Salahke kalau kita nak berubah, bertaubat, jadi lagi baik ?



Assalamualaikum. Sebagai manusia biasa kita mesti tak lari dari buat salah. Normallah kan. Tapi bila makin belajar mendengo dan memerhati sekeliling, tiba-tiba kita tersedo,rasa nak berubah jadi lagi baik tu tiba-tiba muncullah pulak. Dan lebih normal kalau tiba-tiba juga , ada orang pertikaikan atau nak perli kutuk kita . Yelah, memang betul, kalau stock nakal-nakal ni nak merubah diri ,kalau tak kuat, tak berterusan (istiqomah), memang susah sikit. Rintangan sah-sah banyak. Tapi pedulikanlah, ada rasa nak berusaha untuk cari diri, mengenal diri, itu dah cukup indah,kan? 

Artikel berkaitan: 

Saya pernah pegang, cium, peluk yang bukan mahram

Ok, kes ringan-ringan atau kadang-kadang terberat-berat sampai terlebih muatan ni isu yang sangat tipikal. Pernah tanya kat kawan , 'Kalau ko tahu, ada kawan ko kena tangkap khalwat, apa ko rasa?" Dia jawab, "susah aku nak ngaku dia kawan aku lagi!" - Haiyo. Agak kejam juga hukuman dia bagi kat kawan dia tu. Tak suruh dia letak diri dalam kasut kawan dia, tapi bagi Anemlah, kawan tetap kawan. Paling kurang pun,bagilah dia jalan. Dosa dia tu, antara dia dengan tuhan. Sekurang-kurangnya dia nak u-turn tu, bagilah sokongan mana yang perlu.Tak layak kita ambil tugas tuhan, menjatuhkan hukuman pada manusia semerta. 

Untuk girls and boys yang dah bercouple pakwe makwe semua ni, sewajarnya mahalkan harga diri korang. Mungkin ada yang terberi , terlanjur, tapi masih belum terlambat sebelum menutup mata. Pedulikanlah si dia atau kerja-kerja yang nak bawa kita ke neraka.Insyaallah,bila hati dah baik, ALLAH akan takdirkan kita jumpa dengan yang baik. Betul tau,yang penting ikhlas nak berubah...

♫ Boleh pandang-pandang ,Jangan pegang-pegang, Duduk renggang-renggang, Bertambah sayang, Biar malu-malu, Biar segan-segan,Kerna malu itu, Perisai orang beriman.. 

# Oh! Saya tak straight lah !

Ni soal orientasi seks yang tak lurus . Der..susah tau bila kita dah berkecimpung dalam dunia sejenis atau LGBT (Lesbian, Gay, Biseksual, Transeksual) ni, then nak out. Haish, ia tak mudah macam orang cakap, diorang cakap senanglah.  Sebab ia satu tabiat (kebiasaan) yang sebati melibatkan perasaan yang dah lama wujud dalam diri. Apapun, sebagai yang makin dewasa ni, kita tetap sedo yang salah tetap salah. Nak seribu daya, dan pilihan di tangan kita. Macamana ALLAH takdirkan wujud rasa cinta tak normal tu, ALLAH juga ada kuasa untuk tarik balik rasa tu. Tak mustahil . Untuk isu ni, bagi Anem, kita kena realize (sedo) tahap rasa sayang kita pada tuhan yang esa, yang da bagi kita rasa macam-macam dah tu sebelum dia tiba-tiba tarik nyawa kita. Perlahan-lahan berusaha menjauhkan diri dari dugaan dan keadaan, insyaallah sayang.Kuatkan hati, cari kawan yang leh dengo kita,bukan yang condemn kita ,diorang gerenti takkan faham punya. Tapi untuk semuanya, ALLAH kan ada.

"Kalau kita sayang seseorang, pastinya kita nak bawa dia ke syurga , bukan ke neraka sana".

