Muhammad Sofian bin Abdullah atau lebih dikenali sebagai Sofyank ialah seorang personaliti media sosial dan pencipta kandungan digital kelahiran Malaysia. Beliau dikenali dengan penghasilan video suntingan yang mempunyai kesan-kesan khas. Beliau telah selamat dinikahkan pada 11 Jun 2022. 

Sofyank pernah tersenarai sebagai antara 5 pempengaruh dalam Anugerah MeleTOP Era 2020 bagi kategori Influencer Meletop Syok.

Manakala pada malam Gempak Most Wanted Award 2022 pula, beliau telah membawa trofi bagi anugerah Hall of Fame GMWA2022. 

Paling membanggakan, pada April 2023, Sofyank telah menjuarai pertandingan 'Ultimate VFX Challenge-Magic Of The Month' di Los Angeles, Amerika Syarikat anjuran Zach King (yang juga merupakan idola Sofyank). 

Manakala tahun ini pula beliau tercalon Top 5 di bawah Kategori Ekstra - Content Creator Popular yang dianjurkan oleh Anugerah Bintang Popular yang ke 35. 

Akaun media sosial Sofyank

- Sofyank96 youtube 

- Sofyank96 twitter

- Sofyank96 tiktok

- Sofyank facebook

- Sofyank96 instagram


Gambar - Metro

Sumber:

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2023/04/1092612/sofyank-kagumkan-zack-king-ungguli-cabaran-di-los-angeles

0 yang menasihati:

Post a Comment

Untuk kesudian membaca dan memberi berkata-kata - saya berterima kasih.








Anem Arnamee 2024 © TERIMA KASIH ♥



click to te top