Showing posts with label al-quran. Show all posts
Showing posts with label al-quran. Show all posts

 



Bila dunia makin bising dengan scroll tanpa henti, mungkin yang kita perlukan sebenarnya ialah sedikit ruang untuk kembali… ๐Ÿค


Jom sama-sama hadir ke Majlis Tilawah & Hafazan Al-Quran Peringkat Kebangsaan 2026.

Mungkin di sinilah langkah pertama untuk kita kembali dekat dengan Al-Quran ๐ŸŒ™


๐Ÿ“… 13 – 18 April 2026

๐Ÿ“ Dewan Arena, Stadium Tertutup Kompleks Sukan Negeri Terengganu


#MTHQK2026

#JAKIMuntukUmmah

#SebarkanSalam

#madanimembantu

Ada ketika, saya bersedih hati dengan dugaan yang menimpa. Jadi ada satu ayat al-Quran yang saya sebut dan ulang, sebagai satu motivasi pengubat diri.



Firman Allah:

ู‚ู„ ู„ู† ูŠุตูŠุจู†ุง ุฅู„ุง ู…ุง ูƒุชุจ ุงู„ู„ู‡ ู„ู†ุง

"Katakanlah: Tidak sesekali akan menimpa kita, melainkan apa yang telah Allah tuliskan untuk kita."

[Surah al-Taubah ayat 51]


Jadi bila ulang ayat ini, mula sedar bahawa apa pun yang berlaku sekarang, semuanya Allah dah tulis dan atur.

Bila sedar bahawa Allah yang atur semua ini, mengapa perlu terus bersedih?

Kita kena percaya bahawa Allah tahu yang terbaik untuk kita, dan Dia tidak akan sia-siakan kita.

Percaya janji Allah, dan berikan khabar gembira kepada orang yang sabar dan redha dengan takdir-Nya.


- perkongsian oleh Ustaz Yazid Hamka

Facebook Mutiara Tadabbur



[Gambar]

 Keberkatan Rezeki Dalam al-Quran




============ 

Di dalam al-Quran terdapat beberapa perkara yang disebutkan oleh Allah yang mempunyai hubungkait dengan rezeki dan keberkatannya. Antaranya adalah:


1. Melazimi taqwa. Orang mukmin yang berusaha kea rah taqwa akan dibuka baginya keberkatan langit. Firman Allah:


ูˆَู„َูˆْ ุฃَู†َّ ุฃَู‡ْู„َ ุงู„ْู‚ُุฑَู‰ ุขู…َู†ُูˆุง ูˆَุงุชَّู‚َูˆْุง ู„َูَุชَุญْู†َุง ุนَู„َูŠْู‡ِู…ْ ุจَุฑَูƒَุงุชٍ ู…ِู†َ ุงู„ุณَّู…َุงุกِ ูˆَุงู„ْุฃَุฑْุถِ


“Dan sekiranya ahli sesuatu tempat itu beriman dan bertaqwa, maka kami akan buka bagi mereka keberkatan dari langit dan bumi.” (al-A’raf: 96)


2. Mereka yang sentiasa menjaga solat serta mengajak ahli keluarga menunaikan solat juga berupaya dipermudahkan rezeki oleh Allah. Firman Allah:


ูˆَุฃْู…ُุฑْ ุฃَู‡ْู„َูƒَ ุจِุงู„ุตَّู„ุงุฉِ ูˆَุงุตْุทَุจِุฑْ ุนَู„َูŠْู‡َุง ู„ุง ู†َุณْุฃَู„ُูƒَ ุฑِุฒْู‚ًุง ู†َّุญْู†ُ ู†َุฑْุฒُู‚ُูƒَ ูˆَุงู„ْุนَุงู‚ِุจَุฉُ ู„ِู„ุชَّู‚ْูˆَู‰


Dan perintahkanlah keluargamu untuk mengerjakan solat, dan hendaklah kamu bersabar menunaikannya. Kami tidak meminta rezeki kepadamu, (bahkan) Kamilah yang memberi rezeki kepadamu. 


