Takziah - Hilang 6 ahli keluarga sekelip mata

Raut wajah seorang Bilal di sini begitu sugul sekali. Beliau kehilangan 6 ahli keluarga serentak. Ayahnya yang juga seorang imam dan ibunya seorang guru agama pergi bersama 4 adik-beradik lain yang juga bijak pandai dalam ilmu al-Quran, sementara seorang lagi adiknya sedang ditidurkan di ICU.

Abdur Rahman (berdiri belakang kanan) bersama ahli keluarganya yang terbunuh dalam kemalangan di Segamat. Adiknya (berdiri belakang kiri) masih di ICU Hospital Segamat - Foto NSTP/ IHsan keluarga

Innalillahi wa inna ilaihi rojiun. Moga beliau diberi kekuatan serta rasa redha dan sabar.

"Abi pesan sedekah ini membuka jalan dan doa makhluk untuk kita, saya sentiasa ingat pesan Abi sampai bila-bila," katanya.

Abdurrahman Amir Ruddin, 19, yang memimpin solat jenazah itu kelihatan sebak dan menitiskan air mata menyebabkan suasana ketika itu sayu seketika.

Ahli keluarga beliau yang telah meninggal dunia dalam kemalangan baru-baru ini itu adalah pasangan suami isteri Amir Ruddin dan Norahimah serta empat anaknya iaitu Fatimatulzahrah, 17; Seri Khadijah Aqilah,13; Rufaidatul Asyariyah, 10, dan Muhammad Assyakrawi, 5. 

Moga saudara Abdur Rahman dan keluarga diberi kekuatan dan adiknya, Abdullah kembali sedar dan sembuh. Insya-Allah. 


Sumber:

https://www.instagram.com/reel/CwsD3-ERBtR/?igshid=MzRlODBiNWFlZA==

https://www.google.com/amp/s/www.bharian.com.my/amp/berita/nasional/2023/09/1147761/saya-hilang-tempat-berteduh?bshm=rime/2

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2023/09/1005711/air-mata-sambut-ketibaan-jenazah-enam-beranak?fbclid=IwAR2LfqCmhAGXEyjCohGAJoXcpb3aYz-9KQ0Y3sK61qGszSyPLORlgylIquQ

0 yang menasihati:

Post a Comment

Untuk kesudian membaca dan memberi berkata-kata - saya berterima kasih.








Anem Arnamee 2024 © TERIMA KASIH ♥



click to te top