Showing posts with label hukum agama. Show all posts
Showing posts with label hukum agama. Show all posts

 Hukum membatalkan puasa ganti dan puasa sunat.


Gambar



1- Membatalkan puasa ganti dengan sengaja tanpa uzur adalah HARAM. Kerana puasa ganti hukumnya wajib. Maka tidak boleh batalkan puasa wajib tanpa uzur. [Kifayah al-Akhyar 1/207]


2- Membatalkan puasa wajib tanpa uzur juga termasuk dalam dosa-dosa besar. [Hasyiah Jamal 2/353] [al-Kaba'ir ms 37]


3- Namun begitu, membatalkan puasa ganti tidak menjadikan ganti itu berganda. Contoh: puasa yang perlu diganti ada 2 hari. Ketika dia berpuasa ganti, dia membatalkan, maka tidak bertambah menjadi 3 hari.


4- Membatalkan puasa sunat pula adalah dibolehkan. Tetapi afdhal disempurkan kerana firman Allah:


"Dan janganlah kamu merusakkan amalan-amalan kamu." [Muhammad: 33]


Maka janganlah dibatalkan tanpa sebab.

Jika dibatalkan puasa sunat tapi TIADA UZUR, hukumnya makruh.


Jika ada uzur, maka tidak makruh. [al-Majmu' 6/393]


Wallahu a'lam.

#FawaidFiqh



Sumber: X Ustaz Muzuza 




 

Maksud dan perbezaan mahram dan muhrim 

Sumber: https://www.facebook.com/share/p/14fVFrogV7/

Dari sudut bahasa mahram membawa makna larangan. Ibn Manzur dalam kitabnya menyebut bahawa mahram itu adalah individu-individu yang tidak boleh dinikahi. Inilah maksud mahram yang dikemukakan oleh para fuqaha.

Dari sudut istilah para fuqaha’, mahram bermaksud: “Seseorang yang diharamkan untuk kita berkahwin dengannya dan pengharamannya tersebut adalah dalam bentuk al-ta’bid (selama-lamanya) dengan sebab yang mubah bukan kerana kemuliaannya dan bukan juga kerana terdapat penghalang yang boleh hilang.”


Hukum bersalam bukan mahram

Pandangan Mazhab Syafie agak tegas berbanding mazhab lain. Mereka berpendapat sentuhan yang berlaku antara lelaki dan wanita (bukan mahram) akan menyebabkan wuduk terbatal. Hukum itu bersifat umum untuk semua keadaan dan lapisan masyarakat sama ada tua atau muda, hidup atau mati, sengaja atau kebetulan, bernafsu atau sebalik.

Sumber:- https://www.bharian.com.my/


Senarai BUKAN MAHRAM YANG TIDAK BOLEH BERSALAM


(Klik gambar untuk lebih jelas)








Manakala yang boleh disalam

Ringkasan Senarai Mahram Muabbad

Berdasarkan kenyataan di atas, kami ringkaskan di sini senarai mahram bagi lelaki dan perempuan.

Bagi lelaki, mahramnya adalah seperti berikut

  • Ibu dan ke atas. Termasuklah nenek sama ada sebelah ayah atau ibu
  • Anak perempuan dan ke bawah. Termasuklah cucu perempuan
  • Saudara perempuan iaitu kakak atau adik perempuan
  • Ibu saudara sebelah ayah dan ibu
  • Anak perempuan kepada anak saudara lelaki dan perempuan.
  • Ibu tiri
  • Menantu perempuan
  • Bapa mertua
  • Anak tiri perempuan
  • Mahram disebabkan susuan termasuklah ibu susuan, adik beradik susuan dan lain-lain.

