Salam. Hai. Saya Anem Arnamee. Terima kasih sudi datang, membaca mahupun berkongsi artikel blog ini. Maaf jika ada kekurangan & teguran amat dialu-alukan. Moga yang baik-baik selalu untuk kalian semua. Insya-Allah.

- Jika anda mahu sebarang kolaborasi/pengiklanan (review/ruang iklan) di blog ini boleh rujuk page ini.
- Jika ada pertanyaan lain, boleh mesej di facebook ANEM ARNAMEE atau e-melkan ke arnamee (at) gmail.com.

Tentang Murah Rezeki, Tawakal, Pemaaf dan Musafir

Ini adalah koleksi kata-kata ustaz, ustazah atau penceramah (saya ambil nota) daripada beberapa rancangan agama yang disiarkan di televisyen sepanjang April 2016. Jadi saya kongsikan di sini, jika ada penambahan atau pembetulan, boleh komen. Namun sangat disarankan untuk merujuk pada ustaz, ustazah serta mereka yang lebih pakar untuk penerangan penuh. Harap maklum. Terima kasih.


Sedekah
  • Hajat jika ada orang lebih keperluan, utamakan.
  • Waktu baik untuk sedekah; Nabi kata waktu kamu sihat.
  • Jika sedekah kamu diungkit-ungkit, jika perlu, bayar balik.
  • Jika memang kerelaan hati, lebih baik kita sembunyikan.
  • Elakkan sangkaan. Soal niat itu urusan Allah.
Solat:
  • Tengah rukuk kita letih zikir entah mana, sebab tu solat jika lambat buat cara lambat. Jnagan gesakan.
  • Solat tak boleh sandar.
  • Jangan pakai baju gambar bukan-bukan waktu solat. Haram.
  • Jangan berhenti sedekah.
  • Jauhkan was-was. Sellaukan baca surah 3 qul.
  • Lelaki kena suarakan suara amin masa berjemaah al-fatihah. Amin tu malaikat aminkan.
  • Faham maksud bacaan solat.
  • Tak boleh pergerakan lebih 3 kali.
  • Tak perlu samak atau was-was, jika tak nampak najis anjing atau tanda pada kereta kita beli daripada bukan islam.
  • Jangan was-was kalau tak nampak.
  • Jaga solat dan jaga hubungan dengan Tuhan nak elak sihir.

Musafir
  • Musafir bukan niat maksiat.
  • Dia musafir kalau nak buat solat sempurna boleh. Tapi ruksah dah ada buatlah ruksah.
  • Boleh musafir lebih 3 hari kena ada mahram. Perjalanan sekarang boleh dikata aman jadi ada pandang ulama kata selamat. Mahram ni untuk jaga wanita.
  • Kursus belajar atau kerja, kena ada mahram sejantina. Ikut zaman sekarang. Seeloknya tidak seorang diri.
  • Musafir lebih 3 hari tak boleh jamak kasar sejak hari pertama.
  • Hadis bekam dan buat bekam batal; shahih. Tapi Shafie terjumpa hadis lain membatalkan yang itu. Ada sebab musabab sebab dia belajar. Asal sohih mazhab shafie tak.
  • Bukan mudah buat hukum hakam. Kena belajar hadis, ijtimak.
  • Amalkan:
- Doa naik kenderaan.
- Doa abu darda. Baca 3 kali petang lepas subuh lepas asar. Jauh daripada azab besar. Rasulullah ajar.
  • Kita susah buat baik sebab dibantu syaitan dan nafsu. Tu jadi payah.
  • Surah An-Nisa: 101. Untuk Kafir harbi. Sebab mereka memang nak serang kita perlu jamak kasar. Tapi sebab jamak ni ruhsah boleh buat walaupun kita tak berdepan kafir begitu sebab ia ruhsah untuk musafir.
  • Ruhsah ni keringanan yang Allah sedekah kepada kamu.
  • Orang sakit yang boleh kena air kenakan. Yang berbalut tu tayamum.
  • Rukhsah nak kabo solat tu wajib. Islam itu mudah. Cacat pun boleh beramal dengan agama.
Dklinik hijrah

Adab berbicara.
Surah al hujurat 11.
  • - Wahai orang beriman jangan perli dan sindir. Mungkin dia lebih baik.
- Jangan menyatakan keaiban orang.
- Jangan panggil nama buruk ke orang.
  • Lihat gurauan ummu aiman dengan Nabi. Boleh kalau bergurau tapi dengan cara baik.
  • Bukan salah kita kalau orang terasa kita tulis bukan untuk dia. - Ustaz.
  • Jangan memperkatakan sesuatu yang bukan orang tu kata. Tidak bermoral. Penipuan akan bawa ke kerosakan hati. Niat baik tapi caranya tidak, tidak sampai.
  • Kalau orang emosi jangan tanyakan soalan berkaitan emosi dia. Tinggalkan sekejap.
  • Jika kemarahan reda semua akan reda.

