Salam. Hai. Saya Anem Arnamee. Terima kasih sudi datang, membaca mahupun berkongsi artikel blog ini. Maaf jika ada kekurangan & teguran amat dialu-alukan. Moga yang baik-baik selalu untuk kalian semua. Insya-Allah.

- Jika anda mahu sebarang kolaborasi/pengiklanan (review/ruang iklan) di blog ini boleh rujuk page ini.
- Jika ada pertanyaan lain, boleh mesej di facebook ANEM ARNAMEE atau e-melkan ke arnamee (at) gmail.com.

Kita saja yang mengalah,kena beralah !



GERAM! Kenapa kadang-kala,eh tak, selalunya kita saja yang mengalah, lembut sangat hati ini.Kita saja perlu mendahulukan kemaafan , kita juga yang perlu tampil, perlu dulu bertolak ansur.Kerana kita yang lebih muda,? tapi kadang-kala sebab kita lebih tua juga, kita perlu beralah.

Jika dapat dikeraskan hati sedikit, ada ego menyamai pihak lawan, rasanya hati ni mungkin lebih bagus.Tapi...Allah dah pesan, keutamaan kita adalah memenuhi keperluan dan hajat orang lain.Apa hajatnya, mengembirakan dia?

Sememangnya, menunaikan hajat orang ini,pahalanya menyamai menunaikan haji.Hebat bukan?Bukan senang nak pergi haji selalu, apatah lagi memperoleh ganjaran sebanyak itu. 

Apa salahnya, beralah, jadi insan mulia.Banyak ganjarannya,kan. Antara fadhilatnya orang yang bertoleransi, dan mengembirakan orang lain ini ada tiga:

1) Mendapat pahala sekiranya bersulamkan keikhlasan.Bukan semata-mata melakukannya kerana insan tersebut.Oh,tidak!Lillahitaala..itu yang penting.


2) Kemuliaan di sisi ALLAH.Bukan senang ALLAH hendak beri kemuliaan ni, apa salahnya jika sesekali berkorban melakukan kebaikan?


3) Menambahkan kasih sayang sesama kita.Tahukah kita betapa gembiranya . tersentuhnya insan yang seorang lagi itu tatkala anda bertolak ansur dan mengalah?Biarlah asyik-asyik anda, hidupkan hanya sementara.Tak salah menggembirakan hati-hati insan yang tersayang, sementara mereka pun masih ada lagi ni.


Rasullullah S.A.W Bersabda:
“Orang islam itu adalah saudara bagi orang islam yang lainnya. Kerana itu janganlah seorang insan menganiaya saudaranya dan jangan membiarkan saudaranya tersiksa. Barangsiapa yang berusaha memenuhi hajat saudaranya, maka ALLAH akan memenuhi hajatnya. Barangsiapa yang melepaskan kesusahan saudaranya sesama islam , pasti ALLAH akan melepaskannya dari beberapa kesusahan di hari kiamat dan barangsiapa yang menutup aib saudaranya, pasti ALLAH akan menurup aibnya pada hari kiamat.”
(HR. Bukhari dan Muslim)


Sememangnya ganjarannya sangat tinggi.Jadilah seorang yang hebat, mungkin bagi yang beralah ini anda rasa susah didunia, namun jangan khuatir ada sesuatu menanti kita di sana kelak..

Bergembiralah berbuat kebaikan, dan tunaikan hajat saudara mara kita,sahabat-sahabat kita, kerana sesungguhnya ALLAH pula akan menunaikan hajat kita.

YA ALLAH, hanya kepadamu kami berserah.

Mengalah tak beerti kalah ,kan?

(^_^)

12 yang menasihati

  1. tak salah mengalah kalau hasilnya nanti membawa kepada kebaikan..

    just perlu kuatkan hati je..

    (:

    ReplyDelete
  2. ezo:

    nak kuatkan hati tu perlukan byk pengorbanan ,wan..=)

    betul,asalkan ikhlas untuk berkorban..(^_^)

    ReplyDelete
  3. sedapnya nugget kat atas tu.

    ReplyDelete
  4. Salam aneem. tumpang lalu ye. jom shopping2 kt blog saye. jgn lupe promote kt member2 ye.tq :)

    Cheap Kaspersky Online Store - Click Here!

    -plz forward- :)
    http://cheaper-kaspersky.blogspot.com/

    ReplyDelete
  5. xsalah mengalah..mengalah xbererti kalah..tp kalu asik mengalah, boleh jd naik tocang org yg kita mengalah tu kn..hiihhi..

    psst..sedapnyyeee gmbo ttuuuu!

    ReplyDelete
  6. jadilah seperti hang jebat..walopom kalah dia tetap cool..hahah

    ape kaitan entah

    ReplyDelete
  7. nice entry.. kbtln jiwe tgh srabut.. asek kna pk org je kdg kale ati n jiwe sndr terseksa.. so kena byk blaja bersabar =)

    ReplyDelete
  8. @Nobita SenseiItulah pasal,saya tgok sedap, tu saya mik gambonyer:)

    ReplyDelete
  9. @aliesha kiranaitulah,naik geram. haha, memang lazattt :)

    ReplyDelete
  10. @mijaehaha, takpelah, jebat pun jebatlah :)

    ReplyDelete

Untuk kesudian membaca dan memberi berkata-kata - saya berterima kasih.








Anem Arnamee © TERIMA KASIH ♥



click to te top