Bagi perempuan pula, mahramnya adalah seperti berikut :

  • Ayah dan ke atas termasuklah datuk sama ada sebelah ayah atau ibu
  • Anak lelaki dan ke bawah termasuklah cucu cicit lelaki dan seterusnya.
  • Saudara lelaki iaitu abang atau adik lelaki
  • Bapa saudara sebelah ayah dan ibu
  • Ana lelaki kepada adik-beradik lelaki atau perempuan iaitu anak saudara
  • Bapa tiri
  • Menantu lelaki
  • Ibu mertua
  • Anak tiri lelaki
  • Mahram disebabkan susuan termasuklah suami kepada ibu susuan, adik beradik lelaki se-susuan dan lain-lain.
  • Mahram-mahram ini disebut sebagai mahram muabbad iaitu haram untuk dinikahi selama-lamanya. Selain daripada senarai ini maka mereka dianggap sebagai ajnabi iaitu orang asing yang bukan mahram yang halal untuk dinikahi. Ada juga yang disebut sebagai mahram muaqqat.

Implikasi daripada mahram muabbad ialah:

  • Tidak boleh dinikahi
  • Boleh bersalaman dengannya
  • Boleh bersendirian dengannya


Sumber:








 

Soal jawab Puasa 6 syawal dan puasa ganti



1- Hukum puasa 6 Syawal adalah sunat yang sangat besar. Hadith Nabi ﷺ:

مَنْ صَامَ رَمَضَانَ ثُمَّ أَتْبَعَهُ سِتًّا مِنْ شَوَّالٍ كَانَ كَصِيَامِ الدَّهْرِ

"Sesiapa yang berpuasa di bulan Ramadhan kemudian diikuti dengan enam hari di bulan Syawal, ianya bersamaan dengan berpuasa sepanjang tahun." (HR Muslim)


2- Sunat juga berpuasa 6 Syawal secara berturutan [Syarah al-Muqaddimah al-Hadramiyyah hlm 583]. Tapi, jika tidak dibuat secara berturutan, tidak mengapa.


3- Bolehkah menggabungkan puasa sunat 6 Syawal dengan puasa ganti?

-

Isu dibolehkan atau tidak, ia adalah DIBOLEHKAN. [Nihayat al-Muhtaj 10/20]

Namun, ulama' memperincikan dan ada juga berkhilaf pandangan dalam perihal pahala bagi soal ini:


a. Orang yg berpuasa sunat 6 Syawal + puasa ganti, dapat pahala bagi kedua-dua puasa tersebut [Fatawa al-Ramli 2/63]

b. Dapat pahala bagi kedua-dua puasa jika diniatkan kedua-duanya. Jika diniatkan salah satu sahaja, maka dapat pahala bagi satu puasa sahaja [al-Fatawa al-Kubra]


Namun, kesimpulan yang kita perlu ambil perhatian adalah LEBIH AFDAL DIASINGKAN antara puasa sunat 6 Syawal dan puasa ganti, walaupun harus menggabungkannya. [Fatwa Dar al-Ifta' al-Misriyyah oleh Syeikh 'Atiyyah Saqar 9/261]



Perkongsian asal Ustaz Muzuza:

https://x.com/Muzuzxck/


Gambar: Engin Akyurt: https://www.pexels.com/photo/beige-post-2104856/






Waktu-waktu membayar zakat fitrah dan hukumnya. Berikut perkongsian oleh Ustaz Wadi Annuar (klik gambar untuk lebih jelas, boleh save). Moga bermanfaat. Selamat menunaikan kewajipan dan tanggungjawab kita. Moga diberkati dan diterima semua amalannya. Insya-Allah.





 

FAQ “habiskan makanan sahur walaupun sudah azan subuh?”







Penambahan

Nota: pada noktah 4, *Hendaklah dia berhenti MAKAN SAHUR, dan teruskan berpuasa





Sumber asal:

https://x.com/Muzuzxck/status/1763417790202212656?t=vxkpvTkIl8ekhCzvmJbhaA&s=19








Rasuah adalah perbuatan yang diharamkan dalam Islam kerana ia membawa kepada kemudaratan dan ketidakadilan dalam masyarakat. Al-Quran dan Hadis dengan jelas menegaskan larangan ini.

