Tudung kita dan penilaian orang


Pengalaman ini adalah pada tahun 2009 , sebab masih relevan , jadi Anem ke depankan .Kami berbual tentang remaja atau lebih kepada perempuan masa kini. Kawan Anem pada waktu tu, dia seorang yang sungguh bergaya. Pakai baju trendy tapi tetap tutup aurat . Kadangkala saja agak sedikit ketat, mungkin kerana badannya yang kecil. Nampak molek je.

Anem pula biasa-biasa saja. Tapi taklah bertudung labuh. Masa pergi temuduga hari tu, pelbagai insan kami lihat. Secara spontan Anem cakap,
"Kagum dengan perempuan remaja yang sanggup bertudung labuh, tak terfikir nak bergaya sangat, dan berani membawa imej agama di usia muda"

Dia jawab dalam separa ketawa:
"Hah, yelah. Anem tak tahu yang bertudung labuh ni lagilah.Nampak je macam tu, kadang-kadang tu, ada yang lagi teruk dari kita. Kadang-kadang dalam panggung wayang, buat macam- macam , malah ada kalangan diorang call saya, minta tolong sebab dah ..bla, bla..saya pun nasihat-nasihatlah mereka yang call saya tu, jangan nilai dari pakaian lah !"

Rasullullah s.a.w bersabda:
" Jangan terjebak dalam perbezaan pendapat yang membawa kepada penjauhan pada hati" - (Al-Bukharee )

Anem jawab:
 "Tak juga. Tak semua macam tu. Ramai kawan Anem tudung labuh memang baik- baik"
- Bersangka baik itu penting, lagipun memakai pakaian yang longgar, dan tudung dipakai sehingga menutup dada adalah dituntut.

Dia kembali jawab:
"Kadang-kadang orang pandang kita begini, sebab kita tak tudung labuh, selalu berdua dengan pakwe, pakai macam ni, tapi kita bukan tak belajar agama, selagi dapat jaga nama baik, kita jaga.. Haritu, saya buktikan saya boleh berzanji. Kawan memang pergh ! Tak sangka. Tapi itulah."

Kawan Anem memang tersangat defensif. Anem dah bertahun tak jumpa dia, Anem pun tidak mampu menjawab lebih, sedangkan dia dah lama kenal anem, dah ada persepsi sendiri terhadap Anem .Walaupun kawan Anem takde mengiakan satu pun pendapat Anem.Anem berharap benar dia tahu pendapat Anem adalah bertentangan .Mungkin ada benarnya. Dalam 1001 pengalaman dia, itulah insan-insan yang dia jumpa. Itulah yang dia alami.Jadi - itulah membentuk pemikiran dia hari ni.

Anem? Sebaliknya pula.

Kawan Anem tersebut, selalu kena perli bab agama oleh kawannya yang bertudung labuh (pendekatan yang sememangnya salah dalam berdakwah ). Kerana ego ,dia pula memilih mengutuk kembali mereka, dengan mengatakan, 'mereka pun lebih kurang juga'.

Anem tiba2 mencelah ,:
"Apa bezanya orang solat tapi tak tutup aurat, dengan orang tutup aurat tapi tak solat?"
"Soalan tu , tiada kena mengena dengan topik" Katanya marah. Pulak.

Bagi Anem , beliau BUKAN anti dengan bertudung labuh, atau orang yang 'nampak alim', CUMA pengalaman yang menjadikan beliau berfikiran demikian dan Anem akui, Anem gagal mengubah pendirian beliau- berikan kami sedikit nasihat, semoga ia mampu menjadi pedoman kita bersama, insyaallah.  Maaf jika ada intipati entri ini yang mengguris rasa:(

Sesungguhnya berhijrah itu tidak sukar, namun nak istiqamah itu adalah sangat payah. Wallahualam.


23 yang menasihati

  1. Macam anti-orang tudung labuh je...

    Anyways, akhlak lahir daripada iman.

    Baik dengan manusia takde gune kalau x baik ngan Allah

    ReplyDelete
  2. salam..

    syukran sudi komen.

    itulah sahabat anem.
    katanya sahabat yang bertudung labuh juga buat dia jadi begitu.

    wallahualam:)

    ReplyDelete
  3. Anonymous10:23 PM

    Salam,
    Moga sihat. kalau dia bertudung dan menepati syaratnya dia akan dapat pahala.kalau dia tak solat dia akan dapat dosa sebab tak solat, kalau dia buat maksiat dia juga dapat dosa. Kalau dia buat kebajikan dia akan dapat pahala dari Allah.

