
Dari Abu Dzar, Jundub bin Junadah dan Abu Abdul Rahman, Muaz bin Jabal r.a, daripada Rasulullah SAW, sabdanya: "Bertaqwalah kepada Allah di mana saja engkau berada. Iringkanlah perbuatan jahat itu dengan perbuatan baik, mudah-mudahan yang baik itu akan memadam yang jahat. Dan berperangai kepada manusia dengan dengan perangai yang bagus. "
Telefon bimbit ~ No new message.
Peti surat~kosong.
Email ~ You have no new email.
"Kenapa ya, dulu mereka selalu mesej kita, call call, tapi sekarang, masing-masing senyap."
Terkedu. Membisu. Payah nak cari jawapan. Memandang ke dada langit. Lesu. Seakan ada salahnya. Mungkin mereka terlalu sibuk. Dan tiada kredit. Ya, kita perlu bersangka baik. Jangan ada benci. Kita sayang mereka. Mereka kawan kita, yang dulu pernah tolong kita.
Semua tak kekal, jadi hargailah sesuatu yang masih ada di sisi ~ bersyukurlah kerana pernah merasai indahnya persahabatan dengan mereka. Ada hikmahnya kenapa jadi begini.
Alhamdulillah. Kita pernah rasa dihargai dan diperlukan oleh insan-insan di sekeliling kita.
Kadangkala kita tertanya-tanya, kenapa bila nak minta tolong baru mencari kita, tiada kawan, baru nak berjumpa dengan kita. Sewajarnya kita bersyukur kerana kita ada kelebihan yang memungkinkan kita dicari, yang membuat kita rasa diperlukan (biar pun kadangkala). Sekurang-kurangnya mereka masih ada niat untuk berkawan dan berjumpa lagi dengan kita.
Alhamdulillah.
Janganlah mempersoalkan apa-apa, kerana kadangkala itu berpunca daripada kita sendiri, mungkin sikap dan cara kita yang mereka kurang senangi. Jika kita merasa bersalah, mintalah maaf. Cuba berubah demi kebaikan, tiada salahnya. Seandainya merasakan orang lain yang bersalah, maafkanlah, doakan dia berubah, ingat kebaikannya.
ALLAH itu maha adil. Bersabarlah.
Mungkin hubungan kita dengan manusia kurang baik, sebab kita tak jaga hubungan dengan Ash- Shakur, kekasih sejati kita itu. Wallahua’alam.
Ya ALLAH, ampunkankanlah dosa-dosa kami..
p/s: Masih tak jemu mencuba. Ukhwahfillahabadanabada.