Perkembangan terkini Syukur Khamis (Budak Kerbau, Mowgli Malaysia)

 Masih ingatkah anda dengan 'π˜”π˜°π˜Έπ˜¨π˜­π˜ͺ π˜”π˜’π˜­π˜’π˜Ίπ˜΄π˜ͺ𝘒'?


Terengganu Muhammad Syukur Khamis, 19, yang mendapat julukan 'π˜”π˜°π˜Έπ˜¨π˜­π˜ͺ π˜”π˜’π˜­π˜’π˜Ίπ˜΄π˜ͺ𝘒' mula berjinak dalam bidang automotif dengan mengusahakan bengkel motosikal di Kampung Banggol Katong, di Kuala Terengganu.

Muhammad Syukur juga dikenali ‘budak kerbau’ berkata bengkel berkenaan diusahakan bersama abangnya Muhammad Alias Khamis, 34, pada Jun lepas, setelah menamatkan kursus selama enam bulan dalam bidang Teknologi Motosikal di Pusat GiatMARA Kuala Telemong, Hulu Terengganu.

Beliau berkata minat terhadap motosikal berkuasa tinggi mendorongnya berkecimpung dalam bidang tersebut dengan cita-cita untuk memiliki sebuah bengkel yang canggih dan berteknologi tinggi suatu hari nanti.



"Bengkel ini sebenarnya telah dibuka empat tahun lepas. Tetapi selepas abang menjadi tenaga pengajar di GiatMARA Kuala Telemong, dia tidak sempat menguruskan bengkel kerana kekangan masa.

"Dia minta saya belajar membaiki dan ambil alih menguruskan bengkel. Bagaimanapun, dia tetap datang membantu pada waktu malam dan lebih fokus kepada motosikal berkuasa tinggi," katanya ketika ditemui di bengkelnya.


Berita penuh https://www.bernama.com/bm/am/news.php?id=2348985


πŸ“· Mohd Syafiq Ambak | BERNAMA


0 yang menasihati:

Post a Comment

Untuk kesudian membaca dan memberi berkata-kata - saya berterima kasih.








Anem Arnamee 2024 © TERIMA KASIH ♥



click to te top