Resepi Sos Ala Sukiya

Di aplikasi TikTok, seorang pemuda dikenali sebagai Zainul Rusydi turut meraih perhatian ramai selepas dia berkongsi resipi mudah untuk menghasilkan sos ala Sukiya.



Bahan-bahan yang diperlukan:

1. Bawang putih

2. Daun ketumbar

3. Daun bawang

4. Cili padi

5. Roasted sesame sauce

6. Miso paste

7. Chilli oil


Cara penyediaan sos:

1. Mula-mula, anda memerlukan bawang putih yang dicincang, daun ketumbar, daun bawang, cili padi dan roasted sesame sauce.

 2. Masukkan juga miso paste ke dalam adunan bahan tadi. Anda boleh dapatkan miso paste yang halal di kedai-kedai Jepun.

Contoh miso paste: https://shope.ee/50BDICs0Me

3. Selepas itu, masukkan chilli oil. Sebenarnya chilli oil juga boleh dibuat sendiri. Caranya mudah sahaja, anda hanya perlu tuang minyak panas ke atas chilli flake.

Bagai tak lengkap sos ini jika tiada bahan-bahan untuk dicicah.

Untuk mendapatkan feeling ala-ala menjamu selera di restoran Jepun, anda boleh membeli mana-mana set steamboat yang dijual di kedai atau pasaraya.


Contoh set streambot: https://shope.ee/7zoorfuzkz


Biasanya set steamboat itu turut dijual bersama perencah supnya.

Masak perencah sup itu bersama aneka bahan steamboat dan mi segera.

Anda juga boleh mencelup hirisan daging ke dalam sup itu sebelum dicicah bersama sos.

Bagi mendapatkan rasa yang lebih kick dan padu, anda juga boleh menambah perahan limau nipis dan daun ketumbar ke dalam sup steamboat.

Untuk mendapatkan lebih banyak perkongsian resipi dan tutorial masakan, anda boleh mengikuti akaun Zainul Rusydi di aplikasi TikTok.

(Anda juga boleh menambah mi segera untuk dimakan bersama sup steamboat) 



Sumber:

https://www.mstar.com.my/





0 yang menasihati:

Post a Comment

Untuk kesudian membaca dan memberi berkata-kata - saya berterima kasih.








Anem Arnamee 2024 © TERIMA KASIH ♥



click to te top