Showing posts with label perkongsian. Show all posts
Showing posts with label perkongsian. Show all posts

Banyak perkongsian menarik melalui Facebook dan Telegram Empower Quran Global. Saya kongsikan sedikit di sini.


DOA LEPAS SOLAT


Setiap kali lepas solat, bacalah..


"Allahumma Ajirna Minan Nar"


Ertinya: Ya Allah, lindungilah kami dari azab api neraka

Semoga Allah swt jauhkan kita semua dari azab api neraka. Amin Ya Rabb

Gambar


ISTIKHARAH

Ketika awak rasa tiada sesiapa yang ingin mendengar penat lelah dan masalah, atau sedang dibuang ingatlah perkara ini ;


"وَقَالَ رَبُّكُمُ ٱدْعُونِىٓ أَسْتَجِبْ لَكُمْ ۚ"


Dan Tuhan kamu berfirman:  "Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu." (Al-Ghafir ; 60)


Normalize : Solat Istikharah setiap kali nak buat keputusan.


Antara amalan sunnah yang Rasulullah SAW latih para sahabat. Kata baginda ; "Jika salah seorang dari kalian gusar tentang satu perkara maka rukuklah dua rakaat selain dari yang fardu. Kemudian katakanlah : Ya Allah, aku memohon pilihan dengan ilmu-Mu, aku memohon kekuatan dengan kekuatan-Mu, Aku juga memohon daripada limpahan-Mu yang Agung. Engkau mampu sedangkan aku tidak. Engkau Maha Mengetahui sedangkan aku tidak tahu. Engkau Maha Tahu tentang perkara yang ghaib. Ya Allah, jika Engkau mengetahui bahawa perkara ini baik untuk untuk agamaku, kehidupanku dan penghujungku."


Biar Allah SWT ada dalam setiap keputusan yang ingin kita buat. InshaAllah, sesungguhnya Allah SWT sahaja yang tahu apa yang terbaik buat kita ❤️




 


Hadis-hadis yang berhubung kelebihan atau amalan pada Bulan Syaaban, ada yang sabit dan ada yang tidak. Bahkan terdapat juga amalan-amalan Bulan Syaaban yang diamalkan oleh sesetengah masyarakat itu, hanya ikutan yang tidak mempunyai apa-apa sumber. Ini seperti amalan sesetengah masyarakat yang membuat juadah khas Bulan Sya’ban dan seumpamanya. Banyak buku-buku yang dijual tentang kelebihan Rejab dan Syaaban itu tidak berasaskan hadis-hadis yang sahih.

Amalan dibentangkan setiap Syaaban (Bukan Nisfu Syaaban).

Apa itu Nisfu Syaaban?

Nisfu Syaaban merujuk kepada malam pertengahan bulan Syaaban, iaitu malam ke-15 (iaitu pada siangnya 14 Syaaban) dalam bulan kelapan kalendar Hijrah.

Istilah “Nisfu” berasal daripada bahasa Arab yang bermaksud separuh atau pertengahan (Nisf). Manakala “Syaaban” adalah nama bulan yang sebelum bulan Ramadan dalam susunan bulan-bulan Islam. Oleh itu, Nisfu Syaaban (نِصْفُ شَعْبَانَ) secara literal bermaksud “pertengahan bulan Syaaban”.

Kelebihan Nisfu Syaaban

Rasulullah SAW banyak berpuasa di bulan Syaaban.

Tidak ada puasa khusus untuk 15 Sya'ban. Namun, sangat dianjurkan untuk berpuasa kerana ada fadhilat hari Putih menurut hadith sahih.


Namun tidak boleh dinafikan bahawa di sana juga terdapat hadis-hadis yang sahih mengenai kelebihan Bulan Sya’ban. Antaranya apabila bertanya Usamah bin Zaid Nabi s.a.w mengapa baginda banyak berpuasa pada Bulan Syaaban, Nabi s.a.w menjawab: 

ذَلِكَ شَهْرٌ يَغْفُلُ النَّاسُ عَنْهُ بَيْنَ رَجَبٍ وَرَمَضَانَ، وَهُوَ شَهْرٌ تُرْفَعُ فِيهِ الْأَعْمَالُ إِلَى رَبِّ الْعَالَمِينَ، فَأُحِبُّ أَنْ يُرْفَعَ عَمَلِي وَأَنَا صَائِمٌ

“Itulah bulan yang manusia lalai mengenainya; antara Rejab dan Ramadan. Padanya (Bulan Syaaban) diangkat amalan hamba-hamba Allah. Aku suka tidak diangkat amalanku, melainkan aku dalam keadaan berpuasa” (Riwayat Ahmad, al-Nasai dll, dinilai hasan). 

Aisyah r.aha juga menyebut: “Aku tidak pernah melihat Rasulullah s.a.w berpuasa dalam bulan lain lebih daripada puasa Syaaban. Baginda pernah berpuasa Syaaban sepenuhnya, kecuali hanya beberapa hari (tidak puasa)” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim). 


KELEBIHAN MALAM NISFU SYAABAN

Islam tidak meletakkan sesuatu amalan khusus yang mungkin boleh dinisbahkan kepada Nabi SAW sebagai sunnah untuk diamalkan pada malam nisfu Sya’ban tetapi dalam masa yang sama, kita hendaklah mengambil peluang dengan kelebihan yang ada pada malam tersebut dengan beramal sebanyak-banyaknya samada dengan membaca al-Quran, solat sunat, berzikir dan lain-lain lagi. Walaubagaimanapun, kesemua amalan ini tidak boleh dinisbahkan kepada Nabi SAW sebagai sunnah yang mesti dibuat dalam bentuk tuntutan kerana kesemua amalan ini adalah bersifat umum. Oleh itu, sekali lagi kami nyatakan bahawa tiada amalan khusus yang sabit daripada Nabi SAW berkaitan malam nisfu Sya’ban.

- Boleh membaca Yasin sebanyak 3 kali pada malam Nisfu Sya'ban, tetapi tidak ada ketetapan wajib. Jadi, boleh untuk baca kerana galakan membanyakkan amal soleh.

- BANYAKKAN MEMOHON AMPUN DAN BERDOA

Daripada Mu’az bin Jabal RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

“Allah SWT melihat hambaNya pada malam nisfu Syaaban kemudian mengampunkan semua hambaNya KECUALI orang yang syirik dan juga orang yang bermusuhan” (Sahih Ibnu Hibban, 5665)

Manfaatkan malam nisfu syaaban dengan melaksanakan amalan seperti membaca al-Quran, qiamullail, istighfar,solat sunat dan berdoa memohon keampunan daripada Allah SWT.

