Hah ! Sudah . Ada lagi yang tak kena, ada lagi yang dia tak puas hati dengan aku. Berulang kali meluahkan frasa aku yang terbaik, aku lah yang dia cinta, tapi ada saja tegurannya. Masih belum puas hati . Sikit punya hal dia julang sampai jadi isu kat depan harian metroll . Apa kes ?
Dia pernah cakap, aku layak pilih yang lagi baik . Memang, aku tahu tu . Dia kata aku ada rupa, aku romantis, okeh , puji-pujian tu tak penting bagi aku. Bukan aku tak suka, ish, gila tak suka kalau si dia puja puji kita, tapi bagi aku yang penting RASA. Kalau dia selesa dan aku berjaya buat dia bahagia, itu baru aku benar gembira .
Tapi yang aku pelik, dia selalu kurang percaya dengan aku. Bak kata satu quotes dalam buku terfaktab - "aku bukan nak awek macam maria sharapova tapi cukuplah dapat awek yang yakin aku bukan kasanova" . Gitu. Memang hakikat aku pernah buat salah . Aku harap dia terima hakikat aku pernah jahat - pencuri hati yang akhirnya pergi menginap kat hati orang lain. Tak ke jahat tu ? Tak kot,sebab bagi aku time tu aku tak matang . Setiap manusia lakukan kesalahan, aku cuma harap dia beri aku peluang dan sedikit keyakinan . Tolonglah .
Ni tak , bila gaduh , dia kata aku suka orang lain. Bila gaduh, dia salahkan diri kata dia teruk . Aku rasa aku yang teruk tak boleh ikut dia punya protokol, jadi kekasih idaman dia . Yang ikut semua citarasa telunjuk dia . Dia tak mengongkong, tapi aku jenis manusia tak sempurna, akan ada saja buat salah, sekali sekala apa salahnya buat-buat tak nampak, kawal sikit merajuk tu . Jangan merajuk over, boleh ? Aku suka bila dia manja gila , perlu aku, tapi kalau kerap sangat, dan bila time aku busy, maaflah, memang susah aku nak beri 100% perhatian. Aku sangat harap dia faham itu .
Baiklah, aku mengaku aku ni bab pujuk orang , memang tak boleh blah . Bagi aku, aku cuba nanti keadaan akan makin worse . Sebab aku pernah cuba . Jadi aku diam, bagi keadaan reda. Ye, aku pun ada ego aku, ambil masa juga nak mengaku salah aku. Ya, kekadang dia mengamuk sebab terasa dengan sikap degil aku, maaflah . Tapi aku cuma harap dia faham aku. Dan aku faham dia . Kita kenal dari kawan sampai jadi lover, takkan tak tahu sikap lebih kurang masing-masing, kan ?
Then, sekarang , kalau aku minta putus, bukan sebab tak tahan, bukan sebab tak sayang, tapi aku rasa, aku bukan the best untuk dia, aku tak sempurna, tak boleh jadi ikut mahu dia, dia layak untuk jumpa yang lagi baik. Lagipun dia memang ada rupa . Sekarang kesimpulannya , wajarke aku undur diri dari hubungan ni ? Ke nak cuba lagi, lepas tu gaduh lagi ? Alangkah bagus kalau dia tahu betapa aku cinta dia sorang je. Sebab aku janji dialah satunya sampai mati. Sayang , pleaselah trust me ...
Dan...Aku memang tak mampu kehilangan dia, aku cinta gila, tapi kalau sesuatu yang aku sedihkan itu lagi baik untuk dia , perasaan peribadi aku - aku mampu korbankan.
Jangan ubah cara paksa tapi tegurlah dengan rasa , kalau mengena sah sah bahagia .
p/s: Memandang dari kacamata orang lain itu kadangkala lebih jelas :)
7 yang menasihati
hi anem..
ReplyDeletealoha.. apa khabar?
masihkah aku diingati? telah lama tidak singgah di sini. hehehe..
..luahan yang penuh makna. kepada insan yang dimaksudkan, sila baca yer. kut2 bisa mengubah sesuatu.. hehehe
hai pearl. anem ingat je awak,dear.
Deletelama juga tak singgah blog awak.
hehe.itulah, mungkin mampu mengubah,kan ?:)
terima kasih sudi komen.
Sy sgt setuju... Pernah buat kesalahan yg tak matang, benda sama jadi bahan nk curiga pasal sy. Sgt penat bgaduh, bertekak sbb benda yg takkan berlaku lg dah mcm dulu. Seriously, keadaan mcm ni mgkin sbb pasangan jd trauma. Tp, sepatutnya bila dh maafkan, dh ckp cuba teruskan hbungn, bagilah chance betul2. Kalau setakat teruskan untuk bergaduh... itu sgt boring, boleh sakit jiwa. Mcm idup tak de matlamat. Dgn org mcm tu kita nk bersama spjg hayat? *emo nye... bile tringat cerita lame* salam kenal btw ;)
ReplyDeleteTp, kalau rasa msih boleh berbincang @ bagi kata dua, boleh jugak cuba berbaik kan?
kan.cuba berbaik dan berbincang. jika mereka mahu peluang , mereka wajar beri kita peluang kan awak ? apapun terima kasih sudi komen, saya snagat hargai awak :)
DeleteElok berbaik semule...
ReplyDeletesinggah sini :)
ReplyDeleteHai, Arname.. moga dipermudahkan sgala urusan..Doa yang terbaik.. :) InsyAllah.
ReplyDeleteUntuk kesudian membaca dan memberi berkata-kata - saya berterima kasih.