Salam. Hai. Saya Anem Arnamee. Terima kasih sudi datang, membaca mahupun berkongsi artikel blog ini. Maaf jika ada kekurangan & teguran amat dialu-alukan. Moga yang baik-baik selalu untuk kalian semua. Insya-Allah.

- Jika anda mahu sebarang kolaborasi/pengiklanan (review/ruang iklan) di blog ini boleh rujuk page ini.
- Jika ada pertanyaan lain, boleh mesej di facebook ANEM ARNAMEE atau e-melkan ke arnamee (at) gmail.com.

Lirik Pejamkan Mata - Malique feat Dayang Nurfaizah


Pertama kali mendengar lagu ini di radio membuatkan saya mencarinya di youtube (namun waktu itu tiada atas sebab hakcipta). Malique tetap Malique, lagu terbarunya ini masih kekal dengan signature beliau. Lagu daripada album TKO ini mempunyai frasa dan prosa Bahasa Melayu yang sangat baik serta maksud yang juga mendalam.


UPDATE Ogos 2017: Muzik video rasmi Pejamkan Mata (Official Music Video)



Saya tertarik dengan salah satu komen (oleh Hazizi Azizan) di video muzik ini.
Klik untuk lebih jelas.
UPDATE Februari 2017: Warner Music Malaysia telah mengeluarkan video lirik untuk lagu ini.



Lirik Pejamkan Mata - Malique ft Dayang Nurfaizah

(Malique)
sebermula maka dipaksa diam
dengar, patuh dan terpaku tunduk
selesakan di bawah, sujudnya rujuk telunjuk
tenagamu kencanaku katanya fitrah gawai
kedanamu ketawaku dekahnya hingga sawai
berontak, dongak, lembayung ku ternampakkan
si hering menyorak, ngoyak awan canggung dan berantakan
dah diragut total, cinta resiprokal
bila dipersoal kekal equivokal
katanya tanggal tali leher itu
cukuplah seharian digembala
lupuskan logarithma yang menghantui kepala
dalam tafakur, akur, sadur mimpi yang dikabur
karektor kartun kantor dan karikatur diktator
dikabur takbur shabab yang bermusim
tak punya tempat di benak jiwaku jemaah mereka bermukim
al-malik, al-kudus, as-salam, al-mukmin
ubat gementar senja suara ngekor roh ke kasur
masyghul, runsing… jah

[Chorus: Dayang Nurfaizah]
pejamkan mata
mata yang lesu itu
dan mimpikan yang indah
mimpikan aku
biarkan gelita
menghapus derita
pejamkanlah matamu

(Malique)
aku terdengar suara itu lagi
dari tenggara namaku diseru
disuruh hembusnya lilin di setiap empat penjuru
katanya mata penamu tak mencoret solusi
kata magismu takkan mampu cetus revolusi
manusia kan sentiasa menyakiti
yang tak membunuh buatmu kebal sehari lagi
masa untuk koktel Lorazepam, Ambien, Risperdal
semoga afdal bertemu di astral
selamat tiba kita ke republik cinta
lagenda dimensi ruang dan waktu tak bersempadan
halaman terbentang suci, dicuci noda dan nista
terhapus dogma dan stigma, kepincangan dan kehilangan
arasy yang tiada penghuni mengugut buli
tak perlukan runut bunyi, sembunyi, bersunyi sakan
di hati dan pituitari menarinya tanpa bumi
menyanyinya tanpa bunyi, keghaibannya kita raikan

[Chorus: Dayang]

(Malique)
(hakikatnya nirvana di sana
di sini masih lagi samsara
cuba tak diperhambanya dunya
sukar tapi aku cuba
sukar tapi aku cuba ya)

(Dayang Nurfaizah)
kembalikan senyuman
serimu yang dulu
kembali ke dakapan
ku perlindunganmu
walaupun gerhananya
seakan tak berakhir
selagi ku di sisi
tak usah khuatir

[Chorus]



GLOSARI

Kencana/ken·ca·na/ - emas.
Gawai I /ga·wai/ - kerja; pekerjaan;
Kedana - papa, miskin:
Sawai III ; bersawai - tidak sedarkan diri .
Lembayung/lem·ba·yung/ - tumbuhan melilit, bunganya ungu; Basella rubra;
Hering/he·ring/ /héring/ - burung pemakan bangkai.
Canggung - kekok, kaku, janggal
Resiprokal/re·sip·ro·kal/ /résiprokal/ - bersifat saling berbalasan (tentang kata kerja).
Equivocal - memiliki nama/sebutan yang sama namun dengan makna/sifat yang berbeda | tidak pasti | tidak bersikap, tidak jelas.
Logharitma - ist angka ganda bagi sesuatu angka dasar yg digunakan utk mendapat angka tertentu.
Tafakur - Ar 1. renungan, perenungan; 2. perihal merenung memikirkan sesuatu; 3. pengheningan Cipta; bertafakur
Kantor - ibu pejabat
Diktator - orang yg memerintah dgn kuasa mutlak atau tidak terbatas.
Shabab - dalam arab bermaksud "anak muda."
Kasur/ka·sur/ - alas tidur yang terbuat dari kain atau plastik, berisi kapuk, karet busa, dan sebagainya.
Masyghul - (berasa) sedih atau (berasa) dukacita kerana sesuatu
Runsing - hati susah hati kerana tidak sampai maksud
Solusi- penyelesaian masalah
Revolusi- perubahan
Lorazepam (ubat untuk anxiety disorder atau despresi), Ambien (Ubat untuk imsomnia atau penyakit sukar tidur malam), Risperdal (ubat untuk antipsikotik, merawat skizofrenia, murung atau mudah marah bagi kanak-kanak austistik )
Afdal/af·dal/ - lebih baik; lebih utama
Astral/as·tral/ a mengenai (terdiri atas, menyerupai) bintang-bintang.
Dogma - ajaran (kepercayaan) yg tidak boleh dibantah atau dipersoalkan melainkan harus diterima saja.
Stigma - yang menjejaskan reputasi / aib
Pituitari -Kelenjar endokrin utama
Nirwana/nir·wa·na/ n 1 Hin keadaan dan ketenteraman sempurna bagi setiap wujud eksistensi karena berakhirnya kelahiran kembali ke dunia; 2 tempat kebebasan (kesempurnaan); surga
Samsara - perkataan Sanskrit yang bermaksud "mengembara" atau "dunia", dengan konotasi kitaran, perubahan memutar.
*Rastafari gunakan "Jah" sebagai God

