Bantuan Etunai, Telefon Pintar Rahmah, Bantuan khas pesara, penjawat awam & Berkaitan Veteran ATM

Sepanjang bulan ini, ada beberapa inisiatif dan pengumuman menarik kerajaan berkaitan rahmah dan Bantuan Khas:

Antaranya:

ETUNAI/EWALLET RM100 

1. Kerajaan bersetuju untuk menawarkan kredit etunai sebanyak RM100 kepada semua rakyat dewasa Malaysia yang berpendapatan RM100,000 setahun dan ke bawah

BANTUAN KHAS BUAT PENJAWAT AWAM DAN PESARA KERAJAAN

2. Kerajaan mengumumkan pemberian Bantuan Khas Penghargaan sebanyak RM300 kepada penjawat awam gred 56 ke bawah termasuk lantikan kontrak, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim. 

Bantuan khas penghargaan sebanyak RM200 pula akan diberikan kepada pesara kerajaan, termasuk pesara berpencen, penerima pencen terbitan, pesara Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), pesara bersara pilihan dan belum menerima pencen, veteran berpencen serta veteran tidak berpencen.




TELEFON RAHMAH 5G

3. Rakyat Malaysia kini boleh menikmati Pakej 5G RAHMAH iaitu pakej telefon pintar 5G pelan data dengan harga telefon pintar jenama Samsung A14 5G dan Honor 90 Lite 5G serendah RM240.00 sempena Bulan Kebangsaan.

Pakej ini turut beserta pelan data sebanyak 60GB pada harga RM60.00 sebulan.

4. POSTPAID RAHMAH

Penjawat awam akan menikmati rebat RM10 sebulan bagi langganan pakej postpaid masing-masing menerusi Insentif Postpaid RAHMAH Penjawat Awam berkuat kuasa 31 Ogos ini.  (Ini berkaitan TELEFON 5G RAHMAH) 

BANTUAN SARA HIDUP KEPADA VETERAN ATM TIDAK BERPENCEN

5. Veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) tidak berpencen akan menikmati Bantuan Sara Hidup (BSH) sebanyak RM300 sebulan pada usia 60 tahun berbanding 80 tahun sebelum ini.

Sumber:


https://www.buletintv3.my/carian/?q=Rm100&c=semua

https://www.google.com/amp/s/www.bharian.com.my/amp/berita/nasional/2023/08/1137101/rebat-rm10-untuk-penjawat-awam-tawar-pakej-5g-rahmah

https://ecentral.my/bantuan-khas-penghargaan-penjawat-awam-pesara/



0 yang menasihati:

Post a Comment

Untuk kesudian membaca dan memberi berkata-kata - saya berterima kasih.








Anem Arnamee 2024 © TERIMA KASIH ♥



click to te top