Salam. Hai. Saya Anem Arnamee. Terima kasih sudi datang, membaca mahupun berkongsi artikel blog ini. Maaf jika ada kekurangan & teguran amat dialu-alukan. Moga yang baik-baik selalu untuk kalian semua. Insya-Allah.

- Jika anda mahu sebarang kolaborasi/pengiklanan (review/ruang iklan) di blog ini boleh rujuk page ini.
- Jika ada pertanyaan lain, boleh mesej di facebook ANEM ARNAMEE atau e-melkan ke arnamee (at) gmail.com.

(Takziah) Senarai nama mangsa nahas helikopter TLDM

Hari berduka buat Angkatan Tentera Malaysia dan rakyat Malaysia.

Dalam kejadian 9.32 pagi Selasa, 10 anggota dan pegawai TLDM maut dalam tragedi dua helikopter terhempas ketika sedang menjalani raptai lintas hormat bersempena dengan sambutan Ulang Tahun TLDM ke-90 di Pangkalan TLDM Lumut.

Suasana sedih dan pilu menyelubungi majlis pengebumian lapan daripada 10 jenazah mangsa nahas berkenaan, yang dijalankan mengikut istiadat pengebumian tradisi tentera laut dengan dihadiri ribuan ahli keluarga, kenamaan serta sanak saudara yang hadir memberi penghormatan buat kali terakhir.

Al-Fatihah dan takziah buat semua keluarga wira negara. Moga diberi ketabahan dan kekuatan. 

Kejadian Tragedi 2 helikopter terhempas: Inilah senarai mangsa dan wajah wira negara yang gugur.



Pesawat Agusta WestlandHOM (M503 3) 4 orang kru dan 3 penumpang:


1. Komander Muhammad Firdaus Ramli - Pegawai Memerintah Skuadron 503.

2. Leftenan Komander Wan Rezaudeen Kamal Wan Zainal Abidin

3. Leftenan Komander Mohammad Amirulfaris Mohamad Marzukhi

4. Pegawai Waran II TLR Muhammad Faisol Tamadun.

5. Pegawai Waran II TNL Noorfarahimi Mohd Saedy

6. Bintara Muda TNL Noor Rahiza Anuar

7. Laskar Kelas I JJM Joanna Felicia anak Rohna



Rohna

Pesawat Fennec (M502 6) 3 orang kru:

1. Komander Muhamad Amir Mohamad - Pegawai Memerintah Skuadron 502.

2. Leftenan Sivasutan a/l Thanjappan

3. Pegawai Waran II TMK Mohd Shahrizan Mohd Termizi.


Kronologi Kapal TLDM terhempas ketika raptai latihan lintas langsung di Lumut, Perak. 


Sekali lagi, takziah diucapkan. Jasa mereka akan abadi dalam ingatan. Terima kasih untuk segala. Moga syurga buat wira negara kita. 


Sumber:

https://twitter.com/fedtriyahya

https://www.astroawani.com/

https://twitter.com/bernamadotcom/




0 yang menasihati:

Post a Comment

Untuk kesudian membaca dan memberi berkata-kata - saya berterima kasih.








Anem Arnamee © TERIMA KASIH ♥



click to te top