Update: Konvoi Global Sumud Flotilla dah masuk Zon Kuning

29 September 2025 - Delegasi Global Sumud Flotilla kini dilaporkan memasuki zon kuning, kira-kira 300 batu nautika dari Gaza. Kapal-kapal masih berada di perairan antarabangsa dengan tahap kesiapsiagaan yang tinggi.


Berikur merupakan senarai penuh aktivis Malaysia yang terlibat menjadi sukarelawan dalam misi berlayar ke Sumud Nusantara (*ini senarai sebelum ada beberapa orang yang bertukar kapal atas isu teknikal).

Nota: Ada 9 orang aktivis wanita dan 25 orang lelaki yang join misi ini.



*****

Summertime - Jong (Observer Boat)
1 - Tuan Nadir (Ketua Pengarah GS )
2 - Effa (Wartawan Tv Alhijrah)
3 - Maziah (Cameraman Tv Alhijrah)

Alma 
4 - Tuan Musa
5 - Iylia Balqis
6 - Sul Aidid

Sirius 
7 - Muaz Zainal
8 - Rusydi Ramli
9 - Zulfadhli Khiruddin

Estrella Y Manuel 
10 - Pu Rahmat
11 - Helmi Ghani
12 - Tuan Asnawi

Hugo 
13 - Zizi Kirana

Mikeno
14 - Ardell Aryana

Inana 
15 - Tuan Razali awang

Luna Bark
16 - Tuan ZRA (ke Fair Lady)
17 - ilham ZRA (ke Fair Lady)
18 - Ustaz Mad kecik (ke Fair Lady)

Fair Lady
19 - Farah Lee* (ke Grande Blu)
20 - Tuan Asri*

Taigete
21 - Ustaz Nik Aziz
22 - Tuan Azman

Aurora
23 - Ustaz Rahim Azhari

Mango
24 - Ustaz Ahmad Safuan

Selvaggia
25 - Reyza MFR

Grande Blu
26 - Danish

Wahoo
27 - Khairin

Kamar (Observer Boat)
28 - Tuan Haikal* 
29 - Heliza Helmi* (ke Hio)
30 - Hazwani Helmi* (ke Hio)

Free Willy
31 - Haroq
32 - Dr Taufiq

Unidentified Boat

33 - Muhaikal
34 - Ustaz hidayat

Yang telah menarik diri 
- Lia Maryam , Ustaz Solahuddin & Johan Muhammad 

Kemaskini 30 September

SNCC mengesahkan 2 buah kapal flotilla iaitu Nusantara (Tunisia) dan Taigete (Itali) mengalami kerosakan yang serius dan tidak dapat meneruskan pelayaran ke Gaza.

SNCC menerima laporan kapal Sirius dan Free Willy mengalami kerosakan dan berjaya dibaiki dan meneruskan pelayaran.

Manakala kerosakkan kapal Fair Lady menyebabkan sedang ditunda oleh kapal Estrella Manuel dan meneruskan pelayaran.

Kemaskini 1 Oktober


KEMAS KINI 1/10/2025 1.35am
Dari: Dr Fauziah Hassan & ICBSG

Tepat jam 5.45 waktu tempatan (30/9/2025), Otranto, Italy, kapal Consciences (Al-Damir) meninggalkan pelabuhan menuju Ghazzah.

Kapal ini terdiri dari 80 peserta bersama 10 kru -
21 Medic, 21 Media, selebihnya aktivis & Steering Committee. Kita doakan THE CONSCIENCES selamat sampai ke Ghazzah.

******

KEMAS KINI RASMI – 1 Oktober, 09:30 PAGI (WAKTU MALAYSIA)

Flotila kini berada dalam keadaan penuh berjaga-jaga selepas menerima laporan peningkatan aktiviti dron di ruang udara misi. Situasi ini menandakan cabaran yang semakin getir sedang dihadapi para peserta misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla.

Kapal flotila telah memasuki zon berisiko tinggi iaitu kawasan di mana flotila terdahulu pernah diserang atau dipintas. Beberapa laporan awal juga mengesahkan wujudnya kemungkinan senario yang berbeza bakal berlaku dalam tempoh beberapa jam akan datang.

Perkembangan lanjut akan dikemas kini dari semasa ke semasa melalui saluran rasmi.

Mereka berlayar dengan keberanian, kita iringi dengan doa dan solidariti.


Yang ingin mengikuti perjalanan mereka boleh saja follow tracker pergerakan kapal Sumud Nusantara rasmi di pautan ini:




Kemaskini 29/09/2025:

Sumber: sinarharian

Bekas peserta misi flotilla ke Gaza 2018, Profesor Dr Mohd Afandi Salleh disahkan menyertai pelayaran Freedom Flotilla Coalition yang kini sedang berusaha menembusi sekatan laut Israel bagi menghantar bantuan kemanusiaan terus ke Gaza.

Selain Global Sumud Flotilla (GSF), Freedom Flotilla Coalition merupakan antara kapal terbabit dalam misi antarabangsa yang disertai aktivis, sukarelawan dan tokoh masyarakat dari seluruh dunia dalam usaha menghantar bantuan kemanusiaan ke Gaza.

Mohd Affandi merupakan aktivis tunggal mewakili Malaysia yang menyertai misi 'Right to A Just Future for Palestine' ke Gaza pada 2018.

****


Ingin menegaskan bahawasanya misi ini adalah misi kemanusiaan hanya membawa bekalan Ubat-Ubatan, Makanan, barang keperluan Bayi.

Umat Islam di seluruh dunia diseru untuk terus mendoakan keselamatan flotilla agar misi kemanusiaan ini selamat tiba ke Gaza.

No More Silence. No More Siege.

Update 30 September - 

8 buah Kapal Thousands Madleen+ Freedom Flotila Coalition kini semakin menghampiri perairan Greece menuju ke Gaza 

Mereka berada di belakang Misi Global Sumud Flotila dan bertolak dari Sicily, Itali sebelum ini 

Disahkan sekurang kurangnya 2 peserta Malaysia sertai misi ini.

Kemasikini 1 Oktober 2025

Jumlah Peserta Misi Global Sumud Flotila dari Malaysia kini 23 orang 

6 pulang ke Pusat Pemerintahan Misi Malaysia Flotila, 2 pulang ke Jordan dan 4 berada di bot Pemerhati.

TERKINI 

Konvoi Misi Global Sumud Flotila sudah memasuki Zon Merah (sekitar jam 9 malam waktu Malaysia). Alhamdulillah.

Buat masa ini keadaan di kapal masih tenang Alhamdulillah 

Sekaligus mereka dah melepasi kawasan di mana Kapal Handala dipintas.

TERKINI (2 OKTOBER)

Kesemua kapal yang melibatkan (23 orang aktivis) rakyat Malaysia telah dipintas IDF. 
Mereka telah diculik dan ditahan pihak IDF.



Live stream siaran langsung Global Sumud Flotilla 


Laman web rasmi Global Sumud Flotilla 

Youtube Awani




Selain kemaskini melalui official akaun Sumud Nusantara, siapa yanga ada threads, boleh follow https://www.threads.com/@jiwa_casterz, @khalidasafa @aerdewyn.








0 yang menasihati:

Post a Comment

Untuk kesudian membaca dan memberi berkata-kata - saya berterima kasih.








Anem Arnamee 2025 © TERIMA KASIH ♥



click to te top