2.1. Di dalam ayat ini, Allah seolah meletakkan urusan solat mempunyai kaitan juga dengan rezeki. Menurut al-Imam al-Qurtubi, ketika ayat ini diturunkan Rasulullah sering mengetuk pintu rumah Fatimah, mengajak mereka bersolat. Bahkan Saidina Umar melakukan perkara yang sama dan mengingatkan kepada ahli keluarganya supaya jangan sampai urusan mencari rezeki menyibukkan kamu dari solat. 


Malah menurut al-Qurtubi lagi, Rasulullah akan menyuruh ahli keluarganya mendirikan solat ketika mereka ditimpa kesusahan. Begitulah besar peranan solat dalam kehidupan muslim. (al-Qurtubi, al-Jami li Ahkam al-Quran, 11/263).


3. Beristighfar. Amalan melazimi istighfar juga dikatakan mempunyai kesan terhadap rezeki. Firman Allah:


ูَู‚ُู„ْุชُ ุงุณْุชَุบْูِุฑُูˆุง ุฑَุจَّูƒُู…ْ ุฅِู†َّู‡ُ ูƒَุงู†َ ุบَูَّุงุฑุงً* ูŠُุฑْุณِู„ِ ุงู„ุณَّู…َุงุกَ ุนَู„َูŠْูƒُู…ْ ู…ِุฏْุฑَุงุฑุงً* ูˆَูŠُู…ْุฏِุฏْูƒُู…ْ ุจِุฃَู…ْูˆَุงู„ٍ ูˆَุจَู†ِูŠู†َ ูˆَูŠَุฌْุนَู„ْ ู„َูƒُู…ْ ุฌَู†َّุงุชٍ ูˆَูŠَุฌْุนَู„ْ ู„َูƒُู…ْ ุฃَู†ْู‡َุงุฑุงً


“Sehingga aku berkata (kepada mereka): `Beristighfarlah kepada Tuhan kamu, sesungguhnya adalah Ia Maha Pengampun (11). (Sekiranya kamu berbuat demikian), Ia akan menghantarkan hujan lebat mencurah-curah, kepada kamu;(12)."Dan Allah akan memberi kepada kamu dengan harta kekayaan serta anak-pinak; dan Allah akan mengadakan bagi kamu kebun-kebun tanaman, serta mengadakan bagi kamu sungai-sungai (yang mengalir di dalamnya).” (Surah Nuh: 10-12)


3.1 Malah Rasulullah turut bersabda:


ู…َู† ุฃูƒุซุฑ ุงู„ุงุณุชุบูุงุฑ ุฌุนู„ ุงู„ู„ู‡ ู„ู‡ ู…ู† ูƒู„ ู‡ู…َّ ูุฑุฌุงً، ูˆู…ู† ูƒู„ ุถูŠู‚ ู…ุฎุฑุฌุงً، ูˆุฑุฒู‚ู‡ ู…ู† ุญูŠุซ ู„ุง ูŠุญุชุณุจ


“Barangsiapa yang memperbanyakkan istighfar, Allah akan membuka segala kesusahannya, memberikan jalan keluar bagi segala kesempitan, dan mengurniakan rezeki yang tidak mereka sangka.” (HR Ahmad, dinilai Sahih oleh Ahmad Syakir).


4. Bersedeqah. Amalan bersedeqah turut membantu dalam membuka pintu rezeki seseorang. Firman Allah:


ูˆَู…َุง ุฃَู†ْูَู‚ْุชُู…ْ ู…ِู†ْ ุดَูŠْุกٍ ูَู‡ُูˆَ ูŠُุฎْู„ِูُู‡ُ ูˆَู‡ُูˆَ ุฎَูŠْุฑُ ุงู„ุฑَّุงุฒِู‚ِูŠู†


“Dan apa sahaja yang kamu dermakan maka Allah akan menggantikannya; dan Dia lah jua sebaik-baik Pemberi rezeki". (Surah Saba’: 39).