--- PRPM DBP / Komen youtube.


*Boleh rujuk juga blog ini untuk tafsiran lain lagu ini

Malique
TKO: Pejamkan Mata adalah sebuah album kompilasi lagu-lagu yang terlebih dahulu telah dikeluar-edarkan dan hanya memuatkan (3) lagu baru. Album tko:pejamkan mata juga bukanlah sebuah album "comeback" malah lebih kepada album "selamat tinggal", babak terakhir kepada album trilogi bahasa melayu beliau. Album Malique yang berikutnya adalah di dalam bahasa Inggeris dan akan diedarkan pada 2017. Harap maklum. - QarmaMusiq


28 yang menasihati

  1. Anonymous9:34 PM

    Saṃsāra is a Sanskrit word that means "wandering" or "world", with the connotation of cyclic, circuitous change. ~Wikipedia

    ReplyDelete
  2. terima kasih kerna perkongsian.

    ReplyDelete
  3. Ini bedah lagu tersebut saya.

    https://www.facebook.com/shafiqmazlan121415/posts/10202369852525127

    ReplyDelete
  4. mmg awsome bnyk ayat yg biasa dgr skrg bru fhm 🙂 terima kasih

    ReplyDelete
  5. He s a poet, he s a rapper, He s a legend

    ReplyDelete
  6. Anonymous7:49 PM

    He is a Mr.GENERAL.this is what we call art in music. GENERAL is back

    ReplyDelete
  7. malique u a the greatest rapper in asia, always stand, respect!n salut u brother malique..

    ReplyDelete
  8. Anonymous11:48 PM

    Sgt mndalam..ak xpaham lgsg

    ReplyDelete
  9. Solute u malique..

    ReplyDelete
  10. Bahasa tinggi..Cuba faham setiap bait lirik dan malique tak pernah mengecewakan dengan lagu yang dia buat...Love and salute u brother

    ReplyDelete
  11. Anonymous3:10 PM

    Hakikatnya nirvana di sana
    (Kita pasti akan mati di dunia dan hidup semula di akhirat)
    Disini masih lagi samsara (di dunia masih lagi mengembara).tidak mau diperhambanya dunia(tidak mau menjadi hamba dunia)(sukar tapi aku cuba)....sekadar kongsi bkan untuk dipuji.hehehe

    ReplyDelete
  12. Hakim Azmi8:57 AM

    Indeed.
    General Respect...

    ReplyDelete
  13. Seperti biasa the mysterious, lengederius Malique.. Setiap lagu yg dia cipta membuatkan aku mencari2 fungsi kewujudan liriknya. Malique no1

    ReplyDelete
  14. What to say..just one thing..malique u are "genius"!!!

    ReplyDelete
  15. u r the best malique..makna y mendalam n lirik y membuatkn rmai berfikir utk mesej y disampaikn..dr lgu anak ayam smp skrg ni mmg THORBAEK!!

    ReplyDelete
  16. He is a poet..no doubt..tq malique

    ReplyDelete
  17. Anonymous5:29 AM

    Terbaik malique .
    #salute
    #RahsiaTinggalRahsiaTakkanMasukTvLagi
    #TKO
    #Toophat
    #pejamkanMata #salam

    ReplyDelete
  18. dlm lirik flizz ada kata biggie...adakah itu ayt2 rastafari????

    ReplyDelete
  19. Anonymous6:50 AM

    Follow my ig 7vwkv

    ReplyDelete
  20. Precisely,its Amazing song..no doubt..penuh nasihat,pengharapan dan penyelesaian masalah kehidupan hingga ke akhirat..well done

    ReplyDelete
  21. malique u a the greatest rapper in asia, always stand, respect!n salut u brother malique.. thanks

    ReplyDelete
  22. Always hope can see malique . . I really want see him

    ReplyDelete
  23. awesome site for good information Thanks we are very happy from arnamee blogspot site

    ReplyDelete

Untuk kesudian membaca dan memberi berkata-kata - saya berterima kasih.








Anem Arnamee © TERIMA KASIH ♥



click to te top