Berhenti merokok, dadah, shisha dan seangkatan dengannya 

"Lah,berhenti semua-semua ni, kira guwa bertaubat ke beb?Haha , " Sinikal ayat tu. Bila kita rasa nak berubah jadi lagi baik, lagi sihat , kira baguslah tu. Ada niat nak jadi baik, dah berpahala dah tu. Tapi kalau niat je lebih, habuk pun tak jalan, tak cool jugak.

Kenapa benda-benda ni salah, salah ke hah? Sesuatu tu jatuh hukum tak boleh, salah, makruh, haram, sebab ia membawa mudarat. Dalam islam, benda mudarat ni akan menjadi kesukaran pada kita , bila kita nak beribadah atau nak bermasyarakat. Tu sebab jatuh hukum. Jika dah membazir duit melampau, dapat sakit yang diminta-minta, lupa solat segala, sesuatu yang kecil pun akan jadi besar dan bahaya.

Lu bagus bila lu nak berubah, tapi lagi bagus bila lu ajak kawan-kawan lu pun turut berubah, baru heroo ! .Ops, Nah Link : Tips Berhenti tabiat merokok : [klik sini]

Soal aurat : saya teringin nak bertudung labuh

Kawan-kawan mesti ada yang larik bila budak tak center , gedik gila-gila, tiba-tiba nak jadi ustazah .  Bukan ya,tapi rasa nak berubah. Taknak seksi dah. Kalau try-try pakai tudung lagi cun. Tapi kalau dapat bertudung labuh, lagi ayu. Yang penting,jangan tengok orang, tengok diri kita dulu. Keindahan yang dimiliki orang yang memenuhi tuntutan agama ni, Masyaallah, sangat sukar digambarkan. Cantik luar,. cantik dalam. Boleh refer entri Mr.K yang cool tentang gadis free hair yang kini dah bertudung labuh di sini :[klik sini : Re: Perempuan Takut Untuk Mula Bertudung]. Menutup aurat dengan betul dan kelihatan cantik adalah satu bonus, muslimah semua, jom jadi mukminah ! Jom Nem ! 

Derhaka kepada kedua ibubapa :lari dari rumah

"Parents I? Diorang tak pernah cuba nak faham I!" - Tahu tak, seumur hidup kita pun , kita takkan jumpa orang yang betul-betul faham diri kita. Kadang-kadang kita pun tak faham diri kita. Just kita cuba kita bayang, ibu yang lahirkan kita atau ayah yang sara kita tu, mereka yang dah beso kan kita tu, nak belasah kita time kita nakal kecik-kecik dulu,boleh je,kan ? Tapi diorang pilih untuk tak buat sebab the power of love : kuasa rasa sayang ditambah rasa rasional dan ilmu yang diorang ada. Kita pun ada juga rasa sayang tu. Apa kata, jika baru berniat-niat nak lari, atau melawan, sila slow talk, alah guna lah surat selit-selit kat mana-mana atau sms ke, email ke, video luahan ke, cakap rasa sebenar. Kita rasa terkongkong ke, atau kita terlalu cinta someone ke, atau kita mahu lebih masa dengan kawan ke, tell them, dengan cara  tersendiri, yang rasa mereka nak taknak akan tahu, dan insyaallah faham.

Bagi yang dah hilang atau libatkan diri dengan kes lari dari rumah ni, pesan Anem satu je, jika dah tersilap langkah , mulakan dengan kesedaran, penyesalan dan kemaafan. Insyaallah, dengan kuasa kasih sayang sebagai anak yang ALLAH bagi tu, dapat memulihkan semua. 