1. Setiap manusia melakukan kesilapan dan dosa.

2. Berdoalah, Allah akan kabulkan

3. Namun ada juga dosa yang tidak diampunkan iaitu dosa menyekutukan Allah dan dosa sesama manusia. 

Antara Amalan Malam Nisfu Syaaban



Berzikir dan berdoa Nisfu Syaaban

1. Teguhkan hati selepas diberi cahaya petunjuk.

2. Tingkatkan pengetahuan dan lapangkan dada untuk menerima kebenaran.

3. Agar Allah ampunkan dosa dosa kita dahulu dan akan datang. 

4. Hindarkan diri dari syaitan


Antara doa perkongsian Telegram The Helmis

Malam ini adalah malam Nisfu Syaaban sebaik sahaja masuk waktu Maghrib dan malam dimakbulkan Doa. 

[ MUNAJAT KEINSAFAN DI MALAM NISFU SYAABAN🥺] 

اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّدٍ وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّد.

Allahumma ya Rahman ya Rahim ya Samii', sesungguhnya Engkaulah yang Maha Pengasih, Maha Penyayang lagi Maha Mendengar ya Rabb. 

Saat ini kami hamba yang hina, kotor, jahil lagi fakir ini datang menadah tangan merintih merayu kepada-Mu ya Ghaffar ya Ghaffur, Ampunkanlah dosa-dosa kami walau sebesar gunung hatta setinggi langit pun dosa kami saat ini ya Allah. 

Maafkanlah segala kesyirikan yang mungkin ada pada kami tanpa kami sedar ya 'Affuw ya Tawwab 😣 . Jadikanlah hanya diri-MU tujuan matlamat hidup dan ibadah kami , kemahuan dari segala kemahuan, kecintaan dari segala kecintaan , keasyikan dari segala keasyikan, kerinduan dari segala kerinduan, ketakutan dari segala ketakutan..

Ya Allah ya Hafiz ya Muhaimin ya Maula, padaMu kami berlindung dan Janganlah Kau biarkan kami syirik dalam setiap langkah kami, setiap nafas kami, setiap pandangan kami, setiap pendengaran kami dan di setiap bicara kami. Bukakanlah hijab hati kami agar setiap saat kami dapat melihat kebesaran-Mu dan segalanya dari-Mu, setiap saat merasai pengawasan-Mu dan kekuasaan-Mu, setiap saat hanya untuk-Mu demi-Mu. 

Ya Allah ya Raqib ya Qareeb, kami mohon kehampiran dengan-Mu dengan dibersihkan Keakuan diri kami , menyatu dalam nur Muhammad yang mulia, benar dalam kehambaan dan benar dalam Makrifat..

Ya Allah ya Baaqi ya Mukmin, kekalkanlah pasakan tauhid keimanan dan rasa Cinta kepada-Mu dan Rasul-Mu yang telah Engkau masukkan ke dalam jiwa kami, agar walau hidup kami digoncang dengan pelbagai ujian, Iman dan Tauhid kami tetap teguh. Kuatkanlah rasa cinta kami kepada-Mu dan Rasul-Mu melebihi segala-galanya ya Rabb, agar dapat kami berkorban jiwa raga sehingga akhir hayat kami. 

Sungguh beruntunglah hamba-hambaMu yang Engkau pilih pulang ke pangkuan-Mu membawa ketaqwaan dan Hati yang Bersih serta Selamat (Qalbun Salim). Kami terima dan kami redha dengan semua penyucian dan ketentuan-Mu ya Qodir ya Muqtadir buat hidup kami yang sementara di dunia ini, demi kenikmatan dan kebahagiaan yang hakiki di kampung halaman kami yang abadi di Akhirat nanti. 

Pada-Mu kami berserah diri dan bergantung harap ya Baari' ya Somad. Allahumma Aamiin ya Mujib Ya Rabbal 'alamin.. 🤲🏻❤️🥺

*****

Tidak ada hadith yang sahih menyatakan malam Nisfu Sya'ban merupakan malam dimustajabkan doa, tetapi ia adalah dari kalam Imam Syafi'i RA. 


Semoga kita mendapat keberkatan dengan mengerjakan amal² soleh di malam Nisfu Syaaban ini. ❤


Sumber rujukan:

- https://t.me/myJakim

https://t.me/kempensemakhadis

- Ustaz Muzuza

- https://t.me/empowerquranglobal

- Irsyad al-Hadith Siri ke-70: Kelebihan Malam Nisfu Sya’ban

- https://akuislam.com/blog/mauidzah/kelebihan-malam-nisfu-syaban/

- FB Usrah Ilmu

- https://x.com/pudseposen/









Jangan Beritahu!!

Jangan Beritahu Orang Kita Doakan Mereka.


أُمُّ الدَّرْدَاءِ، قَالَتْ: حَدَّثَنِي سَيِّدِي أَنَّهُ سَمِعَ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ:


Ummu Darda' radiallahu 'anha berkata:

Suami ku memberitahu ku bahawa dia mendengar Rasulullah Sallallahu 'alaihi wassalam bersabda:


"مَنْ دَعَا لِأَخِيهِ بِظَهْرِ الْغَيْبِ قَالَ الْمَلَكُ الْمُوَكَّلُ بِهِ: آمِينَ وَلَكَ بِمِثْلٍ".


Sesiapa yang berdoa untuk saudaranya tanpa diketahui saudaranya, malaikat yang bertugas untuk hal itu akan mengaminkan doa tersebut dan berkata "Untuk kamu jua (seperti yang kamu doakan kepada saudara kamu)".


[Sahih Muslim, Kitab Zikir, Doa, Taubat dan Istighfar. Bab Kelebihan Berdoa Kepada Kaum Muslimin Tanpa Pengetahuan Mereka.

