Amalan & kelebihan Malam Nisfu Syaaban

 


Hadis-hadis yang berhubung kelebihan atau amalan pada Bulan Syaaban, ada yang sabit dan ada yang tidak. Bahkan terdapat juga amalan-amalan Bulan Syaaban yang diamalkan oleh sesetengah masyarakat itu, hanya ikutan yang tidak mempunyai apa-apa sumber. Ini seperti amalan sesetengah masyarakat yang membuat juadah khas Bulan Sya’ban dan seumpamanya. Banyak buku-buku yang dijual tentang kelebihan Rejab dan Syaaban itu tidak berasaskan hadis-hadis yang sahih.

Amalan dibentangkan setiap Syaaban (Bukan Nisfu Syaaban).

Apa itu Nisfu Syaaban?

Nisfu Syaaban merujuk kepada malam pertengahan bulan Syaaban, iaitu malam ke-15 (iaitu pada siangnya 14 Syaaban) dalam bulan kelapan kalendar Hijrah.

Istilah “Nisfu” berasal daripada bahasa Arab yang bermaksud separuh atau pertengahan (Nisf). Manakala “Syaaban” adalah nama bulan yang sebelum bulan Ramadan dalam susunan bulan-bulan Islam. Oleh itu, Nisfu Syaaban (نِصْفُ شَعْبَانَ) secara literal bermaksud “pertengahan bulan Syaaban”.

Kelebihan Nisfu Syaaban

Rasulullah SAW banyak berpuasa di bulan Syaaban.

Tidak ada puasa khusus untuk 15 Sya'ban. Namun, sangat dianjurkan untuk berpuasa kerana ada fadhilat hari Putih menurut hadith sahih.


Namun tidak boleh dinafikan bahawa di sana juga terdapat hadis-hadis yang sahih mengenai kelebihan Bulan Sya’ban. Antaranya apabila bertanya Usamah bin Zaid Nabi s.a.w mengapa baginda banyak berpuasa pada Bulan Syaaban, Nabi s.a.w menjawab: 

ذَلِكَ شَهْرٌ يَغْفُلُ النَّاسُ عَنْهُ بَيْنَ رَجَبٍ وَرَمَضَانَ، وَهُوَ شَهْرٌ تُرْفَعُ فِيهِ الْأَعْمَالُ إِلَى رَبِّ الْعَالَمِينَ، فَأُحِبُّ أَنْ يُرْفَعَ عَمَلِي وَأَنَا صَائِمٌ

“Itulah bulan yang manusia lalai mengenainya; antara Rejab dan Ramadan. Padanya (Bulan Syaaban) diangkat amalan hamba-hamba Allah. Aku suka tidak diangkat amalanku, melainkan aku dalam keadaan berpuasa” (Riwayat Ahmad, al-Nasai dll, dinilai hasan). 

Aisyah r.aha juga menyebut: “Aku tidak pernah melihat Rasulullah s.a.w berpuasa dalam bulan lain lebih daripada puasa Syaaban. Baginda pernah berpuasa Syaaban sepenuhnya, kecuali hanya beberapa hari (tidak puasa)” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim). 


KELEBIHAN MALAM NISFU SYAABAN

Islam tidak meletakkan sesuatu amalan khusus yang mungkin boleh dinisbahkan kepada Nabi SAW sebagai sunnah untuk diamalkan pada malam nisfu Sya’ban tetapi dalam masa yang sama, kita hendaklah mengambil peluang dengan kelebihan yang ada pada malam tersebut dengan beramal sebanyak-banyaknya samada dengan membaca al-Quran, solat sunat, berzikir dan lain-lain lagi. Walaubagaimanapun, kesemua amalan ini tidak boleh dinisbahkan kepada Nabi SAW sebagai sunnah yang mesti dibuat dalam bentuk tuntutan kerana kesemua amalan ini adalah bersifat umum. Oleh itu, sekali lagi kami nyatakan bahawa tiada amalan khusus yang sabit daripada Nabi SAW berkaitan malam nisfu Sya’ban.

- Boleh membaca Yasin sebanyak 3 kali pada malam Nisfu Sya'ban, tetapi tidak ada ketetapan wajib. Jadi, boleh untuk baca kerana galakan membanyakkan amal soleh.

- BANYAKKAN MEMOHON AMPUN DAN BERDOA

Daripada Mu’az bin Jabal RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

“Allah SWT melihat hambaNya pada malam nisfu Syaaban kemudian mengampunkan semua hambaNya KECUALI orang yang syirik dan juga orang yang bermusuhan” (Sahih Ibnu Hibban, 5665)

Manfaatkan malam nisfu syaaban dengan melaksanakan amalan seperti membaca al-Quran, qiamullail, istighfar,solat sunat dan berdoa memohon keampunan daripada Allah SWT.