Jangan biarkan rasuah merosakkan integriti kita sebagai umat Islam dan masyarakat yang berwibawa.




 

PROSEDUR TUNTUTAN HADHANAH DI MAHKAMAH SYARIAH




Hadhanah atau hak penjagaan kanak-kanak boleh difailkan semasa perceraian atau selepas perceraian. Hak penjagaan kanak-kanak ini meliputi hak jagaan kekal, hak jagaan sementara, hak lawatan dan hak bermalam. Berikut adalah prosedur bagi Tuntutan Hadhanah di Mahkamah Syariah:-

1. Pihak yang ingin menuntut (Plaintif) hendaklah memfailkan Saman (Borang MS 2) dan Pernyataan Tuntutan.

2. Dalam Pernyataan Tuntutan perlu diceritakan fakta berkaitan perkahwinan pihak-pihak seperti bila berkahwin, berapa orang anak daripada hasil perkahwinan dan sebagainya.

3. Kemudian, perlu dinyatakan sebab-sebab ingin menuntut hak penjagaan kanak-kanak.

4. Lampirkan dokumen mengikut fakta yang dibentangkan seperti salinan I/C pihak-pihak, sijil nikah, sijil lahir anak,serta dokumen-dokumen yang berkaitan.

5. Sekiranya sudah lengkap, boleh failkan Tuntutan Hadhanah di kaunter mahkamah.

6. Mahkamah akan bagi notis Sulh.

7. Plaintif (pihak yang memulakan tindakan) perlu menyampaikan Saman kepada Defendan (pihak yang dikenakan tindakan) secara kediri (serahan by hand).

8. Plaintif perlu memfailkan Afidavit Penyampaian sekiranya Saman berjaya diserahkan.

9. Pihak-pihak perlu hadir ke Majlis Sulh bagi perbincangan sekiranya boleh diselesaikan secara persetujuan bersama.

10. Sekiranya Majlis Sulh berjaya, pihak-pihak hendaklah memastikan terma-terma yang dipersetujui direkodkan oleh Pegawai Sulh sebelum ianya diendorskan menjadi Perintah Perjanjian Persetujuan Bersama.

11. Sekiranya Majlis Sulh tidak berjaya, Defendan perlu memfailkan Pembelaan & Tuntutan Balas bagi menjawan Pernyataan Tuntutan Plaintif.

12. Plaintif kemudiannya perlu memfailkan Pernyataan Pembelaan Terhadap Tuntutan Balas Defendan.

13. Seterusnya, mahkamah akan menetapkan satu tarikh bagi pengurusan kes sebelum prosiding perbicaraan dijalankan.

14. Setelah pliding lengkap, mahkamah akan tetapkan tarikh perbicaraan.

15. Setelah perbicaraan selesai, mahkamah akan arahkan pihak-pihak untuk memfailkan hujahan secara bertulis.

16. Setelah Hujahan Bertulis dan Hujhan Balasan difailkan, Mahkamah akan menetapkan satu tarikh bagi keputusan.

17. Pihak-pihak boleh dapatkan perintah bersih daripada Mahkamah setelah pembayaran dibuat.

Semoga bermanfaat.

Fatihah Salahuddin,
Peguam Syarie


Sumber:

 



Apakah SHIQAQ?

Shiqaq ini adalah pergaduhan yang berpanjangan dalam rumahtangga.

Contohnya, asyik bergaduh walau sekecil-kecil benda. Keadaan dalam perkahwinan tu lagi banyak gaduh daripada aman.

Proses sabitan Shiqaq ini selalunya akan dilakukan oleh Mahkamah selepas peringkat Jawatankuasa Pendamai selesai.

Sabitan shiqaq perlu dilakukan sebelum ke prosedur seterusnya iaitu Hakam.