--- Alam roh- alam rahim- dunia-kubur- mahsyar.

  • Ilmu itu cahaya. Hidayah. Dan cahaya itu pastinya tidak dapat kepada orang yang sebarangan.
  • Bagusnya media baru ia menarik golongan muda
  • Ramalan peperiksaan tak jejas akidah. Sekadar periksa.
  • Dalam menuntut ilmu, restu ibu penting. Namun ibubapa jangan paksa anak dalam bidang dia belajar. Sokong.
  • Air panas kemudian. Sejuk dulu untuk buka ruang roma.
  • Ada beza kepercayaan dengan kaedah. Macam Nabi bangun tidur basuh tangan. Tu tak libatkan kepercayaan tapi kaedah. Bersih.
  • Amalkan rukyah al-fatihah. Baca selalu surah 3 kul.
  • Orang mati berpisah dengan alam kita. Tak boleh balik.
**
  • Rumah tak ada kurma akan lapar.
  • 3 biji. 1 tamar masa sahur / subuh. 3 jam kedua. Selepas zohor/ asar. Sebiji lagi masa petang.
  • Belajar di Malaysia dalam bidang ilmu agama mereka dapat memahami realiti negera tersebut.
  • Jangan putus berdoa.
  • Tiang seri tak mudarat apa.
  • Kita kena yakin kita kuat lebih daripada jin.
  • Lihat kemampuan anak.
  • Jin sama jalan makan hidup macam kita. Cuma ada yang boleh terbang.
  • Jaga ibadah wajib untuk jauhi gangguan.

Memandu dari hati.
  • Islam tak mementingkan diri.
  • Islam tak membahayakan.
  • Kalau boleh jangan susahkan orang. Fikirkan orang. Jika boleh tolong lagi bagus. Itu sikap Nabi.
  • Tidak bahaya dan tidak membahayakan.
  • Memandu ada konsep dosa pahala. Jangan bahayakan orang.
  • Rasa Allah melihat. Ada mahkamah akhirat.

Tanyalah ustaz 9/4
  • Nabi Muhammad lahir hari isnin rabiulawal sebab nak Nabi dilihat hebat bukan kerana hari atau tempat. Tapi sebab Nabi sendiri.
  • Masa dia lahir musim bunga dan berbuah. Menunjukkan Nabi ni akhlak baik dan bawa kebaikan pada rohani kita.
  • Syariah Nabi fleksibel. Tak tetapkan pakai apa asalkan tutup aurat.
  • Antara mukjizat Nabi, biawak cakap ke Nabi. Mengakui kerasulan depan arab badwi yang mempersoalkan. Sehingga beriman orang tu.
Tanyalah Ustaz 14/4
Kawan Sahabat Teman
  • Jauhkan munafik dan kawan yang tak bagi buat benda baik. Kawan yang suka melucah. Hanya berada di sisi ketika senang.
  • Bertemu dan berpisah kerana Allah akan dapat naungan.
  • Urusan dakwah lain dengan urusan berkawan. Mula kecil pilih kawan. Bukan sombong.
  • Tolong orang jangan biar dapat dosa.
  • Jangan kelaskan orang tapi duduklah dalam kelas sama-sama
  • Tiada hasad kecuali dua, yang bertaqwa.. Yang ada ilmu.
  • Dengki bahaya.
Im asyraf klinik dihijrah

7 syarat berpakaian:
  • Tutup aurat
  • Tak ketat
  • Tak terlalu nipis
  • Tak boleh pakaian silang jantina
  • Tak serupa agama lain
  • Merendahkan orang lain tak boleh
  • Sengaja berlebihan
Solat tahrim. Boleh kalau lupa hujung waktu atau waktu tak boleh. Tapi sunat biasa. Yang kita tentukan bila adalah tidak boleh.


Nota tentang histeria
  • Orang fobia ni sebab ada benda tak lepas dari hatinya.
  • Letak ais dekat saraf bahu untuk merawat.
  • Orang kena histeria ni mungkin tak lepas sesuatu dari hatinya. Ada tapak dan parut. Kena hafal ayat rukyah. Bukan baca. Mungkin ada gangguan.
  • Jangan pegang orang histeria. Tepuk belakang. Jangan pegang.
  • Syirik percaya benda lain. Bukan jumpa bomoh ja.