Semoga Allah membimbing kita. 









Dr. Ahmad Sanusi Azmi

Facebook

Tele: https://telegram.me/drahmadsanusiazmi









 Your skin brightening treatment - Al Quran



Sally menerusi perkongsian di FB - berkongsikan “Ringkasan Juzuk Al Quran” untuk manfaat bersama. Lebih faham dan lebih menghayati nanti. 

Bacalah. Fahamilah. Jadikan rutin harian kita walaupun sehelai, walaupun satu muka surat sehari.

































Sumber:

Facebook Suhaili Mohd Zain





Gambar: Photo by Abdulmeilk Aldawsari



 Tips mengatasi malas membaca al-Quran


1- Belajar tajwid dan sebutan huruf
2- Baca setiap hari
3- Baca setiap kali selepas solat fardhu
4- Mula baca walaupun satu ayat
5- Rasa kagum dengan al-Quran
6- Mendalami tadabbur
7- Gantikan muzik dengan al-Quran
8- Pilih qari’ yang menjadi kegemaran kita dan teruskan mendengarnya sampai kita boleh kurangkan muzik
9- Mengetahui hadith-hadith sahih berkenaan kelebihan-kelebihan al-Quran dan surah-surahnya
10- Mengetahui fungsi besar kepada bacaan al-Quran




 

Kelebihan membaca al-Quran | Melalui sisipan Hadiah Dakwah Solusi Siri 05, Majalah Solusi berkongsikan kelebihan serta uniknya kitab al-Quran. Berikut saya kongsikan penulisan tersebut:
  •  Allah angkat dan puji orang yang mengajar al-Quran
Mengajarkan al-Quran menuntut kesabaran, langkah demi langkah dan kebijaksanaan. Itu belum lagi berdepan pelbagai teknik dan karenah pelajar. Sebab itu Allah angkat dan puji orang yang mengajar al-Quran. Nabi s.a.w pernah bersabda, "Sebaik-baik kamu adalah golongan yang belajar al-Quran dan mengajarkannya." (Riwayat al-Bukhari)
  • Penawar; pengubat hati fizikal dan rohani
Kalimah yang bergetar dalam jiwa daripada kitab yang paling mulia ini juga mampu mengubat pelbagai penyakit fizikal dan rohani.

Allah berfirman yang bermaksud, "Dan Kami turunkan dengan beransur-ansur daripada Al-Quran Ayat-ayat Suci yang menjadi ubat penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman kepadanya; dan (sebaliknya) Al-Quran tidak menambahkan orang-orang yang zalim (disebabkan keingkaran mereka) melainkan kerugian jua."- (Al-Israa' 17:82)
  • Al-Quran sebagai syafaat
Rasulullah s.a.w bersabda: "Bacalah al-Quran, sesungguhnya al-Quran akan datang pada hari akhirat kelak sebagai syafaat bagi orang yang membacanya." (Riwayat Muslim).

Bertuahnya bagi mereka yang sentiasa membaca al-Quran.
  • 10 kali ganda
Kelebihan membaca al-Quran juga dapat difahami melalui hadis Nabi saw yang diriwayatkan daripada Abdullah Bin Mas’ud. Sabda Nabi s.a.w:

ู…َู†ْ ู‚َุฑَุฃَ ุญَุฑْูًุง ู…ِู†ْ ูƒِุชَุงุจِ ุงู„ู„ู‡ِ ูَู„َู‡ُ ุจِู‡ِ ุญَุณَู†َุฉٌ ، ูˆَุงู„ุญَุณَู†َุฉُ ุจِุนَุดْุฑِ ุฃَู…ْุซَุงู„ِู‡َุง ، ู„ุงَ ุฃَู‚ُูˆู„ُ ุงู„ْู… ุญَุฑْูٌ ، ูˆَู„َูƒِู†ْ ุฃَู„ِูٌ ุญَุฑْูٌ ูˆَู„ุงَู…ٌ ุญَุฑْูٌ ูˆَู…ِูŠู…ٌ ุญَุฑْูٌ

