Photo |
Tabung Haji baru je keluarkan senarai Pengelola Jemaah Haji (PJH) untuk musim haji tahun 2024 minggu lepas.
Hanya syarikat travel ini SAHAJA yang boleh bawa jemaah haji menggunakan Pakej Swasta untuk musim haji 2024.
Tahun lepas syarikat travel yang dapat Lesen PJH ini ada 23 buah. Tapi Emraz Travel dikeluarkan pada saat akhir.
Tahun ni ada 25 Syarikat Travel yang dapat lesen PJH. Ada 3 buah syarikat baru:
1. Amani Travel (Nilai)
2. Kawan International (Seremban)
3. Kembara Umrah (Terenganu)
Siapa yang bercadang tunaikan haji menggunakan pakej swasta dah boleh survey dari sekarang.
Harga Pakej Haji Swasta biasanya di publish selepas Tawaran Haji Muassasah dikeluarkan oleh TH. Bulkan Ramadan biasanya dah keluar. Dijangka ada peningkatan 5%-10% dari tahun lepas.
Siapa yang dah daftar TH lebih dari 5 tahun, insyaallah boleh pergi tahun depan kalau register dengan pakej swasta ini.
Moga semoga semua muslim dapat tunaikan kewajipan haji dalam keadaan masih muda dan sihat, Ameen!
Perkongsian asal:
- Tuan Faisal Rahim @ X (Twitter)
0 yang menasihati:
Post a Comment
Untuk kesudian membaca dan memberi berkata-kata - saya berterima kasih.