Goh Sze Fei/Nur Izzuddin Juara Terbuka China (China Open 2024)


Keputusan Perlawanan Terbuka China 2024 (#ChinaOpen2024) 

Beregu Lelaki 

PENANTIAN 35 TAHUN BERAKHIR. REKOD 1989 TERHAPUS. SEJARAH TERLAKAR DI BUMI CHANGZHOU, 🇨🇳.

Goh Sze Fei/Nur Izzuddin lakar sejarah manis menggapai Gelaran Sulung Super 1000 dalam kerjaya sekaligus memadam rekod kali terakhir gelaran Terbuka China yang dimenangi #BadmintonMalaysia 35 tahun lalu oleh gandingan legenda Razif Sidek/Jailani Sidek pada 1989. 

FeiDin senyapkan Olympic Sports Centre Gymnasium untuk menewaskan wakil tuan rumah 🇨🇳, He Ji Ting/Ren Xiang Yu menerusi perlawanan yang diheret ke aksi penentuan yang sengit dan mendebarkan.

Dengan kemenangan ini, dendam FeiDin terlunas setelah kekalahan berturut ke atas HeRen di Separuh Akhir Piala Thomas dan Terbuka Singapura May lalu. 

Lebih manis, mereka bakal menduduki kedudukan ranking ke-8 dunia dalam kemaskini rasmi Ranking Dunia BWF minggu hadapan. Ia juga bakal menjadi kedudukan ranking tertinggi buat Goh Sze Fei/Nur Izzuddin.

Setakat berita ini ditulis, Malaysia baru memenangi kejuaran S1000 baru 2 kali. 
Lee Zii Jia (AE 2021), FeiDin (China Open) 
Tahniah Goh Sze Fei/Nur Izzuddin Rumsani 🏆. 

Moga momentum kekal dipacu ke kejohanan mendatang💪🏼🔥



Penulisan: ShuttleHard

📸 Victor Sport & Xinhua News

 

0 yang menasihati:

Post a Comment

Untuk kesudian membaca dan memberi berkata-kata - saya berterima kasih.








Anem Arnamee 2024 © TERIMA KASIH ♥



click to te top