Maksudnya: "Sesiapa yang membaca satu huruf daripada al-Quran maka baginya satu kebaikan. Satu kebaikan menyamai 10 gandaan. Tidaklah aku katakan yang ุฃู„ู… itu satu huruf. Bahkan Alif satu huruf, Lam satu huruf dan Mim satu huruf.” - Riwayat al-Tirmizi (2910). *Beliau mengatakan bahawa hadis ini adalah hadis hasan. Wallahu’alam.

Masya-Allah. Betapa pemurahnya Allah.

Rujukan: *IRSYAD AL-HADITH SIRI KE-276 : HADIS SEBAIK-BAIK UMATKU ADALAH YANG MEMBACA AL-QURAN
  • Kandungan al- Quran tidak akan berubah
"Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan Al-Quran, dan Kamilah yang memelihara dan menjaganya."- (Al-Hijr 15:9)

Janji Allah yang akan memelihara kitab-Nya itu pasti. Al-Quran tetap terpelihara sampai bila-bila. 
  • Bayangkan. Dua ganjaran jika gagap / tidak mahir membacanya
Dalam sebuah hadis daripada `Aisyah R.Anha, Rasulullah SAW pernah bersabda:

ุงู„ْู…َุงู‡ِุฑُ ุจِุงู„ْู‚ُุฑْุขู†ِ ู…َุนَ ุงู„ุณَّูَุฑَุฉِ ุงู„ْูƒِุฑَุงู…ِ ุงู„ْุจَุฑَุฑَุฉِ ูˆَุงู„َّุฐِูŠ ูŠَู‚ْุฑَุฃُ ุงู„ْู‚ُุฑْุขู†َ ูˆَูŠَุชَุชَุนْุชَุนُ ูِูŠู‡ِ ูˆَู‡ُูˆَ ุนَู„َูŠْู‡ِ ุดَุงู‚ٌّ ู„َู‡ُ ุฃَุฌْุฑَุงู†ِ

Maksudnya: Seorang yang mahir dalam membaca al-Quran bersama al-Safarah al-Kiram al-Bararah dan bagi yang membaca al-Quran namun tersangkut-sangkut dan berasa susah buatnya maka untuknya itu dua ganjaran. - (Riwayat Muslim (798) & Ibn Majah (3779))

Al-Imam al-Nawawi Rahimahullah menyebutkan bahawa dua ganjaran yang diperolehi itu adalah kerana pertamanya bagi pembacaannya itu dan yang keduanya disebabkan kepayahannya dalam membaca al-Quran.[1]**

Rujukan: **AL-KAFI #562: TAKUT HENDAK MEMBACA AL-QURAN
 [1]Lihat Al-Minhaj Syarh Sahih Muslim. Dar Ihya’ al-Turath al-`Arabiy, (6/85)
Dengan ini, jom kita bermotivasi dengan membaca al-Quran tanpa henti, tanpa alasan. Banyak ganjarannya.
Rujukan lain:
*Gambar utama (pixabay)
*Terjemahan ayat-ayat al-Quran



Gambar: utusan.com.my
Alhamdulillah. Tahniah! Qari dan qariah Malaysia diumumkan sebagai johan kategori tilawah Majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Antarabangsa (MTHQA) Ke-61. Abdul Khair Jalil memperoleh 93.02 markah, manakala Nor Farhatul Fairuzah Panut mendapat 87.05 markah.

Gambar kemenangan di peringkat kebangsaan (Sumber: Kosmo)
 Abdul Khair Jalil 
Gambar: Kosmo
Abdul Khair Jalil, pensyarah Ilmu Wahyu dan al-Quran di Universiti Islam Antarabangsa (UIA) berusia 40 tahun. pernah bergelar johan Musabaqah al-Quran Peringkat Antarabangsa Kuwait Kali Ke-7 pada 2016 dan johan qari Majlis Tilawah al-Quran 2019.