Terdapat dua proses Hakam:-

1. Hakam Keluarga: pihak-pihak perlu melantik hakam lelaki daripada kalangan ahli keluarga untuk berbincang sekiranya ada ruang pendamaian, punca dan cara penyelesaian/perpisahan yang terbaik.

2. Hakam dengan kuasa penuh Mahkamah: Hakam ini dilantik oleh mahkamah dan mempunyai kuasa penuh bagi memerintahkan perceraian.

Dalam kes cerai di mana sekiranya salah seorang pasangan tidak bersetuju untuk bercerai, ini lah prosedur yang perlu dilalui oleh kedua-dua belah pihak.

Semoga bermanfaat.

Fatihah Salahuddin,
Peguam Syarie


Sumber:

Facebook Jom Tanya Peguam



Photo by RDNE Stock project:

https://www.pexels.com/photo/broken-heart-cardboard-on-brown-wooden-table-top-6670068/





Banyak jabatan telah mengeluarkan infografik mengenai larangan menjalankan hubungan sulit. Ini perkara serius dan perlu diambil perhatian oleh semua. Gambar adalah dari Public Health Malaysia. 












Adakah wajib ganti solat yang ditinggalkan? 

1- Ganti solat jika tertidur atau terlupa adalah wajib, ini sepakat para ulama' mengikut hadith: 


مَنْ نسِيَ صلاةً، أو نام عنها، فكفَّارتُها أن يُصلِّيها إذا ذكَرَها.


"Barangsiapa terlupa solat atau tertidur sehingga tertinggal solat maka kifaratnya adalah dia solat semula apabila dia ingat." [HR Muslim]


2- Cuma persoalan yang ditimbulkan kini adalah "jika sengaja tinggal solat, adakah wajib ganti solat?". Ulama' dari 4 mazhab menyatakan WAJIB ganti solat jika sengaja tinggal.


Maka, jumhur ulama' menyatakan WAJIB ganti, melainkan ulama' seperti Imam Ibn Hazm. Imam Nawawi menyatakan bahawa pandangan Imam Ibn Hazm ini merupakan pandangan yang batil dan menyalahi ijma'.


Teks dari al-Majmu': 


أَجْمَعَ الْعُلَمَاءُ الَّذِينَ يُعْتَدُّ بِهِمْ عَلَى أَنَّ مَنْ تَرَكَ صَلَاةً عَمْدًا لَزِمَهُ قضاؤها وخالفهم أبو محمد على ابن حزم فقالا لَا يَقْدِرُ عَلَى قَضَائِهَا أَبَدًا وَلَا يَصِحُّ فِعْلُهَا أَبَدًا قَالَ بَلْ يُكْثِرُ مِنْ فِعْلِ الْخَيْرِ ...


 [al-Majmu' Syarh Muhazzab 3/71]




Sumber Ustaz Muzuza:

https://x.com/Muzuzxck/



Gambar: Photo by Haydan As-soendawy: https://www.pexels.com/photo/photo-of-people-gathering-near-kaaba-mecca-saudi-arabia-2895295/


 


ISU DAGING KORBAN.

Tahukah anda, kalau ambil daging korban tanpa izin pemiliknya, ia boleh jadi HARAM kerana mencuri.

Ramai masih tak faham, daging korban adalah milik penama korban.

Terpulang mereka nak bersedekah 100%, ambil 1/3 dll. Bakinya baru kita boleh agihkan.

Dengan tolong melapah dari pagi sampai tengahari, tidak bermakna kita ada hak atas daging korban tu.

Ada pelapah pandai-pandai bahagi sesama mereka. Nak ambil ekor, kaki, kepala, usus dsb.

Ada yang siap sorok daging. Padahal pemilik binatang belum benarkan. Ia haram dilakukan.

Sebab tu digalakkan, masjid bagi upah duit untuk siapa yang melapah.

Sama macam tukang sembelih korban.