Hadis no: 4920]


~~~~~~~

Imam an-Nawawi menakalkan dalam Syarah Sahih Muslim:


(ولو دعا لجملة المسلمين فالظاهر حصولها أيضا،


Seandainya seseorang itu berdoa untuk sekelompok kaum Muslimin, zahir hadis ini dia tetap akan memperolehinya jua (iaitu memperolehi fadhilat diaminkan doa dan didoakan oleh malaikat)


وكان بعض السلف إذا أراد أن يدعو لنفسه يدعو لأخيه المسلم بتلك الدعوة؛


Sebahagian ulama' salaf, apabila mereka mahu berdoa untuk diri mereka, mereka akan berdoa untuk saudara mereka dengan doa tersebut (iaitu hajat yang mereka mahu untuk diri mereka sendiri)


لأنها تستجاب، ويحصل له مثلها)


Ini kerana doa itu akan dimakbulkan Allah, dan dia akan memperolehi hal yang sama seperti yang dia doakan (kepada saudaranya).

#MMMR 20/8/1435.


Kata AAM:

Adab dan Fadhilat ini sudah hilang dari sebahagian orang kerana asyik dok cerita doa dia untuk saudaranya kepada Facebook.

Kembalilah beramal dengan SUNNAH doa ini agar kita dapat meraih pahala dan "amin" para Malaikat yang mulia.


#AAM, 11 Syawal 1441H- PKPB.


Sumber:

Ustaz Anas

https://www.facebook.com/photo.php?fbid=3643545175672090&id=124946954198614&set=a.1116969178329715





 


Nabi Zakariya berdoa selama bertahun-tahun, mengulangi "Dan aku tidak hampa dengan doa kepada-Mu, wahai Tuhan."

Baginda yakin, selewat mana pun dikabulkan, ia pasti baik. 

Allah pasti kabulkan, jadi jangan mendesak supaya dipercepatkan.

Berharap pada Allah, kelak pasti akan diberikan. Jangan putus asa, teruskan berdoa.

Kerana kita tidak akan hampa apabila meminta kepada Tuhan.


Sumber:

Ustaz Yazid



 
Kita selalu dengar orang cakap lelaki yang baik untuk wanita yang baik dan wanita yang baik untuk lelaki yang baik. Namun sebenarnya ada yang salah faham dengan maksud pernyataan tersebut.  Ini yang dikongsikan oleh saudara Addien melalui tweet beliau.

"Lelaki yang baik untuk perempuan yang baik..." (An-Nur:26) antara ayat al-Quran yang selalu disalah fahami. Ayat ini diturunkan sebagai pembelaan terhadap isteri Nabi, Aisyah yang difitnah curang kepada Nabi. Bukan tentang takdir bahawa jodoh orang baik mesti dengan yang baik.

Sebaliknya ayat ini termasuk saranan dan kelaziman orang yang baik tertarik untuk bersama dengan orang baik sama ada ketika berkawan atau berkahwin. Ayat ini bukan janji Allah bahawa orang yang baik pasti akan dapat jodoh yang baik, tidak semestinya...

Kerana banyak dicatatkan dalam sejarah, orang baik dan soleh kadang kala mendapat pasangan yang keji atau tidak baik. Bukan sekadar Asiah dan Firaun, bahkan Nabi semisal Nuh & Lut juga ditakdirkan punya isteri yang akhirnya khianat & kafir terhadap dakwah mereka [al-Tahrim:10]

Akhirnya mereka berlepas diri daripada terus bersama pasangan yang buruk dan tetap menjaga iman mereka. Tidak boleh guna ayat itu sebagai dalil orang baik jodoh dengan yang baik saja. Nabi pun ada diuji dengan pasangan yang buruk. [Al-Tahrir wa al-Tanwir li ibn Asyur 18/195]

Nota tambahan:

Sebahagian ada yang komen seolah-olah rasa tertipu atau rugi usaha jadi baik sebab pasangan nanti tak tentu baik. Saya sudah jelaskan di poin kedua, kebiasaannya orang baik memang cenderung bersama yang baik begitu juga sebaliknya.

Jangan keliru dan cuba mengelirukan maksud ayat tersebut. Kenapa pula rugi usaha jadi baik supaya dapat pasangan yang baik, itu kan ikhtiar sama seperti ikhtiarnya cari kerja yang halal untuk dapat gaji yang halal. Anggapan "Baik jadi jahat je" itu sangat keliru. Wallahua'lam.


Saudara Addien boleh dijejaki di:

Youtube: Addien90

Twitter @AdDien90 

Podcast: Addien90



Kebelakangan ini tulisan jawi selalu diperkatakan. Tulisan jawi ini seperti kaligrafi dan jenis tulisan lain juga. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, tulisan Jawi bermaksud huruf-huruf Arab dengan beberapa huruf tambahan yang digunakan untuk menulis dalam bahasa Melayu. Manakala huruf Jawi bermaksud huruf Arab dengan beberapa huruf tambahan yang digunakan untuk menulis dalam bahasa Melayu.
Saya tertarik untuk kongsikan semula perkongsian saudara Mell Aziz (dengan kebenaran) menerusi twitter beliau https://twitter.com/mellaziz tentang huruf tambahan dalam jawi. Serta dua lagi perkongsian melalui pengguna twitter @elhumawy dan juga @dbusans.Baik, kita kongsikan dulu tentang huruf tambahan dalam jawi ini. Moga bermanfaat!

Tips tulis jawi daripada saudara Mell:

"Cara yang cepat untuk belajar jawi kalau style cikgu saya dulu ialah dengan salin balik buku teks jawi dengan khat yang baik supaya tidak kekok bila menulis. Dulu buku Pendidikan Islam tingkatan 1 itu saya salin sebiji-sebutir. Kalau baca sahaja kita tak pasti cara tulis dan sebut."

Permulaan bila menulis jawi perlu pastikan asal serapan bahasa yg dimelayukan seperti asal dari Bahasa Inggeris atau Bahasa Arab.


Tulisan jawi ada tambahan huruf seperti berikut yang tiada dalam tulisan arab. Beza dengan bahasa arab yang perlu baris seperti َ ِ  dan ُ

ݢ - ga

چ - cha

ڽ - nya

ڤ - pa

ڠ - nga

ۏ - va 

Tetapi dalam tulisan jawi, ada sebahagian patah perkataan tak memerlukan kosonan a e i o u kerana dibaca sama ada aa ee atau uu. Seperti:

 د مان

د ialah sebutan huruf D dibaca "di"

مان ialah sebutan M (م) dan ا (A)- ما (MA) mana kala ن ialah sebutan bagi N dibaca NA - DI MANA.
Untuk belajar tulisan, kena belajar huruf.
A (ا،ء،ؤ) B (ب) C (چ) D (د،ض) E (إ) F (ڤ، ف) G (غ،ݢ) H (ه،ح) I (ي،إ) J (ج) K (ک،خ،ق) L (ل) M (م) N (ن) O (و) Q (ق) R (ر) S (س،ش،ص) T (ت،ط) U (و) V (ۏ) W (و) X (ذ) Y (ي،إ) Z (ز،ظ،ذ)
Setiap huruf rumi, ditulis berbeza dengan jawi walaupun menggunakan huruf rumi yang sama, contoh:

- Kanak-kanak. Walaupun ada K yang sama, tetapi ditulis dengan كانق-كانق.

KA (کا) NAK (نق) - dah maklum kat atas tadi, NAK itu ن dibaca sebagai NA kerana tak perlu vowel tadi.