Sumber:
- Pensyarah UIAM Johan Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan
- Qari Malaysia hampir tarik diri kerana gugup

Nur Farhatul Fairuzah 

Gambar: @farhatulfairuzah
Anak bongsu daripada 5 orang adik beradik, merupakan pelajar tingkatan 6 (lahir tahun 2000) di Sekolah Menengah Agama Perempuan Labu, Negeri Sembilan (SMAPL) ini mula belajar taranum sejak berumur lima tahun lagi. Mak beliau (Hajah Jaliah Haji Simin) dan ayah (Allahyarham Haji Panut bin Haji Markum) juga adalah bekas Qari dan Qariah. Ayahnya pernah menjadi Qari sekitar tahun 1990an dan maknya pula pernah bergelar Qariah pada 2004. Selain Farihatul, adik-beradik beliau yang lain juga pandai bertilawah. Malahan kakak beliau, Nor Faizah menyertai majlis tilawah tujuh kali iaitu pada 2008, 2009, 2010 dan 2011 dengan meraih naib johan buat kali ketiga pada 2014, 2016 dan tahun ini.

Gambar: Kosmo
Bersama arwah ayahnya dan emak: @farhatulfairuzah
Farihatul bersama kakaknya Faizah (Gambar: Metro).
“Arwah ada berpesan teringin melihat seorang anaknya bergelar johan tilawah. Malam ini (tadi) adik (Nor Farhatul) memenuhi impian itu,” kata Nor Faizah (kakak) ketika majlis Tilawah Kebangsaan tempoh hari.

Nur Farhatul Fairuzah yang merupakan pelajar Sekolah Agama Menengah Bandar Baru Salak Tinggi sebelum menyambung pelajar di SMAPL, juga suka mendengar lagu-lagu arab dan tilawah berkata, beliau memasuki pertandingan untuk menilai kualiti bacaan. Ini adalah pertandingan besar pertama kali disertainya, sebelum ini cuma di peringkat sekolah dan negeri (peringkat kebangsaan dan antarabangsa).



Laman media sosial Nur Farhatul Fairuzah:

Instagram Nur Farhatul Fairuzah: https://www.instagram.com/farhatulfairuzah
Facebook Nur Farhatul Fairuzah: Farhatul Fairuzah
Youtube Nur Farhatul Fairuzah: Farhatul fairuzah


Melalui Majalah al-Ustaz, edisi 54, Ustaz Muhammad Syaari Ab Rahman berkongsi tentang keistimewaan Surah Ibrahim melalui slot Explorasi Ibrah.

Kelebihan Surah Ibrahim

- Pengenalan surah Makkiyyah
Surah ini memperkenalkan surah Makiyyah yang memenuhi hampir dua pertiga al-Quran. Melalui surah ke-14 ini, kita akan lihat kedegilan paling ekstrem Musyrikin Quraisy sekitar tahun ke-10 kenabian ketika surah ini diturunkan. Surah Makiyyah dirumuskan kepada 3 agenda utama:
  • Kembali menyembah Allah dan menjauhi syirik.
  • Kembali mengikut para Rasul dan jangan cipta 'agama' sendiri.
  • Percaya pada hari akhirat dengan merenung kejadian alam.
- Rumusan agenda perjuangan & dakwah Nabi Musa
Surah ini merumuskan lebih 20 hingga 30 tahun agenda perjuangan Nabi Musa menentang Firaun dan agenda mendidik Bani Israel dari detik kembali ke Mesir hingga sebelum kewafatannya.

Ayat 5 hingga 8 tahun merumuskan kesabaran baginda mendidik Bani Israel agar sentiasa bersyukur kepada Allah, berhenti mengeluh, dan meminta yang bukan-bukan ketika Allah menghadiahi pelbagai kelebihan melalui tongkat Musa.