    Wanita tak pakai tudung dia berdosa, tapi solatnya dia akan dapat pahala. Begitulah sebaliknya. Kalau dia pakai tudung buat projek dlm panggung wayang dia akan dapat dosa hasil projek dia, bukan sebab dia pakai tudung. Kalau dia buat maksiat dan tak pula pakai tudung dia akan dapat 2 dosa.

    Itu saja. Mudahan kita dijauhi dari godaan iblis dan syaitan.

    ReplyDelete
  4. salam...
    bertudang labuh atau tidak bukan kayu pengukurnya... setiap perbuatan baik yang kita buat tetap mendapat ganjarannya... begitu juga setiap perbuatan yang dimurkai olah Allah pasti ada balasnya.

    setiap perbuatan kita haruslah datangnya dari hati...

    ReplyDelete
  5. salam,
    tetapkan iman...

    pelik gak
    kekadang orang kata tudung labuh tue x semestinya baik...

    &

    orang yg x pakai tudung x semestinya jahat...


    kenapa selalu ada pertikai sebegini....
    rasa teringin nak tulis kat blog cuma x ckup ilmu utk berkongsi...
    terkilan pun ada dengan persepsi orang lain...

    ReplyDelete
  6. Anonymous5:01 AM

    salam...

    sy pn ad pengalaman dalam situasi sebegini...dibandingkan wanita2 yg pki tudung dengan yang tidak pakai tudung

    pd diri sy semua bergantung kepada kekuatan roh masing-masing...dan iman kita sentiasa turun naik...kita tak boleh menafikan kebenaran itu

    yang berada di tahap tinggi melangit bila-bila masa boleh jatuh merudum dan begitulah juga sebaliknya....yang penting kt berdoa supaya Allah senantiasa mengekalkan iman dihati kita....

    InsyaAllah

    p/s:minta izin link di blog sy.tq

    ReplyDelete
  7. Salam buat Anonymous:

    Salam. anem mcm kenal jer.
    wallahua'lam sape ni.

    erm,betul3. islam amat mudah. cuma kita yg fikir jauh.itu adalah perbincgn insan jahil mc anem dgn seorg rakan.
    semoga die rjuga menyedari pe yg awak nyatakan, insyaalllah:)

    syukran ea:)


    naz ilyn :

    pentingnya keihlasan dari hati .ALLAH juga yg maha menilai.terima kaish ea:)

    DzuLagiL :

    tahu takpe.itula yg anem rasa:)

    :::::::::::::::::::::: _

    salam.yerp,yg penting iman kita,dri kita.
    erm,terima aksih sudi melawat dan memberi komen ya:)

    p/s:silakan:)

    ReplyDelete
  8. salam.
    kepatuhan pd agama lahir dari rasa kehambaan pd Penciptanya.Hanya hati yg suci mampu melahirkan rasa kehambaan kpd ALLAH,seterusnya mematuhi perintah ALLAH.Tutup aurat dengan sempurna tu kan satu tuntutan.

    ReplyDelete
  9. Salam..

    yerp,itu yg betul:)

    ReplyDelete
  10. salam,
    buat ape melihat yg sikit
    lihat lah yg ramai lg btdung labuh yg menjaga akhlaknya,carilah mereka.
    jgn disebabkan sorang kenalan tdung labuh dia yg begitu, kita terus sempitkan fikiran menganggap sume yg ln sama. jelajahlah dunia,cari dan telitikan.sume ade kisah silam,yg penting bertaubat sebelum terlambat.
    manusia x penah lekang dr tomahan dan berbeza pandangan,lebih2 lagi yg ingin mbawa mesej Islam dgn btdung labuh,jubah,serban..inilah ujian,pastikan diri anda benar2 bsedia menghadapinya dan jika dikutuk nasihatlah secara bhikmah.yg penting kita sama2 ingin kepada perubahan ke arah kebaikkan.

    ReplyDelete
  11. Salam..

    insyaallah hidayah.
    itu yg pasti.niat ikhlas , istiqamah.

    erm, syukran ea sudi menjengah;)

    ReplyDelete
  12. salam...
    ukhwah sesama insan..
    pelan2 laa nk ubah pandangan kawan dia tu.. sedang kan Nabi lg sukar dan dugaan yg menimpa tuk perjuangkan Islam...

    sabar erk...
    sabar tu kan separuh dari iman..

    ReplyDelete
  13. Salam..

    insyaallah.terima kasih ea:)

    ReplyDelete
  14. kongsi artikel..

