Antara Hand Sock , Stokin, Tudung Singkat & Baju Ketat.



Pilihan. Kadangkala sesuatu itu sangat jelas untuk dipilih. Tak perlu diterangkan sampai naik jerih. Dah dewasa dari bertatih , dah dikata kita yang sendiri memilih jalan hitam atau putih. Bila hati kata mahu, takdir akan ikut setuju. Tapi bila kita buntu dan tak tahu, maka jawapannya sendirilah tahu, tetap sama jadi begitu dan terus begitu.

Kawan Anem pernah juga tegur, sampai Anem rasa butir bicaranya seakan diatur-atur , mahu kita terliur dengar ayatnya yang ada segala macam baur.

Dan tatkala hakikatnya diri ni bukan baik sangat ...

Lengan yang seksi.



"Suka singsing baju, jangan, nanti nampak lengan " . - sebuah perkenalan, esok lusa dia bertanya tentang penutup tangan, stokin yang disarung dilengan , handsock diberi gelaran. Diikutkan Anem memang sekadar dengar sekilas, sedangkan kawan tu ikhlas, mahu lihat kita pakai beralas. Ya, tahu tangan itu aurat, perempuan , wanita dalam islam , aurat adalah semua kecuali muka dan tapak tangan . Namun tipu , hati jahat kata rimas, konon panas, dah berlengan kira ada asas, berbanding dari yang tak berlengan nampak semua bawah atas. Lepas berfikir bukan sehari dua, Anem pun pakai juga , bukan untuk dia, tapi untuk tuhan yang esa.

Stokin itu sarung kaki.


"Eh! Memang suka pakai stokin ya ? Kalau akak lah , xnak , buat apa ? Nanti kaki berbau ," Tegur Kak L yang merupakan pekerja lama di pejabat masa Anem di sebuah negeri dulu. Mahu tidak mahu itulah ayat dia yang kudengar selalu. Sampai naik berbulu. Jika kakiku yang kurang sedap dihidu, beritahu. Namun katanya tidak , bukan sebab itu. Tapi dia kurang selesa melihat kadangkala berbaju kurung namun tetap aku begitu. Nampak tak karporat katanya . Faham, Anem tahu dia nak cakap nampak macam kartun , kecil bergerak dengan konon sopan santun, hakikatnya ... .Apapun,  jika tersalah gaya, yang salah pemakai, bukan peraturan dan hukum-hakamnya .*Maaf.

Shawl oh shawl.

Tak adil nak petik nama sesiapa di atas kebangkitan fenomena awek bertudung shawl ke apa. Sebab setiap orang hanya mahu menjadi dirinya dan di suka. Cukuplah ramai dah mula suka pakai sebab agama dan selesa. Tapi berlapis -lipat pusing bukan itu Anem punya cara. *Anem kurang lawa nak  punya ciri ala fashionista . Anem hanya pakai satu helai yang simple dan selesa. Tapi masalahnya jarang gila kadangkala. Dalam nampak telinga. Anem pun kadangkala tak terarah gaya. Takut diperasan sesiapa. Akhirnya Anem fikir patut ada tudung dalam sebagai penutup kepala. Kiranya kalau nak bershawl -selendang bagai, cari yang tidak jarang (transparent) tatkala menyarungnya. Wargh! Baru lah cara ! Jangan lupa tutup dada ! :p

Ketat sendat selera remaja.


Tipu kata dulu tak ada beli baju yang ikut badan yang konon perasan ramping macam nasha aziz yang popular itu.Nampak lah gaya remaja yang muda dan seiring kawan di hari lalu. Mahu kelihatan cantik, berpotongan dan diperhati kawan dilaluan - bisik dalam kalbu.Tapi untuk apa begitu ? Takkan dah tua berkematu masih mahu menadah kata orang-orang yang lalu , mahu mengemis puji-pujian untuk hidup dan dimahu ? Tutup bukan suruh bungkus , tahu ? Anem Anem , pakaian begitu mampu meransang dalam suasana yang tidak kita tahu. Jadi, lebih baik cari baju masih cantik namun tetap cerdik untuk diri tu !

Membebel , biar sendiri sedar diri di bulan mulia ni. Semoga jadi lebih baik lah lepas ni nanti. Insyaallah - doa tiap hari.

Anem oh Anem..
"Apabila seorang perempuan mendirikan sembahyang lima waktu, berpuasa sebulan (Ramadhan), menjaga kehormatan dan taat kepada suami, dia akan disuruh memasuki syurga melalui mana-mana pintu yang dia sukai." [Hadis Riwayat Ahmad]



8 yang menasihati:

  1. Alhamdulillah..terimakasih atas perkongsian ini....kata2 kamu menusuk kalbu ...
    entri yg amat menarik anem

    ReplyDelete
  2. Sdg berusaha juga utk perbaiki diri...:)

    ReplyDelete
  3. InsyaAllah anem...berubah sedikit demi sedikit takpe...cuma jangan berlengah,itu saja...sama2 kita baiki diri lagi....akak pun ada juga terlepas handsock tu tapi sekarang dah mula pakai balik...harap2 berkekalan...huhuhu

    ReplyDelete
  4. thanks untuk perkongsian ini..entry y sngt menarik n menyentuh kalbu!..:)

    ReplyDelete
  5. tersenyum. sy pon sdg brusaha mgubah diri utk mnjadi lbih baik d mata Dia. InsyaAllah.

    ReplyDelete
  6. @siti faridah harun (nama penuh tu) : Terima Kasih Faridah :D
    @anangsue : Alhamdulillah. terima kasih ya sudi baca :)
    @Miss WhatSoEva~ : Marilah kita sama-sama, jom!
    @~CiK TiNieY~ : Wah..kan kak, banyak kita kena perbaiki, semak balik:D
    @senydream : Syukur. Terima kasih adik :)
    @zEri sAfEerA :Insyaallah adik Jom dik :)

    ReplyDelete
  7. salam
    sangat puas akka membacanya..thanks follow blog akak

    ReplyDelete

Untuk kesudian membaca dan memberi berkata-kata - saya berterima kasih.





Anem Arnamee © TERIMA KASIH ♥



click to te top