Filem: Ejen Ali The Movie 2 (EATM2)

 


Selepas empat tahun, filem animasi Ejen Ali The Movie 2 (EATM 2) terbitan WAU Animation dan Primeworks Studios kini dalam pembikinan yang dijangka menemui penonton tahun depan. 

Pembikinan filem animasi ini diumumkan pada Nov 2020. Ia adalah sambungan "Ejen Ali The Movie" (2019), filem animasi tempatan No. 1 paling laris ketika itu (tapi diatasi oleh "Mechamato Movie" pada 2022). 


Dalam EATM 2, Ejen Ali dilantik sebagai juruterbang Projek Satria, iaitu sebuah sut berperisai baharu dengan bantuan program Kecerdasan Buatan (AI) yang direka khas bagi mengoptimumkan prestasi fizikal dan kemahiran mental ejen MATA ketika menjalani misi rahsia mereka.

Sekuel ini mengekalkan barisan penyumbang suara watak utama iaitu Ida Rahayu Yusoff sebagai Ejen Ali bersama kucing peliharaannya, Comot, Noorhayati Maslini Omar (Ejen Alicia), Shafiq Isa (Ejen Bakar) dan Azman Zulkiply (Rizwan dan Jeneral Rama).



(Sumber: https://www.bharian.com.my/hiburan/selebriti/2024/09/1298057/ejen-ali-movie-2-ditayang-tahun-depan


Trailer (teaser) 



Gambar:

https://x.com/ejen_ali/


Lain-lain: https://www.hmetro.com.my/rap/2024/09/1133652/ejen-ali-movie-2-tayang-tahun-depan




0 yang menasihati:

Post a Comment

Untuk kesudian membaca dan memberi berkata-kata - saya berterima kasih.








Anem Arnamee 2024 © TERIMA KASIH ♥



click to te top