Projek Poster Pentas X MDEC

 


Guys, aku nak share 1 benda best ⚡️

Buat 1 poster dan korang boleh dapat RM2,500-RM4,000 untuk 1,000 peserta.

Banyak tu. Sapa nak bagikan?


Ini program dgn kerjasama MDEC.

Memang rugilah kalau korang tak join.

Dateline mmg dah extend sampai 29 Januari 2024. Ada banyak masa lagi untuk korang join. 


Ini cara untuk korang join

Ini adalah program Digital Asset Onboarding Program yang MDEC sediakan dan bekerjasama dengan Pentas IO. 


PENTASxMDEC

MDEC ialah Malaysia Digital Economy Corporation, salah 1 agensi kerajaan.

Pentas adalah NFT marketplace buatan Malaysia. 

Korang boleh saja buat poster guna Canva, Photoshop dan lain-lain. 


AI mcm Midjourney, Dall-e boleh guna?

Ya boleh tapi bukan guna 100% AI lah. Mix lah sikit. Yang ini MDEC benarkan.


Next,

Pergi ke website ni https://app.pentas.io/digital_assets_onboarding & korang boleh register dulu.

Lepas register, korang boleh tekan dekat “Program details and guidelines.”

Dekat situ korang boleh baca semua dokumen yang MDEC minta dan dah ada guide untuk korang buat.

Semua benda yang korang kena buat mmg boleh refer saja directly dalam dokumen itu.

Korang boleh register as Organisation or Individual. 

Kalau ada adik yang berumur 12-18 tahun yang pandai melukis, suruh mereka join sekali.

Kalau buat kerja berkumpulan & takda company, register sebagai individual saja. Takda masalah.

Kalau company korang tak pernah buat IP filing/trademark dekat MyIPO, inilah masanya.

Daftar as company. Nanti boleh claim balik.


Ada perbezaan dokumen kalau register as individual ataupun organisation.

Contohnya mereka minta salinan SSM instead of IC untuk organisation.

Then,



Korang kena jadikan poster itu sebagai aset digital. 

Korang kena jadikan poster itu sebagai NFTlah untuk jadikan ianya aset digital. 


Untuk yang ini, korang kena gunakan @pentas_io untuk upload/mint poster tersebut. 

Ini sebab MDEC nak galakkan ramai orang buat aset digital.


Bila dah masuk dekat Pentas, korang boleh create wallet Metamask. 

Metamask ini adalah akaun crypto yang fungsinya lebih kurang digital wallet mcm Touch N Go itu saja. 

Cuma kena guna cryptocurrency. 

Jangan risau, korang boleh claim free ja crypto ni. Aku share caranya di bawah


Once dah siap buat Metamask, pergi ke website https://app.pentas.io/, pergi create akaun dekat situ dulu.

Create akaun Pentas ini mcm korang buat akaun media sosial biasa saja. 

Cuma kena ada akaun metamask dulu. Itu saja dan simpan seed phrase baik-baik.





Jangan risau kalau korang tak tau cara nak beli crypto. 

Korang just perlu DM @pentas_io & mereka akan bagi free saja dekat korang. 

Cukup untuk mint/upload 1-2 poster dekat situ.

Nanti waktu DM @pentas_io, bagi dekat Pentas 2 benda ni.


1. Wallet address, 

2. Link profile Pentas.




Wallet address itu mcm number akaun kita la. Takda number ini, tak boleh send duit/crypto.

Boleh refer artikel ini kalau tak reti guna https://www.pentas.io/

https://medium.com/pentas-io/how-to-get-started-on-pentas-7f5629921e09

Tengok video ini kalau tak reti cara nak buka akaun Metamask & Pentas


2. https://youtu.be/svIdy5oJkZ0?si=Se76ToXV82Fp7fWy


Lepast itu, 

Wajib buat poster ikut tema ni:

1. Animasi

2. Gaming


Make sure juga ada elemen & identiti Malaysia dalam poster korang.

Contoh gambar 1st, bola kampung yang memang ada elemen & identiti Malaysia.





Gambar ke-2, tema gaming berkenaan game perang di Malaysia. Ada KLCC & bendera.

Kalau dalam poster itu ada 1 elemen & identiti Malaysia pon boleh. Janji ada. 

Pastikan waktu korang nak mint/upload poster korang & make sure untuk letak hashtag #MDECxPENTAS dalam description. 

Royalty normally letak 5-10%.


Once dah mint/upload, boleh tekan “Add to marketplace”.

Then share la poster & link dekat Twitter & mention @pentas_io




Ada 3 jenis insentif yang ditawarkan.

1. Design & development of digital asset management incentives (Wajib)

Ini orang kena buat poster yang mengikut tema, jadikan NFT, siapkan dokumen & submit.

Lengkapkan yang ini, korang berpeluang untuk dapat RM 2,500. Tak perlu jual NFT pon.



2. Then, IP filing incentive (Optional)


Yang ini best kalau korang ada company. Let say company korang tak pernah buat IP filing dekat MyIPO, inilah masanya.  

Korang boleh pergi register & claim balik kos itu dekat MDEC. MDEC akan cover balik sebanyak RM 1,000. 

Normally kos IP filing bawah RM 1,000. Senang cerita, korang buat IP filing free je tau.

Make sure letak resit/bukti dalam Google Drive folder korang. 

3. Next, Marketing & commercialisation (Optional)

Yang ini MDEC akan cover cost auction fees up to RM 500 (jika ada).

Kalau korang buat step 1 saja, korang layak untuk dapat RM 2,500. Step 1 adalah wajib.

Kalau buat step 1, 2 & 3, korang layak untuk dapat RM 3,500+

Kalau buat step 1 saja & tak buat step 2 & 3, boleh saja takda masalah.

Then, korang kena buat 1 dokumen berkenaan poster korang. Guna Google Doc saja senang then export to PDF.


Korang kena cerita sikit pasal poster, model bisnes, character yang digunakan, etc.

Untuk metaverse plan & bisnes model itu, boleh saja ikut mcm dalam guideline yang disediakan itu.



Next, bila semua itu dah siap, buat 1 folder dekat Google Drive and letak semua dokumen yang diperlukan dalam folder tersebut.

Make sure untuk tukar akses ke “Anyone with the link” supaya pihak mereka boleh akses. 

Link Google drive itu nanti submit dekat Submission form itu.





Antara dokumen yang korang perlu letak dalam Google Drive itu:

1. Copy of IC (Individual)

2. Copy of SSM (Org)

3. Dokumen pasal bisnes model, storyline & etc.

4. Resit MyIPO kalau ada buat IP filing

5. Parent consent form (kalau umur bawah 18 tahun)


Lastly,

pergi ke submission form dan isi semua maklumat dekat situ & submit.

Tarikh last submission adalah 8 Januari 2024.

Bagi aku, kalau betul-betul buat, kejap ja siap. 4-5 hari saja & worth it. 


Siapa nak bagikan?

Kalau korang buat cukup syaratnya, 95% korang boleh dapat ya.

Untuk yang tak tahu sangat pasal NFT atau confuse pasal program ni, boleh refer video yang aku bagi atau dm/reply saja dekat aku terus.


Perkongsian asal:

https://twitter.com/jancoca/


Berkaitan syarat:

https://twitter.com/pentas_io/




0 yang menasihati:

Post a Comment

Untuk kesudian membaca dan memberi berkata-kata - saya berterima kasih.








Anem Arnamee 2024 © TERIMA KASIH ♥



click to te top