“Bersabarla, jangan diingat lagi.”
“Eh,kau tak reti nak sabarkah?”
“Sabarlah sikit."
“Bawa-bawalah bersabar.”
“Sabar sajalah.”
Sabar? Rasanya inilah perkataan yang paling acap diucap oleh kita saban hari. Sehinggakan bagi sesetengah daripada kita merasakan ia tiada maknanya lagi (nauzubillah). Sehinggakan ada yang cuba meremehkan persoalan sabar ini.

“Kau cakap bolehlah, cuba kalau kau?”
“Sabar? Dah habis sabar dah ni.”
“Ingat dengan sabar,semua akan pulih balik?”

Astaghfirullahala’zim. Nyilu sangat bunyi ayat tersebut. Memang jika diikutkan, bukan mudah nak sampai ke makam sabar.

Mampukah kita berdiam diri, jika ada sahabat kita memalukan kita? Mampukah kita tersenyum, apabila kita dalam keadaan penat, tiba-tiba dipersalahkan? Dan mampukah pula kita menahan sabar menonton rancangan kegemaran semata-mata perlu mendahului solat? Anda mampu lakukannya, dengan keikhlasan?

Susah nak jawab.
Sabda Rasullullah s.a.w:
“Dalam sabar terhadap sesuatu yang kamu benci terdapat banyak kebaikan.”
Sabar itu secara umumnya terbahagi kepada lima (tiga selalunya dterangkan, ini dipecahkan lagi berdasarkan buku 111 wasiat rasullullah s.a.w):

1) Sabar dalam beribadah iaitu tekun melakukan syariat-NYA.
~ Ramai kelihatan berjaya dalam ibadah puasa.

2) Sabar ketika ditimpa musibah sepert kesakitan
~ Kadangkala sakit sikit, riuh sekampung. Namun bila dikurniakan nikmat yang banyak, senyap pula. 

3) Sabar terhadap kehidupan dunia iaitu menyedari dunia hanya sementara.
~ Sesetengah golongan jika boleh mahu menjadi paling kaya harta dan popular di dunia fana ini untuk kepentingan diri. (Nauzubillah)

4) Sabar terhadap melakukan maksiat.
~ Ini paling sukar. kerana itu kadangkala kita lihat ada yang taat beribadah tapi masih melakukan maksiat. Apa yang penting jangan cuba mengingati kejahatan kalian, melainkan jika tekad memuhasabah diri. Malahan sabar sebegini juga bermaksud membimbing sahabat yang lain ke arah kebaikan.

5) Sabar dalam perjuangan.
~ Yakni keredhaan dalam menerima pasang surut kehidupan.

Sabar dalam bentuk rohaniah pula ada beberapa contoh:
Iffah, sabar menahan nafsu dan seks.
Tasamuh, lapang dada menghadap lawan.
Kitman, sabar dalam memelihara rahsia.
Zuhud, sabar dengan godaan keduniaan.
Qana’ah, tidak hdup berlebihan dan redha dengan hasil usaha sendiri.

Insya-Allah kita sama-sama mampu untuk lebih bersabar, yakinilah dengan Izin-NYA. Banyak ganjarannya menjadi orang yang sabar ni. Hidup lebih tenang, dan akhirat pun akan lebih senang, insya-ALLAH. Apalagi, cepat,cepat bersiap hendak kembara ke zon Sabar. Jom!

p/s: Catatan ini terzahir tatkala ada insan yang menyatakan Anem ini cepat marah. Terima kasih kerana sudi menegur, insya-ALLAH Anem cuba perbaiki, tapi koho-koho deh.



Buzz!!

Semalam Anem berYM dengan Kak Sarah. Memang menarik ~ intipatinya sama. Anem juga baru saja berbalas khidmat pesanan ringkas (SMS) dengan Kak Iza dan Dak Axah. Subhanallah, Kami sekapal. Masing-masing masih belum kerja lagi. Tidak dapat dipastikan siapa di antara kami yang akan berlabuh dahulu. Wallahua’lam. Insya-Allah adalah nanti, sama-sama kita doakan.
Rasulullah SAW bersabda:
“Barangsiapa yang membaca surah Al- Waqiah pada setiap malam , kebuluran tidak akan mengenainya’(Al-Baihaqi)
Mula-mula dulu rimas juga dengan pelbagai soalan dari saudara-mara, jiran dan kenalan, namun kita kena bersangka baik dengan sebarang pertanyaan, kena redha dengan sebarang ketentuan, tapi dalam masa yang sama tanamkan niat untuk bangkit, dan tidak malas.

Insya-ALLAH, kami akan turut serta bersama sahabat-sahabat yang bekerjaya kelak. Kami bukan memilih, tapi kami kena berusaha lebih sedikit, adalah nanti rezeki kami. Allah berjanji akan menolong kita, asalkan berusaha, dan bertawakal dan berdoa kepadanya.

Untuk semua sahabat, ingat-ingatlah kami ketika sudah senang nanti ya. Kenang kami yang masih menunggu pokok anggur berbuah ini dalam doa-doa kalian ya.

Salam Ukhwah Mahabbah.. (^_^)




Alhamdulillah, kawan FRIENDSTER anem semakin bertambah. Syukurlah selagi ada mata yang sudi memandang, ada pujian masih menghinggap, ada insan yang sudi sayang. Itu adalah rezeki. Esok lusa belum tentu ada lagi. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.

Seronok dapat memiliki sahabat-sahabat baru seperti Kak Ima (Teratak Chenta), Kak Fara (Vanillabery). Amirah (Mira), Eha, Aida (Eida), Liely, MiszFarah, Ritha, DeynaRashid dan ramai lagi. (Maaf jika tidak dapat menitipkan kesemua nama di sini ya.)

Terima Kasih pada kalian yang sudi untuk berukhwah dengan Anem. Tiap hari sayang. Ukwah Fillah Abadan Abada.
“Dan janganlah kamu memalingkan mukamu dari manusia (kerana sombong) & janganlah kamu berjalan di muka bumi dengan angkuh. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang sombong dan membangga-banggakan diri”(Luqman:18)
Hari ini? Sesi memasak dengan mak diteruskan seperti kebiasaannya. Berulang kali mak pesan garam itu biar kurang, jangan lebih dalam setiap masakan. Mak kata "kurang boleh tambah, jika lebih?"

“Dan syukurilah nikmat Allah , jika hanya kepada-NYA kamu menyembah” -(An-Nahl:114)

Jazakumullahu Khayran. ^_^









Anem Arnamee 2026 © TERIMA KASIH ♥



click to te top