- Contoh lain, seperti perkataan ASAL, dieja sebagai اصل walaupun ada S, tidak dieja sebagai اسل atau اسال - kerana ASAL dipinjam dan dimelayukan dari perkataan arab الاصل.

ا (A)
ص (SA) dibaca tanpa vowel
ل (L)
- Kebanyakan E dalam bahasa Melayu rumi tidak dibawa masuk kerana sebutan. Conton: PENDAPATAN. 

PE - ڤ
N - ن
DA - دا
PA - ڤ
TA - ت
N - ن

ڤنداڤتن

- Hanya E disebut E seperti dalam ENTENG dibawa masuk, jadi - اينتيڠ

E - اي
N - ن
T - ت
E - ي
NG - ڠ

Bagaimana nak tulis kata nama khas seperti nama sendiri ke tulisan jawi? Oleh kerana tulisan jawi diolah dari bahasa arab, asal kena tengok nama arab atau nama melayu, contoh:

Ahmad - diambil dari bahasa Arab, ejaan nya احمد. Dan Muhammad pula jadi - محمد.
Macam tu juga dengan nama AZIZ, walaupun ada A, tidak ditulis dengan ا tapi di eja dengan ع.

Jadi ejaan nya عزيز

ع- A
ز - Z
ي - I
ز - Z 
Setiap huruf ada nama tertentu seperti rumi W dipanggil double u. 


ا - alif (aa)
ب - ba
ت - ta
ث - tha (sa)
ج - jim (ja)
خ - kho (ka atau kha)
چ - cha
د - dal (da)
ذ - dza (za)
ر - rho (ra)
ز - zai (za)
س - sin (sa)
ش - syin (sya)
ص - shod (sa atau so)
ض - dhod (da)
ط - tho (ta)
ظ - zho (za)
ع - ain (aa)
غ - ghin
ڠ - nga
ک - kaf (ka)
ݢ - ga
ف - fa
ڤ - pa
ق - qaf (ka)
ل - lam (La)
لا - lam alif (La)
ء - hamzah (aa)
ي - ya (sebutan ii, ee)

ڽ - nya
ن - Nun (Na)
 
Ada beberapa huruf seakan sama, tapi bilangan titik, dan kecil atau besar membezakan. Contoh,
  • ب - kawah tu kita panggil sampan, titik satu dibawah, dipanggil BA.
  • ت - size sampan sama, titik 2 tapi diatas - TA
  • ث - size sampan sama, tapi titik 3, THA/SA 
  •  ڽ - size sampan kecil masih titik 3, NYA.
  • ن - size sampan kecil, titik 1 atas, NA
-------

Huruf lain seperti
  • و - wau - WU
  • ۏ - bentuk seakan sama, VA
  • ر - tiada kepala, RHO, RA
  • ز - macam rho/ra tapi ada titik, ZAI/ZA 
Sebelum mula membina ayat, lazimkan dahulu dengan ayat 5W1H:
  • Kenapa - کناڤ
  • Mengapa - مڠاڤ
  • Di mana - دمان
  • Siapa - سياڤا
  • Berapa - براڤ
  • Bagaimana - باݢايمانا
Setelah kita familiar dengan ayat ini, kita pergi kepada kata ganti diri dan kemudian cuba baca tweet dalam jawi uuntuk tengok cara ejaan. Oleh kerana sesetengah huruf tidak mewakili sebutan, akronim juga berbeza. Pernah terfikir kenapa Parti Islam Semalaysia diakronimkan sebagai PAS? Kerana ejaan dalam jaw?

- Parti Islam Se-Malaysia - ڤرتي اسلام سماليسيا

Maka ڤاس yang disebut sebagai PAS.
Penggunaan huruf alif (ا) juga boleh mewakili sebutan e seperti dalam perkataan emak. Macam ejaan anak. امق (emak) dan ejaan anak - انق.

Penggunaan huruf ط & ظ kebiasaan nya kepada perkataan asal daripada perkataan asal Arab yang diserap menjadi bahasa Melayu seperti MUTLAK dan ZAHIR - kita eja mutlak sebagai مطلق dan zahir sebagai ظاهير.

Kadangkala YANG boleh digabung dengan perkataan seterusnya cth: يڠمها مليا.

Ejaan yang melibatkan kata pinjam dari bahasa inggeris, untuk konsonan tidak disebut, diasingkan daripada ejaan induk seperti:

1. Golf - ݢول ف
2. Sains - ساين س

Huruf ف / س di jarakkan.

Permulaan bila menulis jawi perlu pastikan asal serapan bahasa yang dimelayukan seperti asal dari Bahasa Inggeris atau Bahasa Arab.

Contoh sabit (thabit) atau sabit (menyabit). Kalau "mahkamah sabitkan.." maksudnya refer perkataan arab, ejaannya ثابيت dan kalau sabit rumput - سابت.

Berikut pula adalah perkongsian daripada pengguna twitter @elhumawy:

Perbezaan menggunakan huruf E taling dan E pepet

Kaedah guna alif dalam jawi
Ini pula perkongsian daripada pengguna twitter @dbusans:

Kalau pinjaman inggeris, guna 'ک'

Contoh:
Klinik = كلينيک

Perkataan melayu akhir dengan 'ka' pulak kena guna 'ک'

Contoh:
Suka = سوک

Moga bermanfaat!

Trivia:

Sikit pasal khat (خط) atau kaligrafi ialah cara menulis jawab dgn handwriting. Secara asas nya ada 2 - khat nasakh dan khat riq'ah. Kita biasa tengok sekurang-kurangnya 5 jenis khas, 3 yang lain ialah khat diwani, khat kufi dan khat thuluth. Khat nasakh ni yang mcm tulisan Quran.

---

Untuk aplikasi keyboard jawi boleh download di sini: https://play.google.com/store/apps/details?id=com.zairo.zairokeyboardpro

Manakala ini pula laman web online untuk tukar rumi kepada jawi/jawi kepada rumi: http://www.ejawi.net/converterV2.php

Ringkasan: https://threadreaderapp.com/thread/1213074277588586496.html
Wikipedia: https://ms.wikipedia.org/wiki/Tulisan_Jawi

Asal: 


Regina Abigail Patrick menerusi akaun twitternya @sunsetsandcakes, berkongsi tentang cara nak apply guru ganti. Klik pada gambar dalam artikel ini untuk lebih jelas. Jika ada penambahan atau pembetulan, boleh tinggalkan di ruangan komen. Terima kasih.

Ini cara untuk mereka yang nak jadi guru ganti:
  • Terus pergi Pejabat Pendidikan Daerah tempat anda (PPD), tak payah pergi sekolah. Biar PPD do its job.
  • Kalau sekolah tersebut memang cari guru ganti, tetap pergi PPD dulu.
  • Bila pergi PPD, pakai baju formal + bawa sijil-sijil yang berkaitan*. Kemudian di sana, mereka akan bagi borang untuk kita isi.
(*)  Antara yang perlu disediakan, gambar passport- salinan ic dan sijil spm/degree- sijil original spm/degree.
  • OK, kenapa mesti terus ke PPD? Sebab, jika terus melalui PPD, gaji akan lebih cepat diproses berbanding berhubung terus melalui sekolah itu sendiri. (*Based on experience, gaji masuk lambat).
  • Rate gaji:
- SPM – RM54/hari
- STPM/DIPLOMA – RM72/hari
- Ijazah – RM100/hari
  • Oh ya, apabila pergi PPD itu kalau ada pegawai yang suruh isi borang, kemungkinan besar akan terus interview.
  • Mereka akan hubungi kita selepas satu bulan untuk dihantar kita ke mana-mana sekolah.
  • Mana-mana sekolah PD pergilah, terima dengan terbuka. Fun experience!
