Hari raya sepatutnya menjadi hari untuk mendapat
keredaan daripada Allah dan bukan kemurkaan-Nya. Mari kita bermuhasabah serba
sedikit mengenai dosa popular (kesalahan di hari raya) yang sering diamalkan masyarakat kita ketika
menyambut hari raya.
** Bersentuh-sentuhan antara lelaki dan perempuan bukan mahram
Berjabat tangan di antara lelaki dan wanita
secara meluas ketika berziarah rumah jiran dan rakan. Hari raya sering
dijadikan 'lesen' untuk lelaki dan perempuan bukan mahram bersalam-salaman dan
bersentuhan antara satu sama lain.
Bersentuhan antara lelaki dan perempuan adalah
haram dan tiada pengecualian pada hari raya. Namun ia semakin dilihat sebagai
perkara biasa dalam konteks masyarakat hari ini.
Jika boleh elak dengan cara , letak kedua tangan
di belakang, atau pegang dada dan tunduk kepala sedikit dan kata 'maaf; , atau
kata perlahan 'saya dalam keadaan berwuduk".
** Pakaian wanita
Ini antara perkara yang menjadi kebiasaan dalam
masyarakat kita hari ini. Lebih malang lagi apabila mereka memakai pakaian yang
memperlihatkan susuk tubuh dengan sempit dan nipis ketika bertandang.
Tidak hairan, hari raya bukan saja hari untuk
kita menikmati santapan pelbagai juadah makanan, malah menjadi santapan mata
yang mengundang dosa.
Jangan sampai tabarruj (berlebihan dalam menghias
diri, kerana mampu mengundang fitnah dan umpat kata orang selain menambah riak
dalam jiwa )
** Meninggalkan solat
Meninggalkan solat pada hari raya kerana terlalu
sibuk berhari raya adalah sesuatu yang sangat malang.Ada juga yang bersolat
sunat hari raya, namun sengaja meninggalkan solat wajib. Solat, ketika sakit
pun wajib, jadi jangan jadikan raya sebagai alasan untuk sengaja mengabaikan
kewajipan. kerana ia tetap menjadi soalan utama di alam barzakh kelak.
** Tidak memuliakan tetamu / kurang mengunjungi
Ini menyedihkan, jika dahulu, rancangan televisyen yang banyak menjadi penyebab untuk kurang keluar rumah mengunjungi sahabat handai, namun kini dengan wujudnya banyaknya laman sosial facebook dan twitter, ramai yang endah tak endah tentang kehadiran tetamu yang datang . Teknologi hanya alat, sebagai manusia, kita kena bijak memanfaatkannya dalam keadaan besederhana.
Sabda Rasulullah :مَنْ سَرَّهُ أَنْ يُبْسَطَ لَهُ رِزْقُهُ أَوْ يُنْسَأَ لَهُ فِي أَثَرِهِ فَلْيَصِلْ رَحِمَهُ."Barangsiapa mahu dilapangkan rezekinya dan dipanjangkan umur-nya maka hendaklah dia bersilaturahim." (HR. al-Bukhari dan Mus-lim dari Anas, Mukhtashar Shahih al-Bukhari, no. 940, dan Mukh-tashar Shahih Muslim, no. 1762).
** Makan berlebihan
Jangan makan berlebihan di hari raya . Dari segi pembaziran satu hal lain. Namun dari segi kesihatan juga tetap membimbangkan . Bersederhanalah :)
** Aurat antara ipar
Perkara ini juga sering dipandang ringan
kebanyakan umat Islam. Perkahwinan abang, adik atau kakak ipar dengan adik
beradik kita tidak menyebabkan aurat kita, terutama wanita, 'halal' untuk
dipandang ipar duai kita. Misalan adik ipar perempuan tidak menutup aurat di
rumah, sedangkan abang iparnya berada di situ.
Termasuk juga, tidur secara terbuka di ruang tamu
tanpa menutup aurat sehingga membolehkan abang ipar atau adik ipar lelaki
melihat aurat yang terdedah.
Apatah lagi pada musim perayaan, semestinya ramai
berhimpun di rumah dan kita hendaklah konsisten dalam menjaga amanah yang
diberikan Allah ini.
** Bermegah dan pembaziran
Raya bukan medan menayang baju mahal yang hebat dan dekorasi rumah yang fantastik , namun lebih kepada merayakan satu kejayaan sebagai umat islam yang berjaya melalui bulan puasa dengan penuh keredhaan dan keikhlasan .
** Wangian wanita
Golongan wanita memakai wangian dan solekan ala
artis pada musim perayaan sebelum keluar dari rumah mendedahkan diri mereka
kepada lelaki bukan mahram. Kadangkala dari jauh lagi kita boleh menghidu bau wangi-wangian
yang dipakai secara berlebih-lebihan ini.
** Dosa bertempoh
Hari raya juga umpama hari membalas dendam
terhadap dosa yang ditahan dan ditinggalkan pada Ramadan. Malah, memang
sebahagiannya diniatkan untuk disambung selepas Ramadan.
Contoh : bermaafan hanya di hari raya
Sebagai contoh, ada yang menangguhkan pergaduhan
di Ramadan, maka Syawal bolehlah bergaduh kembali. Minta maaf bukan pada hari
raya sahaja, kerana kita tidak tahu umur dan ajal kita bila masanya . Jadi,
jangan bertangguh dan bertempoh-tempoh.
Selain itu, Syawal dijadikan tempat lambakan
maksiat seperti bersyahwat melalui telefon atau 'chat', berjalan jauh
berdua-duaan dengan teman wanita dan lain-lain. Hancurlah seluruh kebaikan yang
baru hendak sebati dengan hati, malangnya dibuangnya jauh-jauh.
Itu antara dosa yang sering kita terlepas pandang
atau memang sengaja diperkecilkan. Semoga Aidilfitri kali ini membawa sejuta
rahmat dan menjadi platform untuk kita terus-terusan mendapat hidayah daripada Allah
SWT.
Petikan artikel oleh Mohd Hassan Adli Yahaya
Anas menceritakan: “ Ketika Rasulullah saw berhijrah ke Madinah, ada dua hari raya yang disambut meriah oleh penduduknya. Maka Baginda bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah menggantikan untuk kamu dua hari yang lebih baik daripada itu, iaitu Aidiladha dan Aidilfitri .” (Hadis riwayat Abu Daud dan An-Nasa'i)
sedikit sumber : cicinta.com









ehhh betul la apa yg dikatakan tu...nampak simple dan kecik tapi ganjaran yang dapat agak besar juga..adoiii....mujur juga aku hidup di kampung..
ReplyDeletehurm,,, dlm x sedar kan. kena take note sume ni...
ReplyDelete