Pencen penjawat awam (untuk pekerja kerajaan dihapuskan 2024)
"Penjawat awam baharu” — lantikan baru akan datang saja yang tak ada pencen.
Ia tak melibatkan penjawat awam sedia ada.
Kisah pertukaran dari pencen ke KWSP ni sebenarnya dah lama (Kajian ni dah mula sejak 2015, kemudian ketika 2022, setiap perjawatan perkhidmatan awam semya mula dengan COS (Contract of Services). Tapi kerajaan waktu tu tidak ada pun nak teruskan kajian gaji @ skim perlantikan.
Akhirnya ia (perlu) terjadi sekarang.
Sistem pencen akan tetap dihapuskan oleh kerajaan. Ini bukan decision kerajaan semasa tapi sejak era Najib lagi ianya sudah dibahaskan oleh semua. Mahu tak mahu kena buat jugak.
Kerajaan sedar makin lama makin tak mampu kerajaan menanggung skim pencen, malah akan ada tahun kos mencapai 1 trilion+.
Peralihan kepada pelan persaraan bagi penjawat awam lantikan baharu mulai 1 Feb 2024 ini tidak bermakna skim pencen dihapuskan serta merta.
Penjawat awam sedia ada, masih terima pencen macam sedia kala.
Kemaskini: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, mengumumkan bahawa beliau akan membawa isu pemansuhan pencen ahli Parlimen ke perbincangan kabinet untuk mendapatkan kelulusan.
Sumber:
X dan pelbagai
0 yang menasihati:
Post a Comment
Untuk kesudian membaca dan memberi berkata-kata - saya berterima kasih.