Surah ini merakamkan pesan Musa kepada Bani Israel agar menghargai anugerah 'hari-hari Allah' iaitu, hari mereka diberikan kemenangan ke atas rejim Firaun di Laut Merah. Juga hari mereka berjanji kepada Allah untuk tidak kembali mengulangi tragedi menyembah berhala Samiri. Namun sikap kufur Bani Israel menjadi asbab Ibrahim diilhamkan Allah agar 'meletakkan benih' baginda di Tanah Suci Makkah dan bukan lagi di Palestin. Kebetulan, babak Ibrahim itu dirakamkan di penghujung surah ini selepas permulaanya mengenai karenah Bani Israel.

- Rumusan agenda perjuangan para rasul
Surah yang merumuskan agenda perjuangan 313 orang rasul. Bersesuaian dengan nama surah, membabitkan seorang 'ayah' kepada majoriti para Rasul iaitu Bani Israel. Lebih menarik, Allah merakamkan semula 'suara' para rasul berkenaan dengan satu suara sahaja. Bahasa Arab dipilih Allah sebagai bahasa terbaik untuk meringkaskan dengan tepat dan padat kesemua bahasa di dunia sejak zaman manusia pertama di atas muka bumi ini. Ayat 9-15 dipilih menjadi pedoman penting untuk mendalami ilmu sejarah perjalanan dunia.

- Definisi kafir
Surah yang mendefinisikan siapa itu Kafir. Kita mungkin ekstrem jika menganggap yang bukan Muslim itu kafir. Perhatikan ayat ke-3 surah ini, surah ini menegaskan betapa kafir adalah istilah khusus diberikan Allah kepada mereka yang bukan sudah tenggelam dalam arus keduniaan, bahkan mengganggu hak orang lain mendengar penjelasan tentang Islam. Mereka berusaha sedaya upaya menghalang dengan apa jua cara agar orang lain menjauhi Islam.

- Rakaman ucapan Iblis di Mahsyar
Surah yang merakamkan ucapan Iblis paling panjang di Mahsyar. Rumusan konspirasi yang dibuat untuk manusia selama ini. Kita akan dapati banyak ucapan iblis dalam al-Quran khususnya ketika tidak sujud kepada Adam. Namun pada ayat ke-22 surah ini merakamkan ucapannya yang mengecewakan kaum kafir yang sedang meraba-raba mencari 'syafaat' di sana-sini.

- Gambaran Mahsyar dan neraka yang menggerunkan
Surah yang akan menimbulkan kegerunan kepada ayat yang sering kita lafazkan dalam solat,
"ู…َุงู„ِูƒِ ูŠَูˆْู…ِ ุงู„ุฏِّูŠู†ِ", kerana terlalu banyak ayat-ayat memperincikan panorama menggerunkan di Mahsyar dan neraka. Contohnya pada ayat ke-17.


- Didikan tauhidic worldview
Surah ini mengandungi sudut pandang tauhid khususnya buat mereka yang mengerti kalimah itu dalam bahasa arab. Misalnya pada ayat 1, ia akan mengubah cara kita memandang 'cahaya dan kegelapan'. Serta banyak lagi.

- Doa Nabi Ibrahim
Surah ini mengandungi doa yang dimustajabkan Allah agar dianugerahkan anak-anak yang soleh dan memelihara solat.

Gambar: https://ayat2hafalanku.wordpress.com
Surah ini tidak membentangkan perjuangan Nabi Ibrahim yang dirakamkan dalam pelbagai surah. Ia hanya satu babak kedatangannya kali ketiga ke Tanah Suci Makkah selepas peristiwa pengorbanan anakandanya Ismail dan selepas dikurniakan anak Ishak di Palestin.

Kajilah tujuh ayat doa baginda Ibrahim yang dirakamkan sebagai doa baginda paling panjang dalam al-Quran yang menjadi sebab Allah menamakan surah ini dengan nama baginda.