  • Biasanya saya dapat gaji selepas 3hb. Memang cepat dapat gaji sebenarnya kalau berhubung terus dengan PPD untuk mohon jadi guru ganti.
*Apabila jadi guru ganti, akan diberi borang kehadiran. Jadi apabila dah hujung bulan (30/31), bagi salinan epf, slip bank and borang kehadiranlah kepada kerani. The other day, kerani sekolah saya lambat bagi borang kehadiran, PPD akan menghubungi dia and suruh hantar borang cepat.

Syarat sebagai guru ganti: https://www.sistemguruonline.my
*PPD lihat kelayakan juga.

*Kalau berurusan dengan sekolah terus dan jika sekolah ada kekosongan, kalau ada cuba hantar resume dan sebagainya kemudian sekolah akan uruskan untuk buat temuduga di PPD.


**********
Regina Abigail Patrick juga merupakan freelance informal emcee (juruacara majlis informal, sambilan). *Rujuk gambar di bawah.
Regina Available in KK from 16th September - December, Kuching (January - March)
Antara review:


Saudari Regina boleh dihubungi menerusi:
Instagram: @smileyjoyyie


Catatan mereka yang lain berkaitan guru ganti:
- PENGALAMAN JADI GURU GANTI 2018
- Guru Sandaran / Guru Ganti


 

Kelebihan membaca al-Quran | Melalui sisipan Hadiah Dakwah Solusi Siri 05, Majalah Solusi berkongsikan kelebihan serta uniknya kitab al-Quran. Berikut saya kongsikan penulisan tersebut:
  •  Allah angkat dan puji orang yang mengajar al-Quran
Mengajarkan al-Quran menuntut kesabaran, langkah demi langkah dan kebijaksanaan. Itu belum lagi berdepan pelbagai teknik dan karenah pelajar. Sebab itu Allah angkat dan puji orang yang mengajar al-Quran. Nabi s.a.w pernah bersabda, "Sebaik-baik kamu adalah golongan yang belajar al-Quran dan mengajarkannya." (Riwayat al-Bukhari)
  • Penawar; pengubat hati fizikal dan rohani
Kalimah yang bergetar dalam jiwa daripada kitab yang paling mulia ini juga mampu mengubat pelbagai penyakit fizikal dan rohani.

Allah berfirman yang bermaksud, "Dan Kami turunkan dengan beransur-ansur daripada Al-Quran Ayat-ayat Suci yang menjadi ubat penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman kepadanya; dan (sebaliknya) Al-Quran tidak menambahkan orang-orang yang zalim (disebabkan keingkaran mereka) melainkan kerugian jua."- (Al-Israa' 17:82)
  • Al-Quran sebagai syafaat
Rasulullah s.a.w bersabda: "Bacalah al-Quran, sesungguhnya al-Quran akan datang pada hari akhirat kelak sebagai syafaat bagi orang yang membacanya." (Riwayat Muslim).

Bertuahnya bagi mereka yang sentiasa membaca al-Quran.
  • 10 kali ganda
Kelebihan membaca al-Quran juga dapat difahami melalui hadis Nabi saw yang diriwayatkan daripada Abdullah Bin Mas’ud. Sabda Nabi s.a.w:

مَنْ قَرَأَ حَرْفًا مِنْ كِتَابِ اللهِ فَلَهُ بِهِ حَسَنَةٌ ، وَالحَسَنَةُ بِعَشْرِ أَمْثَالِهَا ، لاَ أَقُولُ الْم حَرْفٌ ، وَلَكِنْ أَلِفٌ حَرْفٌ وَلاَمٌ حَرْفٌ وَمِيمٌ حَرْفٌ

Maksudnya: "Sesiapa yang membaca satu huruf daripada al-Quran maka baginya satu kebaikan. Satu kebaikan menyamai 10 gandaan. Tidaklah aku katakan yang ألم itu satu huruf. Bahkan Alif satu huruf, Lam satu huruf dan Mim satu huruf.” - Riwayat al-Tirmizi (2910). *Beliau mengatakan bahawa hadis ini adalah hadis hasan. Wallahu’alam.

Masya-Allah. Betapa pemurahnya Allah.

Rujukan: *IRSYAD AL-HADITH SIRI KE-276 : HADIS SEBAIK-BAIK UMATKU ADALAH YANG MEMBACA AL-QURAN
  • Kandungan al- Quran tidak akan berubah
"Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan Al-Quran, dan Kamilah yang memelihara dan menjaganya."- (Al-Hijr 15:9)

Janji Allah yang akan memelihara kitab-Nya itu pasti. Al-Quran tetap terpelihara sampai bila-bila. 
  • Bayangkan. Dua ganjaran jika gagap / tidak mahir membacanya
Dalam sebuah hadis daripada `Aisyah R.Anha, Rasulullah SAW pernah bersabda:

الْمَاهِرُ بِالْقُرْآنِ مَعَ السَّفَرَةِ الْكِرَامِ الْبَرَرَةِ وَالَّذِي يَقْرَأُ الْقُرْآنَ وَيَتَتَعْتَعُ فِيهِ وَهُوَ عَلَيْهِ شَاقٌّ لَهُ أَجْرَانِ

Maksudnya: Seorang yang mahir dalam membaca al-Quran bersama al-Safarah al-Kiram al-Bararah dan bagi yang membaca al-Quran namun tersangkut-sangkut dan berasa susah buatnya maka untuknya itu dua ganjaran. - (Riwayat Muslim (798) & Ibn Majah (3779))

Al-Imam al-Nawawi Rahimahullah menyebutkan bahawa dua ganjaran yang diperolehi itu adalah kerana pertamanya bagi pembacaannya itu dan yang keduanya disebabkan kepayahannya dalam membaca al-Quran.[1]**

Rujukan: **AL-KAFI #562: TAKUT HENDAK MEMBACA AL-QURAN
 [1]Lihat Al-Minhaj Syarh Sahih Muslim. Dar Ihya’ al-Turath al-`Arabiy, (6/85)
Dengan ini, jom kita bermotivasi dengan membaca al-Quran tanpa henti, tanpa alasan. Banyak ganjarannya.
Rujukan lain:
*Gambar utama (pixabay)
*Terjemahan ayat-ayat al-Quran




Berikut adalah aplikasi islamik yang mungkin berguna dan bermanfaat untuk kita semua. Insya-Allah. Aplikasi arah kiblat, tilawah, solat, ramadan dan lain-lain untuk kegunaan muslim.

Aplikasi yang ada arah kiblat, waktu solat, doa, ayat-ayat al-Quran (mempunyai pelbagai bahasa terjemahan).
Raudhah adalah aplikasi yang bukan sahaja ada waktu solat dan pelbagai lagi, ada juga menyediakan video rancangan agama yang disiarkan di Media Prima.


Baca, dengar dan fahami al-quran dengan Bahasa Malaysia sebagai bantuan rujukan. Anda juga boleh mencatat nota untuk rujukan masa hadapan. Juga boleh kongsi dan lihat nota mengenai al-quran yang ditulis oleh orang lain.


Smart Quran adalah aplikasi mudah alih Quran yang pertama yang diluluskan oleh Lembaga Kawalan dan Perlesenan Pencetakan Al-Quran, Kementerian Dalam Negeri Malaysia di bawah Percetakan Akta Teks Al-Quran 1986 (Akta 326). Menariknya aplikasi ini kerana boeh buat penanda di mana bacaan kita terhenti selain disediakan terjemahan.

