Lirik lagu Cinta Luar Biasa - Rabithah


 


(RIDWAN)

Benarkah dikhabar akan cinta itu buta? Kerana saujana ku melihat kan sinarnya Benarkah perasaan cinta kan membakar diri? Kerana dingin dan tenteram yang ku nikmati


(AYMAN)

Rasa cinta agung yang ku miliki ini Tak mudah ditafsir dalam lirik puitis Sesekali aku tak tegar menahan rasa Sebak rindu mendengarkan namanya


(MAHDI)

Aku manusia biasa

Cinta bukan setulus bibir bicara

Namun secebis cintaku pada Nabiku Aku pahatkan menjadi cinta luar biasa


(RIDWAN)

Mendengar namanya rindu ini terus mekar Seperti pertama kali aku jatuh cinta


(AYMAN)

Andai milikku segala khazanah dunia Ku bayar sesiapa yang menyebut namanya Sesekali aku tak tegar menahan rasa Sebak rindu mendengarkan namanya


(MAHDI)

Aku hanyalah pendosa

Tiada amalanku yang istimewa

Namun wallahi segalanya tentang dirinya

Aku agungkan

Walau diri hanyalah manusia biasa

Cinta bukan setulus bibir bicara

Namun secebis cintaku pada Nabiku

Aku pahatkan menjadi cinta luar biasa



عليك صلی الله یا خیر خلق الله عليك صلى الله يا خير الأنام


(RIDWAN)

Aku manusia biasa

Cinta bukan setulus bibir bicara

Namun secebis cintaku pada Nabiku Aku pahatkan


(MAHDI)

Aku hanyalah pendosa

Ku ada hanya cinta kerna baginda

Agar ku di perhatiannya di alam sana

Untuk bersama sentiasa di sampingnya

Tuhan izinkan ku melihat wajah, kucup tangan

kekasih-Mu

Mendengar jawapan salamku dan selawatku

kepadanya

Walau memadai dalam mimpiku


(CHORUS)

Wallahi segala-galanya tentang dirinya

Aku agungkan menjadi cinta luar biasa





0 yang menasihati:

Post a Comment

Untuk kesudian membaca dan memberi berkata-kata - saya berterima kasih.








Anem Arnamee 2024 © TERIMA KASIH ♥



click to te top