Surah ini mengajar kita untuk sentiasa bersyukur, tidak kufur dan jangan lalai sehingga mengabdikan diri kepada 'berhala-berhala' materialistik moden tanpa disedari.

Rujukan lain:
http://www.surah.my/14
http://www.ibnukatsironline.com


Ini adalah koleksi nota daripada beberapa rancangan / segmen agama yang disiarkan di televisyen sepanjang Ogos. Namun sangat disarankan untuk merujuk pada ustaz, ustazah serta mereka yang lebih pakar untuk penerangan penuh. Harap maklum. Terima kasih.

****

Rancangan al-Hidayah

"Kita milik Dia dan akan kembali kepada Dia."

Suami beliau pesan: "Jangan sedih bila seorang kawan tak nak berkawan dengan you. Allah akan hantar banyak lagi kawan-kawan yang baik-baik untuk you."

"Jangan risau jika baca al-Quran tidak lancar. Yang penting usaha (nak baca). Allah bukan melihat hasil tapi usaha."

"Bacalah doa dalam bahasa apapun, Dia Maha mendengar."

"Apa yang penting, saya menjadi lebih baik dari semalam."

"Sebab sayangkan Allah, kita akan buat yang terbaik untuk Allah."

--- Nur Amira Ann Lee. #alHidayah

Majalah Jom 39.

"Kita tidak akan sentiasa tahu, kerana itu perlu saling belajar dan mengajar."

"Sebelum terlalu sibuk 'mencari', mungkin kita perlu dulu 'menjadi'."

"Hati mampu merasakan apa yang tidak terlihat di mata." - Ibnu Taimiyyah.

"Sesiapa yang dikehendaki Allah kebaikan pada dirinya, Dia menunjukinya kepada sahabat yang baik, yang jika ia lupa maka sahabatnya akan mengingatkannya, dan jika ia ingat, sahabatnya akan membantunya." - #atsar (kata2)

"Sesungguhnya seorang alim jika dia tidak mengamalkannya ilmunya maka nasihat-nasihatnya tidak akan merasuk ke dalam hati-hati, sebagaimana titisan air tergelincir dari batu yang keras." - (Malik bin Dinar)

Hamdun Al-Qashshar pernah ditanya, "Mengapa perkataan salaf (orang yang terdahulu) lebih bermanfaat daripada perkataan kita?" Beliau pun menjawab, "Sesungguhnya mereka berbicara untuk kemuliaan islam, keselamatan jiwa-jiwa dan mengharap keredhaan ar-Rahman. Sedangkan kita berbicara untuk kemuliaan diri kita, mencari dunia dan mengharapkan diterima makhluk."

#Alkulliyyah

Semoga kita dijauhkan dengan dua sikap ini:
- Risau perkara yang belum jadi
- Menyesal perkara yang sudah jadi

Dua sikap ini, jika terlalu (risau / menyesal), syaitan akan mudah mempengaruhi emosi kita.

"Allah mencipta mata kita bukan di belakang, supaya kita terus melihat ke hadapan." - Drama #Arafah ๐Ÿ“บ

Tanyalah Ustaz: "Do your best, Allah will do the rest." - Ustaz Badli Shah.

- Nasihat anak tanpa jemu.
"Usah pandang remeh pada amanah kerana tanggungjawab itu akan dipersoalkan oleh Allah di akhirat kelak." - Dai Luqman.
FACEBOOK TANYALAH USTAZ MAIN PAGE:

Tanyalah Ustaz - Berkorban Apa Saja (Ustaz Muhamad Abdullah Al-Amin)



Tanyalah Ustaz Al-Quran mendahului zaman (Dato' Dr. Danial Zainal Abidin)


*****

Sekian, moga yang dikongsi ini bermanfaat, insya-Allah. Jika ada kekurangan boleh merujuk pada yang lebih berpengetahuan.

Maaf dan terima kasih.









Anem Arnamee 2026 © TERIMA KASIH ♥



click to te top