Showing posts with label ejen ali. Show all posts
Showing posts with label ejen ali. Show all posts

 


Selepas empat tahun, filem animasi Ejen Ali The Movie 2 (EATM 2) terbitan WAU Animation dan Primeworks Studios kini dalam pembikinan yang dijangka menemui penonton tahun depan. 

Pembikinan filem animasi ini diumumkan pada Nov 2020. Ia adalah sambungan "Ejen Ali The Movie" (2019), filem animasi tempatan No. 1 paling laris ketika itu (tapi diatasi oleh "Mechamato Movie" pada 2022). 


Dalam EATM 2, Ejen Ali dilantik sebagai juruterbang Projek Satria, iaitu sebuah sut berperisai baharu dengan bantuan program Kecerdasan Buatan (AI) yang direka khas bagi mengoptimumkan prestasi fizikal dan kemahiran mental ejen MATA ketika menjalani misi rahsia mereka.

Sekuel ini mengekalkan barisan penyumbang suara watak utama iaitu Ida Rahayu Yusoff sebagai Ejen Ali bersama kucing peliharaannya, Comot, Noorhayati Maslini Omar (Ejen Alicia), Shafiq Isa (Ejen Bakar) dan Azman Zulkiply (Rizwan dan Jeneral Rama).



(Sumber: https://www.bharian.com.my/hiburan/selebriti/2024/09/1298057/ejen-ali-movie-2-ditayang-tahun-depan


Trailer (teaser) 



Gambar:

https://x.com/ejen_ali/


Lain-lain: https://www.hmetro.com.my/rap/2024/09/1133652/ejen-ali-movie-2-tayang-tahun-depan




 


Misi: Juang merupakan sebuah filem pendek yang diterbitkan bersama oleh WAU Animation Sdn. Bhd. dan Primeworks Studios Sdn. Bhd.. Filem pendek ini turut menampilkan Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah.


Trivia
  • Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah merupakan watak bukan fiksyen (watak sebenar) pertama yang muncul dalam mana-mana siri atau filem yang dihasilkan oleh WAU Animation.
  • Filem pendek ini sebenarnya tidak menggunakan satupun pelakon suara.
  • Filem pendek ini bertujuan sebagai penghargaan kepada petugas barisan hadapan dalam mencegah COVID-19.
  • Dalam konsep asal, Dr. Noor Hisham pada asalnya diberikan warna teras TEKNO sebelum ditukar kepada NEURO. Manakala pakaian yang digunakan pula berdasarkan pemakaian beliau sehari-hari setiap kali Sidang Media Perkembangan Terkini COVID-19 di Malaysia diadakan.
  • Peranti yang digunakan oleh beliau pula dibentuk berasaskan alat pengimbas suhu badan.
  • Sebagai simbolik kepada penggunaan tanda pagar #KitaJagaKita, lagu tersebut digubah semula mengikut rentak baharu.









Anem Arnamee 2025 © TERIMA KASIH ♥



click to te top