Bukan dapat daging dan tulang lebih sebab melapah! Daging korban TAK BOLEH dijadikan upah.

Ia bukan untuk dijual (bayar dengan tenaga).

Ada hadis sahih dalam bab ini.



Soalan.

Takkan tak boleh bagi daging kepada tukang lapah?

Boleh. Tapi sepatutnya tukang lapah ni takde beza dapat daging dengan orang lain.

Melainkan mereka fakir miskin dan pemilik daging memang akan beri lebih kepada mereka walau mereka tak tolong sekalipun.

WA.




Sumber:

(Tuan Faizal Rahim) 

https://x.com/acaiijawa


Gambar: sumber


Tentang boikot dalam Islam

Saya mengikuti isu boikot di negara kita, namun terdapat beberapa kekeliruan dari sudut hukum dan akhlak dałam memboikot. 


1- Boikot dalam konteks hari ini, sebenarnya adalah sangat dituntut, ini semua untuk membantu dan membangunkan semangat saudara kita di Palestin. Boikot adalah berkait dengan jihad dari sudut ekonomi.

Namun begitu, kita perlu laksanakan dengan Ilmu, bukan semata semangat.


2- Asal hukum bagi isu boikot ini adalah Fardhu Kifayah iaitu dituntut kepada semua namun gugur kewajiban apabila ada sebahagian yang melaksanakannya. 

Hukum Fardhu Kifayah ini boleh bertukar menjadi Fardhu Ain dengan beberapa faktor seperti: 

a- pemerintah mengeluarkan arahan berdasarkan maslahah rakyat. Kaedah fiqh menyebut: 

تصرف الإمام على الرعية منوط بالمصلحة

Urusan pemerintah terhadap rakyat adalah berdasarkan kepada maslahah" 

b- musuh telah mula menceroboh negara/wilayah

Maka, jika belum sampai ke tahap ini, tidak tepat jika kita menganggap orang lain itu semuanya berdosa dan tidak cakna kerana berselisih pandangan ttg boikot.

Namun begitu, tidak kita nafikan sama sekali bahawa boikot tetap sangat dianjurkan dan dituntut untuk membela nasib saudara kita dan menekan pihak musuh. Bukankah kita yang berkemampuan menahan sedikit dari kemahuan kita, untuk membantu saudara kita di Palestin, itu lebih baik dan perlu diutamakan.


3- Jika ada produk yang sangat diperlukan atau mendatangkan mudarat jika tidak digunakan oleh umat Islam, maka tidak menjadi kesalahan untuk digunakan. 


4 - Kekeliruan juga berlaku kepada boikot produk makanan. Ada yang menganggap seolah makan makanan dari syarikat yang diboikot seolah memakan makanan yang haram, ini tidak tepat sama sekali.

Renungi semula ayat 87 dari surah al-Ma'idah.

Imam al-Tabari dan Imam al-Baghawi menyatakan sebab turunnya ayat ini adalah apabila ada 10 orang sahabat Nabi ﷺ yang berkumpul di rumah Uthman bin Mazh'un lalu bersepakat tidak mahu makan daging/makanan lazat 

- tidak mahu bernikah 


Mereka juga berkata: 

ما أردنا إلا الخير

"Kami tidak mahukan yang lain melainkan kebaikan" 

Lalu turun ayat 87 surah al-Ma'idah tadi menyatakan bahawa selagi tiada hukum haram, maka jangan kita mengharamkannya.

Maka, perlu dibezakan antara perbuatan boikot dan mengharamkan makanan itu sendiri. Sekali lagi, walaupun tidak haram memakannya, ini bukan bermaksud boikot itu tidak perlu. Boikot masih perlu kita sama-sama untuk sokong.