myJakim menyediakan maklumat yang tepat kerana aplikasi ini disahkan dan dimiliki oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Aplikasi ini mempunyai banyak maklumat hebat dan alat berguna yang menawarkan maklumat & panduan Solah termasuk masa doa, masjid dan pengesan Qibla. Untuk direktori HALAL yang penuh - yang meliputi senarai produk Halal dan pencari premis halal di sekeliling anda. Dan jika anda keraguan ragu tentang logo Halal antarabangsa semasa membeli produk anda, aplikasi ini sangat membantu kerana JAKIM menerbitkan semua logo HALAL antarabangsa yang diiktiraf dan diperakui oleh agensi.


Sakeenah adalah aplikasi yang bertujuan untuk memperkasakan masyarakat Islam dengan pengetahuan Islam yang betul dan kesedaran individu tentang ajaran Islam.

mySolat merupakan satu aplikasi yang dibangunkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) bagi memudahkan umat islam di Malaysia mendapatkan maklumat yang berkaitan dengan ibadah Solat.

Antara kemudahan dan fungsi utama yang terdapat dalam aplikasi ini ialah Waktu Solat bagi Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak, Arah Kiblat, Kalender Islam, Masjid Terdekat, Doa Harian, Koleksi Bacaan, Infografik, Tasbih Digital dan Lain-lain lagi.

Aplikasi Semak Hadis merupakan salah satu inisiatif untuk membendung gejala penyebaran hadis palsu yang semakin berleluasa seiring dengan perkembangan pesat teknologi media sosial kini.

Cadangan, kandungan aplikasi ini diambil dari laman web beta semakhadis.com.

SalamWeb adalah alat ukur digital Shariah-certified di dunia. Ia persekitaran dalam talian yang selamat yang membolehkan anda berhubung dan menyumbang kepada masyarakat Islam berhampiran dan jauh.

 
Daripada panduan makanan halal untuk tips perjalanan dan perjalanan, HHWT Muslim Travel Planner adalah satu-satunya perancang perjalanan yang anda perlukan. Meneroka dunia tidak pernah lebih mudah untuk pelancong Islam!
  • Athan: Ramadan 2019, Prayer Times, Azan and Quran (Android)
  • Salah Clock, Prayer & Qibla (Android)
  • Salahfalah: Salah Tracker for Muslims ‏صلاة (Android‎)

Rujukan lain: 
-Apps Islamik hasil usaha FSTM –Fakulti Sains & Teknologi Informasi, KUIS
-5 Aplikasi Menarik Bersempena Bulan Ramadan/
Jika ada pembetulan atau penambahan, boleh tinggalkan di ruangan komen. Terima kasih! :)


    Quran Tag With Ayesha & Ustazah Liyana Musfirah adalah rancangan penuh islamik, pengisian dan refleksi berepisod ditayangkan di channel 125; Astro Naura. Setiap episod menampilkan topik, perkongsian dan tetamu undangan yang berbeza. Quran Tag dalam rancangan ini bermaksud ada ayat al-Quran yang dibaca serta ditandakan pada episod tersebut yang sesuai dengan topik yang dibincangkan.

    Ustazah Liyana Musfirah Anwar sangat dikenali di Singapura; sering berkongsi ilmu al-Quran dengan ramai pengikutnya di media sosial. Ayesha Syahira yang juga pengacara pula adalah seorang yang selalu ingin berdakwah dan berkongsi kebaikan kepada orang ramai.

    Kali ini saya ingin kongsikan video Quran Tag With Ayesha & Ustazah Liyana Musfirah ketika Siti Nordiana menjadi tetamu jemputannya.


    - "Nak kebaikan pada anak Nana, Nana kena mulakan dari diri Nana dulu."

    - Nana ada baca buku La Tahzan kawan bagi. Help me a lot.

    Quran tagging pada episod kali ini: 

    1. Surah at-Taubah ayat 40 - Allah sentiasa bersama kita
    "Kalau kamu tidak menolongnya (Nabi Muhammad) maka sesungguhnya Allah telahpun menolongnya, iaitu ketika kaum kafir (di Makkah) mengeluarkannya (dari negerinya Makkah) sedang ia salah seorang dari dua (sahabat) semasa mereka berlindung di dalam gua, ketika ia berkata kepada sahabatnya: "Janganlah engkau berdukacita, sesungguhnya Allah bersama kita". Maka Allah menurunkan semangat tenang tenteram kepada (Nabi Muhammad) dan menguatkannya dengan bantuan tentera (malaikat) yang kamu tidak melihatnya. Dan Allah menjadikan seruan (syirik) orang-orang kafir terkebawah (kalah dengan sehina-hinanya), dan Kalimah Allah (Islam) ialah yang tertinggi (selama-lamanya), kerana Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana." - (Maksud At-Taubah 9:40)
    2. Surah Yusuf ayat 87 - Jangan putus asa. Susah sekali macam mana pun jangan putus asa dengan rahmat Allah. Nikmat ujian itu menjadikan kita pada hari ini.
    "Wahai anak-anakku! Pergilah dan intiplah khabar berita mengenai Yusuf dan saudaranya (Bunyamin), dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat serta pertolongan Allah. Sesungguhnya tidak berputus asa dari rahmat dan pertolongan Allah itu melainkan kaum yang kafir"."- (Maksud Yusuf 12:87)
    3. Surah al-Balad ayat 4 - kesenangan juga ujian
    "Sesungguhnya Kami telah jadikan manusia sentiasa dalam keadaan menghadapi kesulitan dan kesukaran (jasmani dan rohaninya);" - (Maksud Al-Balad 90:4)
    (+) Ayat 155-157, surah al-Baqarah:
    "Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar: (Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: "Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali." Mereka itu ialah orang-orang yang dilimpahi dengan berbagai-bagai kebaikan dari Tuhan mereka serta rahmatNya; dan mereka itulah orang-orang yang dapat petunjuk hidayahNya."- (Maksud Ayat 155-157 surah al-Baqarah)
    - Kita akan ditakutkan / uji atau kekurangan dengan kelaparan, rezeki, nyawa, harta. Bagi siapa yang sabar ada berita gembira.

    - Kesulitan ini benda biasa. Ujian akan Allah bagi pelbagai bentuk. Akan ada berita gembira.
    - Siapa terkena musibah: Sebut Inalillah wa inna ilaihi rojiun.
    - Allah sentiasa bersama kita.
    - Ujian kita besar, ada ujian orang lagi besar.

    Bandingkan dengan Nabi Muhammad SAW.  Dan Nabi-Nabi lain. Jika mereka doa saja Tuhan boleh tarik balik ujian, tapi mereka sabar. Sebab tahu jika sabar, dapat berita gembira.

    Ayesha & Ustazah Liyana Musfirah