(Pemaaf) Dai Izhar. 20 April.

Tanda taubat diterima
  • Tak ulang
  • Tunaikan hak manusia
  • Istighfar selalu

*
  • Maafkan ketika hidup. Tak perlu tunggu 3 hari. Elakkan orang diazab kerana kita.
Pemaaf akan:

  • Sunnah Nabi
  • Dapat pahala
  • Selamat dunia selamat akhirat
Kalau tak pemaaf kita jadi penyebab orang masuk neraka.
Boleh jadi punca dilaknat. Dan mudah kena penyakit.
  • Berilah kemaafan selagi kita punya kemampuan. Supaya kita tak menjadi angkuh di muka bumi.
  • Kalau orang minta maaf, sunnah memaafkan. Tapi kalau orang tak memaafkan. Terang-terang minta maaf. Dia tak maafkan itu buat kita muhasabah dan fikir cara lain. Usaha.
  • Segala puji hanya bagi Allah.

***
  • Cenderung pada agama tidak akan saling menzalimi dan menyakiti. Akan cari solusi dalam keluarga.
  • Barang siapa tidak disibukkan dengan kebaikan, akan disibukkan dengan keburukan.
  • Harta yang banyak tetap saja perlu hemat. -Oki.
  • Ustaz Maulana kabo kalau mahu menegur lihat diri sebelum. Semasa dan selepas tegur.

***

(Ustaz Ilyas)
  • Jodoh, rezeki dan semua ni kita kena usaha. Tuhan tak lambatkan sesaat atau cepatkan sesaat.
  • Tiada kebetulan. Cuma yang ada hanya ketentuan.
  • Milik kita bukan kita punya.
  • Ada rezeki yang kita ambil manfaat. Ada juga haram.
  • Ilmu dan kemahiran boleh menarik rezeki.
  • Ada rezeki bukan bersifat nampak. Tidur nyenyak. Selera makan. Kesihatan.
  • Allah tak menciptakan manusia bodoh. Tapi Allah menciptakan manusia dengan kepandaian masing-masing.
  • Life is not to compete but to complete.
  • Hormat kerja orang. Hormat ilmu dan kemahiran masing-masing. Akan menjadi penyebab rezeki kita akan bertambah.
  • Kemahiran mendengar.
  • Kerja kerja juga. Jangan sampai lupakan Dia yang memberi kerja.
  • Allah sentiasa di hati.
  • Jangan sibuk mencari rezeki. Namun tak sempat menikmati rezeki.
  • Allah sangat cintakan hamba-Nya yang bersungguh-sungguh.
(Ustaz Badli)
  • Amalkan surah seribu dinar akan dapat rezeki tidak disangka-sangka.
- Syaratnya amalkan dengan bertakwa & bertawakal.
  • Perlu berserah.
  • "Ikatlah untamu. Kemudian bertawakal lah."
  • Duit hanya sebahagian daripada rezeki yang banyak. Sedekah bulan rejab berganda pahala. Syaaban lagi berganda. Ramadhan lagi banyak. Selalu belanja orang.
  • "Kalau kamu benar tawakal kamu akan diberi rezeki sebagaimana burung."
  • Tarik duit tak dak kena mengena dengan tarik rezeki.
  • Ruzk daripada perkataan beras. Risk (riz).
  • Risiko terbesar tidak melakukan apa-apapun.
  • Semua anugerah adalah pemberian Allah. Tarik pada yang memegang rezeki. Minta pada dia yang pegang. Dia serba maha.
  • Janji Allah. Allah akan tepati. Kena sedekah untuk beranakkan duit. Tambah rezeki. Belanja orang.
  • Yang berjaya selalunya adalah morning person.
  • Nabi doakan siapa yang berpagi-pagi hari, akan diberkati rezeki.
*Lihat cicak. Tuhan tetapkan makanannya binatang yang boleh terbang. Dia boleh protes kalau dia nak. Tapi Tuhan adil beri dia lidah yang panjang. Itu menunjukkan keadilan Tuhan. Apatah lagi jika kita berusaha. Yakinlah. orang berusaha, pasti berjaya!
Rezeki dan peluang buat baik ni tak selalu ada. Jika dapat, elak bertangguh. Buatlah yang terbaik.

0 yang menasihati:

Post a Comment

Untuk kesudian membaca dan memberi berkata-kata - saya berterima kasih.








Anem Arnamee © TERIMA KASIH ♥



click to te top