Cara mengundi - pertama kali : Debaran & Harapan

Tips untuk mengundi Pilihan raya umum 14 (PRU 14) habis telah saya terokai. Sambil lalu tu selit doa dan istikharah sekali. Saya pasti saya perlu buat keputusan terbaik menjelang hari yang menentukan pemerintahan Malaysia untuk lima tahun akan datang .Tradisinya saya tidak suka sesi kutuk mengutuk , saya elak serkap jarang dan saya rasa saya wajib menjauhi ketaksuban .

Siapa patut saya pilih? Saya masih keliru untuk buat keputusan .

 [ Gambar : 7 Cara / langkah Pengundian - zoom untuk lebih jelas  ]


"Kita berjuang demi islam " , "Kita mahukan perubahan " , "Eh, bukankah selama ni aman , kekalkan keamanan " . Dan pelbagai lagi slogan di banner bunting kempen untuk memancing hati kecil rakyat marhein seperti saya yang kerdil ini. Takkan saya perlu mengundi dengan cari buruk orang dan terus tak sokong mereka, entah betul entah tidak perkhabaran tersebut , atau ia hanya satu pengaiban ? Wallahualam .

_____________________________

Cara Mengundi Pada Pilihanraya Umum Ke-13 (pru13) Tanggal 5 Mei 2013, selaras dengan hari pengundian Pilihanraya Umum Ke-13 (PRU13), pemilih (pengundi) warganegara Malaysia yang berdaftar wajib mengikut beberapa langkah untuk mengundi.

LANGKAH 1
Pertama sekali, sebelum keluar mengundi, anda harus membawa bersama Kad Pengenalan anda yang akan disemak oleh kerani pengundian.

LANGKAH 2
Apabila tiba di pusat pengundian, anda perlu beratur di luar bilik mengundi dan hanya akan dibenarkan masuk oleh anggota polis yang mengawal pintu masuk tersebut.

LANGKAH 3
Seterusnya, kemukakan Kad Pengenalan anda untuk disemak oleh kerani pengundian pertama. Anda juga perlu tunjukkan tangan anda untuk diperiksa bagi memastikan tiada kesan dakwat pada jari-jari anda.

LANGKAH 4
Selepas itu, gerak ke kerani pengundian kedua yang akan minta anda meletakkan tangan anda di atas pad dakwat kekal untuk calitan jari.

LANGKAH 5
Sebelum anda menerima kertas undi dari kerani pengundian ketiga, nombor dan nama anda akan ditanda oleh kerani pengundian pertama. Setelah nama anda disebut, ambil kertas undi daripada kerani pengundian ketiga.

LANGKAH 6
Langkah seterusnya ialah untuk anda bergerak ke petak undian dan tanda ‘X’ pada ruang calon dalam kertas undi anda. Ingat, anda hanya boleh memilih satu calon sahaja.

LANGKAH 7
Selepas selesai membuat pilihan calon, masukkan kertas undi ke dalam peti undi masing-masing untuk Parlimen dan Dewan Undangan Negeri.

LANGKAH 8
Apabila sudah selesai mengundi, anda tidak dibenarkan menunggu di dalam bilik mengundi dan harus keluar dari bilik mengundi dengan segera.

Proses pengundian akan diperhatikan oleh ejen-ejen calon yang dilantik dan jikaanda mempunyai pertanyaan, anda boleh rujuk kepada Ketua Tempat Mengundi.

Anda boleh menunggu di pusat penjumlahan undi, terdapat skrin besar di sana yang menunjukkan kemas kini undi. Pegawai Pengurus bagi sesuatu bahagian pilihan raya itu akan mengisytiharkan calon yang mendapat undi majoriti dan mengesahkannya sebagai wakil yang terpilih bagi bahagian pilihan raya yang berkenaan. Keputusannya tidak boleh dipertikaikan. Mana-mana pihak yang tidak berpuas hati dengan keputusan pilihan raya boleh mengemukakan di Mahkamah Pilihan Raya melalui petisyen pilihan raya.

Selamat mengundi!

[ Video :  Tips Memilih Pemimpin untuk Noobs oleh matluthfi90 ]

Terima kasih ! :)

* Sejak bila Anem tulis guna 'saya' ni . Saja :D

4 yang menasihati

  1. nice day :)
    Bermimpilah tentang apa yang ingin kamu impikan,
    pergilah ke tempat-tempat kamu inginkan,
    Jadilah seperti yang kamu inginkan,
    karena kamu hanya memiliki satu kehidupan
    dan satu kesempatan untuk melakukan hal-hal
    yang ingin kamu lakukan

    http://www.nolimitadventure.com/

    ReplyDelete
  2. Hello, Adakah anda memerlukan pinjaman daripada Syarikat yang paling dipercayai dan boleh dipercayai
    di dunia? jika ya, hubungi kami sekarang kerana kami menawarkan pinjaman kepada semua
    kategori pencari sama ada syarikat atau untuk kegunaan kakitangan. Kami tawarkan
    pinjaman pada kadar faedah 3%, Hubungi kami melalui EMAIL:ushafinance735@gmail.com
    Whatsapp +447918234523


    BORANG PERMOHONAN PENCARI PINJAMAN
    *******************************
    1) Nama Penuh:
    2) Jantina:
    3) Amaun Pinjaman Diperlukan:
    4) Tempoh Pinjaman:
    5) Negara:
    6) Alamat Rumah:
    7) Nombor Mudah Alih:
    8) Nombor Faks:
    9) Pekerjaan:
    10) Pendapatan Bulanan:
    11) Tarikh Gaji:
    12) Tujuan pinjaman:
    13) Di manakah anda mendapat iklan pinjaman kami:
    ushafinance735@gmail.com
    Whatsapp +447918234523

    ReplyDelete
  3. Adakah anda sedang mencari kewangan? Adakah anda memerlukan pinjaman untuk menyelesaikan bil anda, seperti pinjaman peribadi, isu kewangan, pinjaman perniagaan untuk menyediakan perniagaan anda sendiri atau pengembangan perniagaan, pembiayaan projek dan skor kewangan anda sangat rendah, saya dapat membiayai anda dengan jumlah yang anda perlukan mulai dari $1000-$50J dan kadar Faedah yang sesuai 3% yang akan menjadikan hidup anda lebih mudah. maklumat lanjut Sila hubungi saya melalui e-mel:adamfinancialloanservicess@gmail.com atau masih di whatsapp sahaja +917458095182

    ReplyDelete
  4. Anonymous2:50 PM

    DO YOU NEED FINANCES? ARE YOU LOOKING FOR FINANCES? ARE YOU LOOKING FOR FINANCING TO ENLARGE YOUR BUSINESS?via email:bullsindia187@gmail.com

    ReplyDelete

Untuk kesudian membaca dan memberi berkata-kata - saya berterima kasih.








Anem Arnamee 2024 © TERIMA KASIH ♥



click to te top