    Siti Nordiana Alias
    Moga perkongsian melalui rancangan ini, bermanfaat. Insya-Allah.

    Instagram Ayesha Syahira: https://www.instagram.com/ayeshasyahira/
    Instagram Ustazah Liyana Musfirah: https://www.instagram.com/liyanamusfira/
    Instagram Siti Nordiana: https://www.instagram.com/sitinordiana/

    Pautan lain yang berkenaan:
    - Instagram Naurashares
    - http://www.surah.my
    - https://www.beritaharian.sg


    Dr. Abdul Basit Abd Rahman melalui majalah al-Ustaz 54 terbitan Telaga Biru berkongsi tentang sunnah pada waktu Subuh. Jom kita baca dan amalkan bersama, insya-Allah.

    Sunnah pada waktu Subuh

    - Pergi awal ke masjid
    Daripada Abu Hurairah, Rasulullah SAW bersabda: "Seandainya mereka tahu apa yang ada dengan bersegera (ke masjid untuk menunaikan solat) nescaya mereka akan berlumba-lumba kepadanya." (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
    - Keluar dalam keadaan suci agar dihapuskan dosa

    - Tentang dan tidak tergesa-gesa

    - Memasuki masjid dengan kaki kanan, keluar dengan kaki kiri

    Anas berkata: "Antara sunnah Nabi adalah memasuki masjid dengan kaki kanan dan keluar dengan kaki kiri." (Riwayat al-Hakim)

    Aisyah memberitahu: "Rasulullah suka mendahulukan anggota kanan pada setiap urusannya." (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

    - Membaca zikir yang warid ketika masuk dan keluar masjid

    Sumber: doa-siang-malam.blogspot.com

    - Solat sunat tahiyyatul masjid
    - Sunat bagi lelaki untuk merebut saf pertama, bagi perempuan pula saf terakhir
    - Sunat bagi makmum berada dekat dengan imam

    Moga bermanfaat, insya-Allah! 


    Islam pernah melalui zaman keemasan pada satu masa dahulu. Melalui Majalah Jom Isu 13, dikongsikan sedikit ilmu pengetahuan untuk ulangkaji untuk kita semula.

    Perkembangan Ilmu:
    Falsafah: al-Farabi, al-Khindi
    Kedoktoran: ar-Razi, Ibnu Sina
    Matematik: al-Khawarizmi
    Astronomi: al-Farazi

    Revolusi pertanian di Sepanyol:
    - Pengenalan tanaman baru, pemantapan sistem pengairan, pengurusan tanah lebih cekap

    Industri kertas:
    - Pembinaan kilang kertas pertama di Baghdad
    - Teknologi diambil dari China

    Salahuddin al-Ayyubi
    - Perang Hittin - melawan tentera Salib dan menawan Baitul Maqdis

    Khalifah Harun ar-Rasyid
    - Pembinaan peradaban dan kebudayaan Islam

    Kemajuan Intelektual
    - Asimilasi ilmu
    - Gerakan terjemah

    Seni Bina:
    - Kuttab: tempat belajar
    - Darul Hikmah: perpustakaan
    - Masjid Cordoba, Istana Alhambra, Alcazar
    - Kota-kota Andalus

    Pembangunan Pusat-pusat ilmu:
    - Baitul Hikmah: Baghdad
    - Darul Hikmah: Kaherah
    - Universiti Cordoba

    Banyak lagi sebenarnya, moga kita terus menambah ilmu untuk menjadi lebih baik dan bermanfaat. Insya-Allah.


    Ini adalah koleksi nota daripada beberapa rancangan / segmen agama yang disiarkan di televisyen sepanjang Ogos. Namun sangat disarankan untuk merujuk pada ustaz, ustazah serta mereka yang lebih pakar untuk penerangan penuh. Harap maklum. Terima kasih.

    ****

    Rancangan al-Hidayah

    "Kita milik Dia dan akan kembali kepada Dia."

    Suami beliau pesan: "Jangan sedih bila seorang kawan tak nak berkawan dengan you. Allah akan hantar banyak lagi kawan-kawan yang baik-baik untuk you."

    "Jangan risau jika baca al-Quran tidak lancar. Yang penting usaha (nak baca). Allah bukan melihat hasil tapi usaha."

    "Bacalah doa dalam bahasa apapun, Dia Maha mendengar."

    "Apa yang penting, saya menjadi lebih baik dari semalam."

    "Sebab sayangkan Allah, kita akan buat yang terbaik untuk Allah."

    --- Nur Amira Ann Lee. #alHidayah

    Majalah Jom 39.

    "Kita tidak akan sentiasa tahu, kerana itu perlu saling belajar dan mengajar."

    "Sebelum terlalu sibuk 'mencari', mungkin kita perlu dulu 'menjadi'."

    "Hati mampu merasakan apa yang tidak terlihat di mata." - Ibnu Taimiyyah.

    "Sesiapa yang dikehendaki Allah kebaikan pada dirinya, Dia menunjukinya kepada sahabat yang baik, yang jika ia lupa maka sahabatnya akan mengingatkannya, dan jika ia ingat, sahabatnya akan membantunya." - #atsar (kata2)

    "Sesungguhnya seorang alim jika dia tidak mengamalkannya ilmunya maka nasihat-nasihatnya tidak akan merasuk ke dalam hati-hati, sebagaimana titisan air tergelincir dari batu yang keras." - (Malik bin Dinar)

    Hamdun Al-Qashshar pernah ditanya, "Mengapa perkataan salaf (orang yang terdahulu) lebih bermanfaat daripada perkataan kita?" Beliau pun menjawab, "Sesungguhnya mereka berbicara untuk kemuliaan islam, keselamatan jiwa-jiwa dan mengharap keredhaan ar-Rahman. Sedangkan kita berbicara untuk kemuliaan diri kita, mencari dunia dan mengharapkan diterima makhluk."

    #Alkulliyyah

    Semoga kita dijauhkan dengan dua sikap ini:
    - Risau perkara yang belum jadi
    - Menyesal perkara yang sudah jadi

    Dua sikap ini, jika terlalu (risau / menyesal), syaitan akan mudah mempengaruhi emosi kita.

    "Allah mencipta mata kita bukan di belakang, supaya kita terus melihat ke hadapan." - Drama #Arafah 📺

    Tanyalah Ustaz: "Do your best, Allah will do the rest." - Ustaz Badli Shah.

    - Nasihat anak tanpa jemu.
    "Usah pandang remeh pada amanah kerana tanggungjawab itu akan dipersoalkan oleh Allah di akhirat kelak." - Dai Luqman.
    FACEBOOK TANYALAH USTAZ MAIN PAGE:

    Tanyalah Ustaz - Berkorban Apa Saja (Ustaz Muhamad Abdullah Al-Amin)



    Tanyalah Ustaz Al-Quran mendahului zaman (Dato' Dr. Danial Zainal Abidin)


    *****

    Sekian, moga yang dikongsi ini bermanfaat, insya-Allah. Jika ada kekurangan boleh merujuk pada yang lebih berpengetahuan.