5.  Boikot terhadap pempengaruh atau selebriti. Saya juga melihat ada kempen #Blockout2024 yang dilancarkan oleh masyarakat dunia. Kempen ini sebenarnya positif dan ada nilai teguran tegas kerana kealpaan sebahagian selebriti yang seolah menganggap tiada apa berlaku, tidak tahu apa yang berlaku di Palestin sehingga keliru antara konflik, perang dan penghapusan etnik/manusia beramai-ramai. Ini adalah penghapusan dan pembantaian beramai-ramai, bukanlah sebuah peperangan kerana satu pihak berkuasa penuh, satu pihak lagi dibantai sehabisnya.


Ini satu 'wake-up call' yang sangat besar impaknya. 

Namun apabila sampai ke suatu tahap bahawa menganggap orang yang memakai atau menggunakan, walau sudah lama digunakan, lalu dicaci maki, ada juga yang melabelkan kafir juga, ini sudah melampaui batas.


Tanpa kita sedari, kita melakukan dosa dalam tujuan kita ingin melakukan kebaikan. 

Dosa yang dimaksudkan adalah mengkafirkan dan mencaci maki saudara seagama sendiri. Walhal kedua-dua perkara ini dilarang secara sarih/jelas dari al-Quran.

Maka jangan tertipu dengan jarum halus Iblis yang menyebabkan kita masuk ke lorong dosa yang lain dengan anggapan "oh ini untuk perjuangan", walhal kita sedang tertipu.


Imam al-Tahawi menyebutkan: 

ولا نكفر أحدا من أهل القبلة 

"kita tidak mengkafirkan seseorang dari ahli kiblat" [al-Aqidah al-Tahawiyyah]


6.  Pastikan juga maklumat sebelum kita melancarkan boikot. Kerana silap langkah dalam boikot boleh menyebabkan kita menganiaya pihak sendiri seperti perniagaan Muslim. Ambillah nasihat dari Imam Al-Thabari ketika mentafsirkan ayat tabayyun pada Surah al-Hujurat menyebutkan :


أمهلوا حتى تعرفوا صحته 

“bertenang sehingga kamu ketahui kesahihannya” [Tafsir al-Tabari 21/348]

Apa sahaja berita, jangan terus telan bulat-bulat, selidik dahulu.


7- Tuntasnya, usaha boikot ini adalah sangat bagus untuk menekan pihak musuh serta membantutkan usaha mereka untuk berbuat keganasan kepada saudara kita. Serulah manusia untuk memboikot barangan Israel, ini adalah penting untuk kesejahteraan bumi al-Quds dan rakyat seisinya.

Namun, perlu ada disiplin dan caranya, bukan boikot dengan berkiblatkan nafsu dan kebencian semata-mata, lalu orang yang tidak bersalah turut menjadi mangsa kepada kebencian yang tidak berhala.


8- Boikot ini suatu bentuk jihad, maka perlu dilaksanakan dengan ilmu, bukan semata semangat. Jangan langgar sahaja, buat dengan prinsip dan aturan yang betul. 


9- Boikot ini suatu bentuk jihad, maka perlu dilakukan dengan adab dan akhlak, bukan menganggap semua orang jahat selain kita yang memboikot. Jihad ini salah satu bentuk manifestasi taqwa. 


Abdullah Ibn Umar RA berkata : 

التقوى أن لا ترى نفسك خيرا من أحد

"Taqwa itu apabila kamu tidak melihat dirimu lebih baik dari sesiapa"  [Tafsir al-Baghawi 1/60]


Wallahu a'lam.


Rujuk: 

1- Taudhih al-Hukmi: Boikot menurut perspektif Islam (Jabatan Fatwa Negeri Selangor)

2- Hukum Boikot Barangan Israel Berdasarkan Kepada FIqh al-Jihad 

3- Al-Mawsu'ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaitiyyah


Terima kasih kepada sahabat dan asatizah yang sudi bimbing dan baca dahulu tulisan ini sebelum dilancarkan kepada awam. 

@fakhrifadzli 

@BinAbdRahman_ 

Ustaz Mustafa

Afiq Asri dan selainnya 


Moga Allah memberkati semua.


