LYRICS:
(Verse 1)
Suasana di hari yang mulia
Pasti tak sama di hari biasa
Perjalanan ditemani senyuman
Gembira tidak terkira
Kenangan lalu membuat ku rasa rindu
Girang dan riuh di pagi Aidilfitri
(Chorus)
Selamat Hari Raya
Ku ucapkan pada semua
Gelak ketawa dan bersalaman
Bersama sanak saudara
Selamat Hari Raya
Ku ucapkan pada semua
Tiada kata untuk ku gambarkan
Indahnya hari raya
(Verse 2)
Tak sabar rasa untuk Syawal tiba
Kampung yang sunyi bertambah meriah
Hari mulia tiada bandingnya
Sekali setahun sahaja
Kenangan lalu membuat ku rasa rindu
Girang dan riuh di pagi Aidilfitri
(Chorus)
Selamat Hari Raya
Ku ucapkan pada semua
Gelak ketawa dan bersalaman
Bersama sanak saudara
Selamat Hari Raya
Ku ucapkan pada semua
Tiada kata untuk ku gambarkan
Indahnya hari raya(Instrumental bridge)
Selamat Hari Raya
Ku ucapkan pada semua
Gelak ketawa dan bersalaman
Bersama sanak saudara
Selamat Hari Raya
Ku ucapkan pada semua
Tiada kata untuk ku gambarkan
Indahnya hari raya
Tiada kata untuk ku gambarkan
Indahnya hari raya

0 yang menasihati:
Post a Comment
Untuk kesudian membaca dan memberi berkata-kata - saya berterima kasih.