Al-Quran, kita & kesibukan



Hari ini kebanyakan orang sibuk. Sibuk sampai tak sempat baca Al-Quran. Nak cari motivasi untuk baca kitab Allah dan istiqamah pun satu perjuangan. Terus saja. Apa pun siapa membaca Al-Quran ganjarannya banyak.

  • Satu huruf satu pahala
“ Sesiapa yang membaca satu huruf kitabullah, maka dia mendapat satu kebaikan. Sedangkan satu kebaikan akan dibalas dengan 10 kali ganda.

Aku tidak maksudkan bahawa ‘alif lam mim’ itu satu huruf, alif satu huruf, lam satu huruf, dan mim juga satu huruf.”
- [ Riwayat al-Tirmizi ]

  • Al-Quran pemberi syafaat di akhirat
“ Bacalah Al-Quran, kerana Al-Quran akan datang pada hari kiamat sebagai pemberi syafaat kepada tuannya.”
- [ Riwayat Muslim ]

Kiranya Al-Quran adalah kabel atau istilah di dunia ni 'orang dalam', yang akan membantu atau membela kita di akhirat,

  • Baca tergagap pun dapat dua kali ganda pahala
“ Orang yang membaca Al-Quran dan mahir dengan bacaannya, maka dia akan bersama para malaikat. Dan orang yang membaca Al-Quran dengan tersangkut-sangkut, dia berasa susah sekali untuk membacanya, maka dia memperoleh dua pahala.”
- [ Riwayat al-Bukhari ]

Maha pemurahnya Allah. Sedikit pun dia tidak sia-siakan perkara baik kita buat. Dia menilai kesungguhan walaupun hasilnya biasa saja.

  • Lamakah untuk khatam Al-Quran?
Dengan sekian ganjaran , masih tak sempatkah kita baca Al-Quran ? Selalunya baca Al-Quran mengambil masa selama 5 minit untuk satu muka surat. Lima minit saja. Apalah sangat. Dan sedarkah kita , jika baca 5 muka surat setiap hari secara konsisten, kita akan dapat khatam Al-Quran 4 bulan. Jadi dalam setahun boleh khatam 3 kali.


Cubalah, ambil masa. Ganjarannya besar. Tak apa jika tak tahu, boleh belajar, perlahan-lahan; sama-sama.

Sambungan nota : di sini .

Disesuaikan melalui sumber : EzyDakwah 9, Solusi




6 yang menasihati:

  1. Saya target sehari 1 juzu sebulan dah boleh khatam.kalau setiap kali lepas solat baca 4-5muka surat, memang habis sejuzu sehari...kena amalkan secara konsisten, baru nampak apa yang kita buat....

    ReplyDelete
  2. Hi. I really enjoyed my brief visit on your site and I’ll be sure to be back for more.
    Can I contact your through your email?

    Please email me back.

    Thanks!
    Kevin
    kevincollins1012 gmail.com

    ReplyDelete
  3. Terima kasih atas perkongsian ini..saya juga dalam proses mendisiplinkan diri untuk lebih banyak baca Al-Quran dari FB.. :)

    ReplyDelete
  4. Allahuakbar. Peringatan yg baik. Terlalu kusyuk mencari rezeki dunia sedangkan Dialah pemilik segala rezeki.

    ReplyDelete
  5. Betul sangat2. Masa solat tu niat dah nak baca tetapi siap solat je mula plan benda lain..rsa bersalah sgt2....

    www.cikguzack.com

    ReplyDelete
  6. terima kasih dengan perkongsian ini. terima kasih.

    ReplyDelete

Untuk kesudian membaca dan memberi berkata-kata - saya berterima kasih.





Anem Arnamee © TERIMA KASIH ♥



click to te top