Amalannya kecil, ganjarannya besar


Sungguhlah Allah itu Maha Penyayang. Dia menilai daripada sekecil-kecilnya amalan. Yang terlihat atau tidak dan perkara baik juga mula dinilai dengan niat.
  • Tidak buat pun dapat pahala. Apakah itu ? Iaitu orang yang ajak orang lain ke arah kebaikan.
“ Sesiapa yang menunjuk ke arah kebaikan, maka baginya pahala sebagaimana orang yang melakukannya.” - [ Riwayat Muslim ]
Tapi tak bermaksud suruh sahaja, tetapi juga turut melakukannya, sama-sama. Kita cuba. Tuhan menilai semuanya.
  • Tahu tak sebarang musibah yang datang kepada kita adalah penghapus dosa? 
Mengikut hadis riwayat Al-bukhari , setiap keletihan , penyakit , kebimbangan , sedih, sakit hati dan pilu, sekalipun duri yang mencucuk ; semua itu tak lain tak bukan adalah untuk menghapus segala kesalahan-kesalahan kita.

Jadi , kalau ada resah dan perkara yang kita sedihkan atau tak kena, maksudnya Tuhan sedang mahu ampunkan dosa kita dan angkat darjat kitalah tu. Mohon ampun dan kekuatan daripada-Nya, insyaAllah Dia bantu. Senyumlah.
  • Tahu tak para nabi dan syuhada juga cemburu pada kita ? 
Ya. Rasulullah ditanya siapakah mereka itu, lantas Baginda menjawab; “Mereka ialah orang yang saling mencintai kerana Allah bukan kerana pertalian darah dan tidak ada harta diberikan. Demi Allah wajah mereka laksana cahaya. Mereka berada di atas cahaya. Mereka tidak berasa takut saat manusia lain takut. Dan tak merasa sedih pada saat manusia bersedih.”
Lalu Baginda membacakan ayat:
‘ Ingatlah , sesungguhnya wali-wali Allah itu, tiada rasa khuatir dan tidak pula bersedih hati.’ - Surah Yunus 10: 62 [ Riwayat al-Bukhari ]
  • Tahukah anda apa perkara yang paling banyak memasukkan manusia ke dalam syurga?
Rasullullah ketika ditanya menjawab; “ Takwa kepada Allah dan akhlak yang baik.”
Nabi juga pernah bersabda; “ Tidak ada sesuatu pun yang lebih berat pada timbangan amal seorang mukmin pada hari kiamat selain akhlak yang baik. Allah murka pada orang yang berperangai keji.” - [ Riwayat Al-Tirmizi ]
Maksudnya akhlak mulia ni bukan saja-saja. Jadi, jom terus berusaha jadi baik. Jangan mengalah ! 
  • Tahukah anda Rasulullah memberi salam kepada kanak-kanak ?
Anas bin Malik melintasi sekumpulan kanak-kanak lalu memberi salam kepada mereka. Anas berkata ; “ Rasulullah selalu berbuat demikian.” [ Riwayat Bukhari & Muslim ]
Tahu tak sebab apa , yang banyak mana pun amalan , tetapi tak maksud syurga?
“ Tidak masuk syurga sesiapa yang menyimpan sekelumit takkabbur dalam hatinya. Seorang bertanya, “Bagaimana dengan seorang yang suka bajunya. Cantik-cantik, begitu juga kasutnya?” Rasulullah menjawab, ‘Sesungguhnya Allah itu indah dan sukakan kecantikan. Takabbur itu, menyanggah kebenaran dan merendah-rendahkan orang lain. - [ Riwayat Muslim ]
Itulah antara amalan-amalan kecil, yang bagi kita kecil, namun sangat mampu memberatkan timbangan kita di mahsyar kelak, dan sungguh tinggi nilainya di sisi Allah. Selain itu: - tersenyum, berkata baik kepada yang lain dan sedekahlah dengan apa sahaja yang baik juga sangat besar juga kesannya kepada kita di dunia dan akhirat. Jadi terus saja buat baik. Mulakan dengan yang kecil. Jom!


[ Sumber: Ezy Dakwah , Majalah Solusi ]




2 yang menasihati:

  1. Thanks for sharing, awak. Takut sangat kot kot kita pernah buat perkara yang takkabur tapi tak perasan kan. :( Mintak dijauhkan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Allah. Kan. Sama-sama kita muhasabah, awak.

      Delete

Untuk kesudian membaca dan memberi berkata-kata - saya berterima kasih.





Anem Arnamee © TERIMA KASIH ♥



click to te top