Disiarkan dengan keizinan:

--- Ustaz Muzuza

https://twitter.com/Muzuzxck/status/1791124513817764219?s=19


Telegram Ustaz - 

https://t.me/TheGardenofAlQuran










Para ulama’ menyatakan bahawa wanita yang kematian suami tidak dibenarkan keluar dari kediamannya. Ini berdasarkan dalil dari surah al-Talaq ayat 1. 

Saya letakkan dalil surah al-Talaq ayat 1 kerana ia dalil pensyariatan kepada iddah secara umum. Adapun untuk dalil khusus buat wanita yang kematian suami, ada pada surah al-Baqarah ayat 234, iaitu 4 bulan 10 hari :




Namun jika berlaku mudarat, seperti mengancam keselamatan, barulah dibenarkan. 

Dalam masalah ini, kawan kena minta orang
lain menemani kerana ibunya tidak dibenarkan meninggalkan rumah dalam tempoh iddahnya. 

Wallahu a’lam.



Antara hikmah bagi iddah:

- mengosongkan rahim supaya tidak bercampur dengan benih suami yang baru (jika ada)

- penghormatan kepada suami yang telah meninggal dan kesedihan si isteri

Iddah adalah perkara yang diwajibkan dalam agama dan tidaklah berubah hukum asalnya.

Jika isunya adalah masalah perbelanjaan, telah diterangkan sebelum ini bahawa dibenarkan wanita keluar jika tiada wang belanja. 

Ada perkara yang tsawabit, ada yang mutaghayyirat. Maka kena lihat dahulu situasi




Sumber:

https://twitter.com/Muzuzxck/

https://twitter.com/Muzuzxck/

https://twitter.com/Muzuzxck/





Soal Jawab: Berkaitan Puasa & Malam Nisfu Syaaban

FAQ Nisfu Sya’ban






Rujukan dan pautan asal:

https://t.me/TheGardenofAlQuran



Photo

Disisi Mazhab Syafie, penduduk negara yang siang atau malamnya terlalu pendek boleh mengikut waktu solat negara terdekatnya yang lebih baik. Norway boleh ikut UK atau Sweden. [Hasyiah al-Bujairimi 1/394]

Sebahagian ulama moden pula berpendapat bahawa negara yang siang atau malamnya terlalu pendek/panjang boleh ikut waktu solat di Makkah kerana Makkah adalah kiblat solat dan rujukan paling awla dalam urusan solat. Ringkasnya begitulah.

So nak ikut yang mana? Terpulang mana yang anda rasa sesuai, yakin dan memudahkan. Saya hanya membuka jalan dan menunjukkan keluasan fiqah Islam. Kalau mampu ikut sela waktu 4-5 minit tanpa rasa terbeban, silakan. Kalau mahu ikut alternatif lain, ya ilmu fiqah mazhab tersedia. 

Semua ini ada perbahasannya. Halus dan detail sekali. Sebab itu usul fiqh penting. Memahami kehendak syariat ni kena rujuk fatwa dan ahlinya. Bukan ikut rasa-rasa dan best sahaja.



Sumber:

https://twitter.com/addien90s/





Dalam perkembangan isu virus Covid-19 ini, ada beberapa persoalan yang timbul. 3 ini antara dua persoalan yang popular. Kesemuanya di jawab oleh menteri di jabatan perdana menteri Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri.

1. Apa hukum solat pakai face mask?

Rey Canotona bertanya boleh kah jika saya mengerjakan solat di masjid menggunakan topeng muka (mask)? Kerana struktur mask tu dalam keadaan boleh menghalang hidung bersentuhan ketika sujud?

Jawapan ustaz Mufti:

Secara asasnya, makruh di sisi mazhab Syafie utk solat dgn memakai face mask. Boleh jika ada keperluan sebagaimana dinukilkan oleh Ibn al Qudamah dlm al-Mughni. Namun, jika saudara ada simptom tersebut, dinasihatkan untuk solat di rumah.


