Rahsiakan doa kita (doakan orang lain tanpa diketahui)



Jangan Beritahu!!

Jangan Beritahu Orang Kita Doakan Mereka.


أُمُّ الدَّرْدَاءِ، قَالَتْ: حَدَّثَنِي سَيِّدِي أَنَّهُ سَمِعَ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ:


Ummu Darda' radiallahu 'anha berkata:

Suami ku memberitahu ku bahawa dia mendengar Rasulullah Sallallahu 'alaihi wassalam bersabda:


"مَنْ دَعَا لِأَخِيهِ بِظَهْرِ الْغَيْبِ قَالَ الْمَلَكُ الْمُوَكَّلُ بِهِ: آمِينَ وَلَكَ بِمِثْلٍ".


Sesiapa yang berdoa untuk saudaranya tanpa diketahui saudaranya, malaikat yang bertugas untuk hal itu akan mengaminkan doa tersebut dan berkata "Untuk kamu jua (seperti yang kamu doakan kepada saudara kamu)".


[Sahih Muslim, Kitab Zikir, Doa, Taubat dan Istighfar. Bab Kelebihan Berdoa Kepada Kaum Muslimin Tanpa Pengetahuan Mereka.

Hadis no: 4920]


~~~~~~~

Imam an-Nawawi menakalkan dalam Syarah Sahih Muslim:


(ولو دعا لجملة المسلمين فالظاهر حصولها أيضا،


Seandainya seseorang itu berdoa untuk sekelompok kaum Muslimin, zahir hadis ini dia tetap akan memperolehinya jua (iaitu memperolehi fadhilat diaminkan doa dan didoakan oleh malaikat)


وكان بعض السلف إذا أراد أن يدعو لنفسه يدعو لأخيه المسلم بتلك الدعوة؛


Sebahagian ulama' salaf, apabila mereka mahu berdoa untuk diri mereka, mereka akan berdoa untuk saudara mereka dengan doa tersebut (iaitu hajat yang mereka mahu untuk diri mereka sendiri)


لأنها تستجاب، ويحصل له مثلها)


Ini kerana doa itu akan dimakbulkan Allah, dan dia akan memperolehi hal yang sama seperti yang dia doakan (kepada saudaranya).

#MMMR 20/8/1435.


Kata AAM:

Adab dan Fadhilat ini sudah hilang dari sebahagian orang kerana asyik dok cerita doa dia untuk saudaranya kepada Facebook.

Kembalilah beramal dengan SUNNAH doa ini agar kita dapat meraih pahala dan "amin" para Malaikat yang mulia.


#AAM, 11 Syawal 1441H- PKPB.


Sumber:

https://www.facebook.com/photo.php?fbid=3643545175672090&id=124946954198614&set=a.1116969178329715





0 yang menasihati:

Post a Comment

Untuk kesudian membaca dan memberi berkata-kata - saya berterima kasih.








Anem Arnamee 2024 © TERIMA KASIH ♥



click to te top