    Menutup aurat, secara khusus wanita muslimah adalah satu tuntutan yang sangat diberatkan, ia bukan perkara yang boleh dibuat main-main kerana ia melibatkan dosa pahala.

    Ramai yang menangguhkan pemakaian tudung dengan alasan belum sampai seru, namun sehingga bila seru itu akan tiba, adakah menunggu jemputan malaikat maut baru hendak bertaubat?

    Ada juga yang berkata, “alaa, yang pakai tudung pun ramai yang buat maksiat, yang penting hati, tak pakai tudung pun kalau hati baik tak mengapa…”

    Bagi yang berpendirian sedemikian, mereka perlu memahami bahawa manifestasi dari mempunyai sekeping hati yang baik akan mempunyai kesan terhadap penampilan luaran seseorang. Hati yang baik adalah hati yang takut kepada Allah dan takut juga untuk melanggar perintahnya. Bagi yang memakai tudung tapi terlibat dengan maksiat, urusan dosa mereka tidak ada kaitan dengan tudung yang dipakai, namun bagi yang enggan memakai tudung, terus terang mereka telah berbuat jenayah terhadap Allah yang sememangnya layak untuk diberi hukuman dan memberatkan timbangan dosa.

    Tudung adalah lambang wanita muslimah yang taat, pemakaiannya yang sempurna akan dikurniakan ganjaran pahala dan diberikan ketenangan hati yang hakiki. Tidak salah untuk berfesyen, asalkan aurat ditutup dengan sempurna.

    dipetik dari:
    http://ismakedah.wordpress.com/2009/03/05/polemik-pakaian-dan-aurat-kefahaman-yang-perlu-diperbetulkan/

    ReplyDelete
  15. Salam nash_gh:

    jazakallhu khayran jaza' atas perkongsian artikel tersebut..~semakin membuka mata hati:)

    ReplyDelete
  16. Yakin dan Rasa dalam kekuasaanNya dan istiqamah di jalanNya.. Buat slow2.. yg termampu..cuba dan cuba..

    ReplyDelete
  17. insyaalla, jgn perna mengalah:)

    ReplyDelete
  18. hurm..
    pngalaman mmg mngajar kite...
    akk pnh "berkawan" dgn se2org...
    dr ngri yg b'beze..

    dia mmndg seorg wanita itu dr pkaianny..dr tudungnye..
    rse diri btul2 t'hina..
    apa org tdung labuh tu baek je ke sokmo??
    apa ak ni x ckup baik ke??

    & juge mmndg pd ngri..ohoo..org blah2 sgor kL ni sume jht..sume sosial...
    org blah2 ngri dia tu baek je sokmo..alim je sokmo...

    inginkn dak2 skolah agme je..
    ape ak ni dak skolah mubaligh tu tnde ak kurang agme ke??
    stkt skolah agme smpai form3 da tnjuk diri bgus..

    i was sooo frustrated...
    slhlah diri ini tidak mmakai tdung labuh, b'solah di skolah sbgitu..& tgl di kwsn yg agk sosial??
    apa itu titik tolak utk m'jadikan ak kafir??

    ReplyDelete
  19. EyEdA, wallahua'lam akk syg.
    kdg2 cara mereka dibesarkan awal2 menolak dan mempunyai persepsi demikian, persekitaran yg selalu merasa ini betul, ini salah tanpa sebarang penilaian. Biarlah pengalaman mengajar mereka, yg penting kita perbaiki hati kita .

    Insyaallah, ALLAH itu tahu apa dalam hati kita.:)

    ReplyDelete
  20. syaitan berbisik...
    nafsu bergolak...
    akal memberontak...
    maka arah mana yang dibawa???
    penafian atau tunduk atas kemahuan??
    Maka fikirkanlah mengikut landas islam bukan berdasarkan nafsu...amin....

    ReplyDelete
  21. "Salahuddin", amin, insyaallah yg baik2 je, awak:)

    p/s: apa yg link awak?:)

    ReplyDelete
  22. Rada ribet kalau bertemu dengan orang seperti kawan anda nie tapi apalah daya bila sudah bertemu harus menyapa dan berbincang2 untuk menjalin silaturahmi sesuai dengan sunah Rasul
    Ini ujian kesabaran, hadapi dengan kepala dingin saja .. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sungguh benar tu Rina, tenang-tennag saja kita,insyaallah :)

      Delete

Untuk kesudian membaca dan memberi berkata-kata - saya berterima kasih.








Anem Arnamee 2024 © TERIMA KASIH ♥



click to te top