2. Hukum solat Jumaat dalam suasana Covid-19?


Berdasarkan kepada nas dan pandangan ulama’, kami bahagikan isu ini kepada dua keadaan:

Pertama: Dalam keadaan wabak COVID-19 masih terkawal menurut Kementerian Kesihatan Malaysia

Dalam keadaan ini, solat Jumaat hendaklah diteruskan dengan beberapa syarat seperti:
  • Khutbah dipendekkan
  • Orang ramai berwuduk di rumah
  • Mereka yang ada simptom COVID-19 tidak perlu hadir solat Jumaat kerana termasuk dalam golongan orang yang sakit
  • Pihak masjid atau jemaah juga wajib menyediakan hand sanitizer dan penutup mulut sebagai langkah pencegahan dan keselamatan
Kedua: Dalam keadaan wabak COVID-19 merebak tanpa terkawal (menurut KKM)

Dalam keadaan ini, solat Jumaat boleh untuk tidak dilakukan, tetapi wajib diganti dengan solat Zohor di rumah masing-masing. Dalam hal ini, terdapat beberapa dawabit:
  • Larangan tersebut dengan nasihat pihak yang berautoriti seperti Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
  • Larangan tersebut adalah termasuk juga sebarang bentuk acara dan perhimpunan sama ada rasmi atau tidak.
  • Wabak sudah menunjukkan kesannya dan ramai individu telah disahkan positif COVID-19 di tempat tersebut.
Semoga Allah SWT mengurniakan ilmu dan kefahaman kepada kita dalam melaksanakan segala titah perintah-Nya. Amin

Lain-lain: COVID-19: FATWA-FATWA TERKINI BERKAITAN PENANGGUHAN SOLAT JUMAAT DAN SOLAT BERJEMAAH

3. Apakah hukum pakai sanitizer beralkohol ketika solat?

Nurr_ bertanya batalkah wuduk jika guna hand sanitizers 70% alcohol ? Sedikit konfius.

 Jawapan ustaz Mufti: Tidak batal.


Kemunculan penularan virus Covid-19 telah melanda negara kita, oleh itu perlaksanaan menjaga kebersihan merupakan faktor utama bagi mengurangkan risiko dalam jangkitan virus ini. Justeru, timbul persoalan berkenaan dengan penggunaan hand sanitizer (Pencuci Tangan) semasa melakukan solat adakah ia dikira sebagai najis kerana kandungan alkohol di dalamnya

Berbalik kepada persoalan yang diajukan dan pendapat ulama yang diberikan, dapat disimpulkan bahawa hand sanitizer (pencuci tangan) adalah tidak najis dan boleh digunakannya ketika hendak melakukan sembahyang serta tidak dikira menanggung najis. Ini jelas seperti yang diputuskan oleh Muzakarah Jawatankuasa fatwa Majlis Kebangsaan iaitu Ubat-ubatan dan pewangi yang ada kandungan alkohol adalah harus dan dimaafkan.

Semoga Allah SWT memberikan kefahaman yang sahih terhadap agama-Nya serta taufiq dan hidayah untuk mengamalkan syari’atNya dengan sebaiknya.

PERSOALAN-PERSOALAN LAIN:







- HUKUM SOLAT JAMAK BAGI PETUGAS COVID-19
- PENAMBAHAN LAFAZ AZAN KETIKA ARAHAN SOLAT DI RUMAH
- HUKUM HAKAM LAIN BERKAITAN COVID-1





Jaga diri dan jaga semuanya, baik-baik. Moga diberi kesembuhan, kekuatan dan jalan keluar untuk setiap permasalahan. Insya-Allah. Kita doakan untuk sama-sama, untuk semua.
ANTARA DOA YANG BOLEH DIAMALKAN.







Anem Arnamee 2026 © TERIMA KASIH ♥



click to te top