:: Dosa kecil akan menjadi dosa besar apabila::

-Sengaja dibuat berulang kali
-Menganggap dosa kecil itu remeh
-Berbangga-bangga dengan dosa tersebut
-Atau bila orang berpengaruh yang buat (akan beri kesan)

Solat dan Puasa yang tertinggal wajib diganti semua. Buat sedikit-sedikit ikut kemampuan. Islam bukan agama yang membebankan. Jangan ulang dosa, setelah bertaubat. Jauhkan diri dari dugaan dan keadaan yang membawa ke alam dosa lama. Insyaallah, dengan doa dan usaha berterusan,taubat kita akan diterima.


Nota : Rasa nak berubah, bertaubat, jadi baik, jangan tangguh dah. Memang akan ada kawan positif dan negatif. Tapi adatlah, kena pandai pilih kawan. Kuatkan iman. Relakslah, ALLAH kan ada tu. Selalulah Calling-calling Dia, insyaallah boleh punya :-)


15 yang menasihati:

  1. suke part yg bertudung tu . kdg2 sye nk pakai tudung nnti sdre sye kate "eleh dye ni pakai tdong pulak , dulu pangai cm ape je" tapi sye nekad nk pkai :)

    ReplyDelete
  2. aaahhh. entri kak anem ni, macam satu artikel dalam tabloid iluvislam yang lates! tapi saya tak sempat baca lagi. (T^T)

    bagus bila kita rasa dosa kita berat. menyesal dengan dosa. tapi jangan sampai terdetik "dosa dah terlalu berat, dah tak boleh berubah" atau "dah terlalu jauh menyimpang, tak layak nak jadi macam mereka"...NO!

    selagi kita masih bernyawa, selagi itu pintu taubat sentiasa terbuka. Allah itu maha pengampun. sebesar manapun dosa kita, kalau kita taubat nasuha, DIA akan beri peluang pada kita. jangan sesekali berputus asa mencari rahmat Allah. :')

    ps: suka entri kak anem! :')

    ReplyDelete
  3. menarik entry nie....moga boleh samer ingat mengingati....biar ia dtg dari hati bkn kerana paksaan....

    ReplyDelete
  4. penuh ngan pengajaran..trime kasih kak arnem berkongsi ni sume..

    *akak saya buat ayat ni sbagai status sy kat fb..Kalau kita sayang seseorang, pastinya kita nak bawa dia ke syurga , bukan ke neraka sana"...:)
    boleh kan kak?..

    ReplyDelete
  5. @saya sheaAlhamdulillah shea, bila nekad tu yang best :)

    ReplyDelete
  6. @Najmah A. M Yeke dik? Akk tak baca lagi yg latest.Kena dapatkan ni:)

    Betul tu,jangan samapai rasa diri jahat sangat, bertaubat bila2 sempat, insyaallah . :)

    ReplyDelete
  7. @amy,Insyaallah,itu betul:)

    ReplyDelete
  8. @senydreamSama-sama adik. Boleh, ambil sahaja :)

    ReplyDelete
  9. sesuatu yg baik,.. berubah kpd yg lebih baik..banyak cabarannya..pasti ada jalan untuk itu...teruskan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. @pcl , kan yag penting kuat semangat :)

      Delete
  10. Anonymous5:47 PM

    nice post...anem,mohon share...

    ReplyDelete
  11. untuk ikhlas niat dan bertindak dengan ikhlas memang mulanya rasa susah..

    tapi kalau tak mula,mana kita nak tahu kan..niat baik Allah akan selalu mudahkan...aameen..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. @Embun Melati , insyaallah akak, sama2 kita doa dipermudahkan semua :)

      Delete
  12. Ohyaaa... nide satu lg sis... #bile org yg xpakai tudung gi solat kat surau... penah dgar x org bisik2.. ' alah solat pon tp aurat xtutup...' hmm mgkin dia blom bersedia tp berlatih sikit demi sikit.. sayang bila yg bising tu bertudung pulak..hmm macam2 dunia...dunia ;)

    ReplyDelete

Untuk kesudian membaca dan memberi berkata-kata - saya berterima kasih.





Anem Arnamee © TERIMA KASIH ♥



click to te top