1. Setiap manusia melakukan kesilapan dan dosa.

2. Berdoalah, Allah akan kabulkan

3. Namun ada juga dosa yang tidak diampunkan iaitu dosa menyekutukan Allah dan dosa sesama manusia. 

Antara Amalan Malam Nisfu Syaaban



Berzikir dan berdoa Nisfu Syaaban

1. Teguhkan hati selepas diberi cahaya petunjuk.

2. Tingkatkan pengetahuan dan lapangkan dada untuk menerima kebenaran.

3. Agar Allah ampunkan dosa dosa kita dahulu dan akan datang. 

4. Hindarkan diri dari syaitan


Antara doa perkongsian Telegram The Helmis

Malam ini adalah malam Nisfu Syaaban sebaik sahaja masuk waktu Maghrib dan malam dimakbulkan Doa. 

[ MUNAJAT KEINSAFAN DI MALAM NISFU SYAABAN🥺] 

اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّدٍ وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّد.

Allahumma ya Rahman ya Rahim ya Samii', sesungguhnya Engkaulah yang Maha Pengasih, Maha Penyayang lagi Maha Mendengar ya Rabb. 

Saat ini kami hamba yang hina, kotor, jahil lagi fakir ini datang menadah tangan merintih merayu kepada-Mu ya Ghaffar ya Ghaffur, Ampunkanlah dosa-dosa kami walau sebesar gunung hatta setinggi langit pun dosa kami saat ini ya Allah. 

Maafkanlah segala kesyirikan yang mungkin ada pada kami tanpa kami sedar ya 'Affuw ya Tawwab 😣 . Jadikanlah hanya diri-MU tujuan matlamat hidup dan ibadah kami , kemahuan dari segala kemahuan, kecintaan dari segala kecintaan , keasyikan dari segala keasyikan, kerinduan dari segala kerinduan, ketakutan dari segala ketakutan..

Ya Allah ya Hafiz ya Muhaimin ya Maula, padaMu kami berlindung dan Janganlah Kau biarkan kami syirik dalam setiap langkah kami, setiap nafas kami, setiap pandangan kami, setiap pendengaran kami dan di setiap bicara kami. Bukakanlah hijab hati kami agar setiap saat kami dapat melihat kebesaran-Mu dan segalanya dari-Mu, setiap saat merasai pengawasan-Mu dan kekuasaan-Mu, setiap saat hanya untuk-Mu demi-Mu. 

Ya Allah ya Raqib ya Qareeb, kami mohon kehampiran dengan-Mu dengan dibersihkan Keakuan diri kami , menyatu dalam nur Muhammad yang mulia, benar dalam kehambaan dan benar dalam Makrifat..

Ya Allah ya Baaqi ya Mukmin, kekalkanlah pasakan tauhid keimanan dan rasa Cinta kepada-Mu dan Rasul-Mu yang telah Engkau masukkan ke dalam jiwa kami, agar walau hidup kami digoncang dengan pelbagai ujian, Iman dan Tauhid kami tetap teguh. Kuatkanlah rasa cinta kami kepada-Mu dan Rasul-Mu melebihi segala-galanya ya Rabb, agar dapat kami berkorban jiwa raga sehingga akhir hayat kami. 

Sungguh beruntunglah hamba-hambaMu yang Engkau pilih pulang ke pangkuan-Mu membawa ketaqwaan dan Hati yang Bersih serta Selamat (Qalbun Salim). Kami terima dan kami redha dengan semua penyucian dan ketentuan-Mu ya Qodir ya Muqtadir buat hidup kami yang sementara di dunia ini, demi kenikmatan dan kebahagiaan yang hakiki di kampung halaman kami yang abadi di Akhirat nanti. 

Pada-Mu kami berserah diri dan bergantung harap ya Baari' ya Somad. Allahumma Aamiin ya Mujib Ya Rabbal 'alamin.. 🤲🏻❤️🥺

*****

Tidak ada hadith yang sahih menyatakan malam Nisfu Sya'ban merupakan malam dimustajabkan doa, tetapi ia adalah dari kalam Imam Syafi'i RA. 


Semoga kita mendapat keberkatan dengan mengerjakan amal² soleh di malam Nisfu Syaaban ini. ❤


Sumber rujukan:

- https://t.me/myJakim

https://t.me/kempensemakhadis

- Ustaz Muzuza

- https://t.me/empowerquranglobal

- Irsyad al-Hadith Siri ke-70: Kelebihan Malam Nisfu Sya’ban

- https://akuislam.com/blog/mauidzah/kelebihan-malam-nisfu-syaban/

- FB Usrah Ilmu

- https://x.com/pudseposen/







0 yang menasihati:

Post a Comment

Untuk kesudian membaca dan memberi berkata-kata - saya berterima kasih.








Anem Arnamee 2024 © TERIMA KASIH ♥



click to te top