    Maaf dan terima kasih.



    Ini adalah koleksi nota daripada beberapa rancangan / segmen agama yang disiarkan di televisyen / radio sepanjang Mei dan Jun. Namun sangat disarankan untuk merujuk pada ustaz, ustazah serta mereka yang lebih pakar untuk penerangan penuh. Harap maklum. Terima kasih.

    ****
    Tanyalah Ustaz: Bekerja kerana Allah

    - Dalam agama, orang bekerja dengan nyawa orang, boleh qadha' solat.
    - Solat tetap kena jaga.
    - Sekarang memang ramai suri rumahnya lelaki. Sebab gaji isteri tinggi. Jika suaminya ikhlas, ya itu juga ibadah. Namun jangan orang pertikaikan pula kerana suami yang beri kebenaran.
    - Rezeki Allah itu luas.
    - Bekerjalah kerana Allah. Jika kita buat kerana Allah, kita tidak akan maki hamun, dengki dan seumpamanya.
    - Perlu ada integriti.
    - (Kata Imam al-Ghazali) Setiap pekerjaan (jika tidak mahu ada dengki dan bermusuhan): perlu ada semangat kesepakatan, ada tegur-menegur, sentiasa ikhlas kerana Allah.

    Tanyalah Ustaz: Merancang kematian.

    - Jangan derhaka kepada kedua ibu bapa.
    - Jangan bergantung semata pada ikhtiar. Ikhtiar, usaha dapat pahala (jumpa doktor misalnya). Namun perlu bergantung pada Allah (keutaamaan). Semua takdir.
    - Buat baik pada mak ayah kamu.
    - Merancang dengan betul. Kematian itu benar.
    - Amal sahaja belum cukup. Perlu ada hati yang baik.

    Tanyalah Ustaz: Sahabat ke syurga.

    - Harga sahabat itu tinggi sehingga mampu menyelamatkan kita di akhirat.
    - Jangan cepat tarik diri dan biarkan orang sakit cakap lepas sembuh baru solat. Anggaplah dia tak tahu.
    - Psikologi percaya jika kerap cakap, kita akan yakin.
    - Kebijaksanaan bukan terletak pada atau, tapi pada dan.
    - Kejujuran bersahabat, iaitu bersahabat bukan urusan duniawi. Aku berkawan dengan dia sebab nak bawa kepada Allah. Perlu ikhlas.
    - Kita mulakan pada diri kita ciri sahabat yang baik.
    - Fokus diri sendiri.
    - Jaga amalan kita. Jangan biar take for granted.
    - Nak sahabat yang baik, kita kena membaikkan diri kita.
    - Sahabat yang baik itu ikhlas dan kita rela menerima teguran dia.
    - Tutup keaiban. Kita tutup keaiban saudara, Allah sendiri menutup keaiban kita.

    Tanyalah Ustaz: Cinta Dunia.
    - Perhiasan dunia adalah akhirat.

    Tanyalah Ustaz:

    - Elak fitnah di tempat kerja.
    - Kawan cerita pasal orang lain, mengeluh -- kita nasihat dia.
    - "Jadilah orang tengah yang bijak. Yang mendengar cerita daripada semua pihak." - Ustaz.
    - Nak jadi pekerja hebat, fikir keberkatan.
    - Jangan cakap keaiban orang. Jaga mulut. Jangan cakap kelemahan orang.
    - Banyakkan berdoa agar kita tergolong daripada mereka yang baik.
    - Kita doa dapat reda Allah.
    - Jangan tinggal solat dhuha.
    - Dekatkan diri dengan Allah.

    Tanyalah Ustaz: Kunci ketenangan.
    - Nak cakap di depan:
    Baca:
    - Surah Alam nasyrah
    - Rabbi sohri (rujuk sini)
    - Syura - 51-53

    - Nak tenang dalam hidup baca surah Toha.
    - Zuhud dengan biar dunia hanya di jari bukan di hati.
    - Jadilah qanaah. Lihatlah orang lebih bawah.

    Tanyalah Ustaz: Hari sangkakala berkemundangan (Ustaz Farhan & Dai Annas)
    - Rugilah orang jahil sehingga dia berilmu. Rugilah orang ilmu sehingga dia mengamalkan. Rugilah orang mengamalkan sehingga dia bersungguh-sungguh.
    - Sahabat takut menjelang Jumaat, takut tibanya hari kiamat.
    - Anggota badan jadi saksi pada perbuatan kita.
    - Jangan jadi munafik.
    - Cinta Nabi di dunia, kita akan bangkit bersama Nabi. Ikut sunnah Nabi, dapat syafaat Nabi.
    - Nabi kenal kita di akhirat, dengan bekas wuduk kita di akhirat.
    - Malaikat sebelum sampai waktu tugas dia, kerjanya beribadah dan zikir kepada Allah. Tak buat apa Allah larang.
    - Tanda kiamat kecil dah habis. Tinggal besar. Terdekat perebutan kuasa di Mekah. Dan waktu itu akan muncul Dajjal. Tuhan bagi dia kuasa hidupkan, matikan orang. Turun dan sekat hujan. Nanti Nabi Isa akan turun di Damascus, Syria.
    - Ulama ada kata, takkan bebas Palestin, selagi Syria tidak bebas.
    - Hafal al-Kahfi paling kurang 10 ayat depan dan akhir.

    Persediaan menghadapi hari kiamat:
    - Bertaubat kepada Allah
    - Jangan abaikan al-Quran.

    - Jadi ahli syurga dengan beriman dengan 6 rukun iman. Buat kebaikan, tinggalkan kemungkaran.
    - Moga kita dapat jadi VVIP di akhirat dan dapat minum air telaga kausar Nabi.

    Rezeki Sempit. - Ustaz Ebit Lew.

    - Jika ada susah datang, itu mesti ada rahmat nak datang. Sangka baik. Allah sedang sayang. Ada masalah, adalah itu nikmat kemudian Allah nak bagi.
    - Allah dah tulis. Dah takdir.
    - Baik dengan mak ayah. Itu boleh jadi sedekah kita.
    - Menyambung silaturahim dan banyakkan sedekah boleh buat rezeki kita bertambah.
    - Sifat pemaaf itu sifat ahli syurga.

    Tips tambah rezeki:
    - Solat sunat Dhuha
    - Jangan derhaka pada mak ayah
    - Baca doa Nabi
    - Zikir. -- Subhanallah wabihamdihi, subhanallahil 'azim.

    JUN

    "Kita jangan sibuk dengan amal orang lain. Kita perbaiki amalan kita. Kita dapat beramal pun kerana taufik dan hidayah Allah, jadi bersyukurlah. Berdoalah agar amalan kita diterima." - Ustaz Zaidi, (Hadis 40).

    "Didik nafsu dengan didik diri dengan al-Quran, ibadah." - Dai Nizal

    "Sayang macam mana kita pada seseorang itu, jodoh tetap rahsia Allah. Bila-bila masa Allah boleh hantarkan dan bila-bila masa jugak Allah boleh tarik balik." - Nur

    *****

    Sekian, moga yang dikongsi ini bermanfaat, insya-Allah. Jika ada kekurangan boleh merujuk pada yang lebih berpengetahuan.

    Maaf dan terima kasih.









    Anem Arnamee 2025 © TERIMA KASIH ♥



    click to te top